Kekurangan menaiki superbike atau sportbike dan sama waktu dengan nya

setelah 5 tahun bersama moto tak seberapa superbike sgt sportbike ber cc250, kawasaki ninja 250r, maka dengan ni abang ingin berkongsi pengalaman menunggang motor ini segala kebaikan kekurangan pro n con untuk newbie yang ingin baru nak beli, baru nak upgrade atau dah mula termimpi-mimpi untuk memiliki sebiji superbike atau sportbike bercc tinggi.

1) posisi menunggang
- ketahuilah bahwasanya motor2 spesis ini hanya sesuai untuk single rider. kalau nak bwk orang dkt belakang memang apa masalahnya kan. ada kuasa. tapi kebanyakan motor sebegini, direka utk ditunggang seorang. malahan jika bawa orang di belakang, kestabilan akan agak terganggu dan kesedapan melayan kelajuan dan corner akan berkurangan.
- feedback dr orang umah pun sama. kerusi blkg yg nipis dan absorber belakang yang agak keras memang akan mengundang ketidakselesaan. malah posisi duduk di belakang agak tidak sopan gitu. terkangkang. tak manis dipandang orang.

2) muatan lebihan
- selalu kita tengok mereka yang menunggang moto mcm ni, mesti bawak begpack. yer tak? hee. ini sebab nya takkan lah kita nah buh box dekat moto ni kan. tak kena gaya langsung. maka barang kena la letak dalam beg. tu belum cerita helmet apa segala jaket riding. kena la usung kemana mana. nak tinggal dkt motor helmet tu, maka ia ibaratnya memberi helmet percuma kepada perembat-perembat helmet.

3) keselamatan lebih
- haa sudah.. apa yang selamatnya. dahla laju. tak dia macam ni, moto gini, biasanya datang dengan extra kuasa, tayar lebar, daya brek yang tinggi, bunyi agak bising sememang nya memberi keyakinan dan keselamatan yang lebih. abg ni sebagai penunggang moto ninja, abg perasan kelainan bila menunggang ninja dan menunggang skuter yamaha ego pinjam mak abg dulu, pemilik2 kenderaan 4 roda biasa nya akan lebih menghormati abg jika menaiki ninja. bagi laluan, bagi ruang. cer bawak ego, hampeh.. takde der nak bagi laluan.

ok sikit jelah dulu.. btw, semua jenis motor pasti ada pro n con nya.. bersesuaian dengan keadaan semasa. bujang2 dulu, moto ini adalah yang terbaik utk abg. dah kawen kena buat gaya dah kawen.  barang makin banyak. keselesaan adalah lebih utama dari kelajuan. hehe.. dulu bawak helmet satu settle. la ni ada dua helmet, beg tangan, apa segala kalau shopping.. dah tak sesuai sangat dah ninja ni. maka abang pun beli la nmax. setakat ni alhamdulilah sesuai la rasanya pakai hat ni. selesa seat tebal ruang banyak.stabil. senang selit.. ok nanti abg tunggang nmax puas2. nanti kita review lain.

haaa.. ni lebih sesuai.. kotak besaq, senang bawak. yamaha nmax

No comments: