Box apa sesuai untuk motor anda?

Alhamdulillah kembali lagi update serba sikit tentang motor. Sebenarnya saya duk rasa ada lagi ke yang baca blog cintailmu89 ni.. motivasi untuk update blog rasa terbantut kerana rasa dunia blog agak kesepian berbanding platform lain (*boleh lukis tak.. nak baca panjang sangat, komen2 kat facebook skrg kih3). maybe dunia serba canggih ni, orang malas nak baca panjang2 dah.. nak yg ringkas2 aje. Tapi previous entry ada komen, teruss rasa eh hidup lagi dunia blog.. hahaha.. so terus semangat nak update membuak-buak.

Okay berbalik pada topik di atas. sepanjang saya duk naik motor Nmax ni, yang paling orang berkenan nak tanya  bila duk jumpa kat parking opis, satu memangla nak tanya  pasal moto, apa info segala pasal moto, tapi paling banyak soalan ditanya adalah pasal box moto guwa ni. tapaham betul.. haha

Box apa yang paling sesuai untuk motor? sebenarnya, box moto sangat berkait rapat dengan design motor anda. kita ni motor mestila nak macam moto tu design dia tak lari. misalnya, kalau motor anda kurus, design tajam2 ke, pakai box besar mcm tak kena kan? design tak kena satu, aerodinamik lari satu hal lain pulak.kang moto ada goyang, geli2 dah satu hal pula.

uniknya design motor Nmax ni, dia design belakang agak besar. jadi untuk letak kan box yang besar sesuai sangatlah. saya gunakan model Givi E43NTL

haa ni la, sebijik. warna hitam mcm ni jugak.. waktu beli motor ni terus pasang. harga? sebab saya beli moto sekali maybe harga murah sikit ke mcm mana tak pastila. Nmax RM9,600 Box RM400 siap dengan bracket heavy duty.. penting ni pakai yang heavy duty. tau jela box agak besar ni, kang berat sangat roboh pulak.. so total RM10k melayang.

Bagi saya okayla. box besar hati pun senang, yer tak?haha. Nak letak 2 helmet takde masalah. kalau box kecil macam sebelum2 ni, nak kena susun2 lagi.Box ni takpe. campak je insyaallah muat. baju hujan apa semua letak bawah seat. situ pun ada ruang, agak besar jugala. sebab tu la ada je Nmax kita nampak yang tak letak box pun, sebab helmet muat je nak sumbat bawah tu.

okay, setakat ni berkenaan dengan box. nanti2 saya update lagi. ada soalan? boleh je tanya dekat bawah, bagi semangat sikit nak update lagi dan lagi.. kah3.. Assalam n byee.

No comments: