Review Yamaha Nmax 2017

alhamdulillah sebulan sudah menggunakan Nmax sebagai kenderaan harian untuk ke tempat kerja.. perjalanan dr sg long ke klcc ke tun razak setiap hari tidak mendatangkan masalah malahan memberikan pengalaman baru menggunakan skuter dari yamaha.

sebelum saya berminat dengan skuter2 ni sume, memang tak dapat disangkal sebut je skuter, orang akan mempertikaikan tentang ketahanan, dan kebolehan untuk berjalan jauh.. saya pun tidaklah terkecuali. malahan pengalaman menggunakan skuter generasi pertama dari Yamaha juga, Nouvo memang terdapat masalah yang disebutkan tadi. jadi rasa was2 tu memang ada sehinggalah adik sendiri membeli Nmax ni dan sekelip mata, pejam mata beli aje Nmax.

walaupun masih baru menunggang Nmax, boleh saya katakan, angpa boleh buang jauh2 dah anggapan tentang skuter ni. teknologi skuter dah jauh berubah. ketahanan dan kelasakan skuter memang lain dari pengenalan skuter dulu2. pickup dan top juga lain, walau cc cuma 155. percayalah. tak caye sudahler. haih.. orang jujur ni share ni. bukan dapat duit pun dari Yamaha. kih3

dah 1k mileage(*actually terlajak sikit 1.3K), baru lah first time servis di pusat servis berdaftar Yamaha di sentul, Ah Hong Motor sdn bhd, ok sangat kos cuma RM 59. jauh nau dengan servis moto ninja dulu. hampir 170 sekali servis.. kih3. ni siap transmission oil sekali oi. power2.

ok kan luas. bersih pulak tu

saya guna minyak ni. semi synthetic je. fully mahal lagi

nampak macam senang je. boleh kot servis sendiri je lepas ni

ok apa. takde service charge ke apa. harga barang je
setakat ni ada jugakla terlanggar lubang ke apa ke, tp nampak absorber depan dapat la tahan takde perubahan ke apa. tapi kat sini nak highlight dengan pickup dia. serius pickup skuter ni best. boleh saya kata best lagi dari ninja dulu. ada jugak haritu lepas trafik light, 125zr, cuba jugak nak bersaing.. malangnya ketinggalan di belakang. jadi kalau dekat jem tu, memang bestla. sebab jem2 ni nak laju bukan nya boleh kan. nak pickup tu je. jalan clear, cruise pada kelajuan 110 juga masih selesa.

satu lagi perkara yang perlu saya highlightkan dekat sini. penggunaan minyak nya sangat2 la mengejutkan. tak percaya pakailah. bila angpa guna, mesti akan ada perasaan macam, eh meter minyak aku ni rosak ke. nak turun se bar pun kemain payahnya. nak kata bawak skuter ni slow2 ke, takdelah pulak. memang Nmax sangat jimat minyak. boleh saya kata lebih jimat dari kapcai.biasa isi full tank dalam 10 ringgit gitu. tu ada se bar lagi biasanya.

ok cukuplah setakat ini. nanti saya akan update lagi. mungkin masa sebulan belum jumpa lagi kekurangan tapi setakat ini semuanya okay. ok tq sudi membaca dan ada apa2 persoalan boleh lontarkan ke ruangan komen bawah ni.. byee =)

Kekurangan menaiki superbike atau sportbike dan sama waktu dengan nya

setelah 5 tahun bersama moto tak seberapa superbike sgt sportbike ber cc250, kawasaki ninja 250r, maka dengan ni abang ingin berkongsi pengalaman menunggang motor ini segala kebaikan kekurangan pro n con untuk newbie yang ingin baru nak beli, baru nak upgrade atau dah mula termimpi-mimpi untuk memiliki sebiji superbike atau sportbike bercc tinggi.

1) posisi menunggang
- ketahuilah bahwasanya motor2 spesis ini hanya sesuai untuk single rider. kalau nak bwk orang dkt belakang memang apa masalahnya kan. ada kuasa. tapi kebanyakan motor sebegini, direka utk ditunggang seorang. malahan jika bawa orang di belakang, kestabilan akan agak terganggu dan kesedapan melayan kelajuan dan corner akan berkurangan.
- feedback dr orang umah pun sama. kerusi blkg yg nipis dan absorber belakang yang agak keras memang akan mengundang ketidakselesaan. malah posisi duduk di belakang agak tidak sopan gitu. terkangkang. tak manis dipandang orang.

2) muatan lebihan
- selalu kita tengok mereka yang menunggang moto mcm ni, mesti bawak begpack. yer tak? hee. ini sebab nya takkan lah kita nah buh box dekat moto ni kan. tak kena gaya langsung. maka barang kena la letak dalam beg. tu belum cerita helmet apa segala jaket riding. kena la usung kemana mana. nak tinggal dkt motor helmet tu, maka ia ibaratnya memberi helmet percuma kepada perembat-perembat helmet.

3) keselamatan lebih
- haa sudah.. apa yang selamatnya. dahla laju. tak dia macam ni, moto gini, biasanya datang dengan extra kuasa, tayar lebar, daya brek yang tinggi, bunyi agak bising sememang nya memberi keyakinan dan keselamatan yang lebih. abg ni sebagai penunggang moto ninja, abg perasan kelainan bila menunggang ninja dan menunggang skuter yamaha ego pinjam mak abg dulu, pemilik2 kenderaan 4 roda biasa nya akan lebih menghormati abg jika menaiki ninja. bagi laluan, bagi ruang. cer bawak ego, hampeh.. takde der nak bagi laluan.

ok sikit jelah dulu.. btw, semua jenis motor pasti ada pro n con nya.. bersesuaian dengan keadaan semasa. bujang2 dulu, moto ini adalah yang terbaik utk abg. dah kawen kena buat gaya dah kawen.  barang makin banyak. keselesaan adalah lebih utama dari kelajuan. hehe.. dulu bawak helmet satu settle. la ni ada dua helmet, beg tangan, apa segala kalau shopping.. dah tak sesuai sangat dah ninja ni. maka abang pun beli la nmax. setakat ni alhamdulilah sesuai la rasanya pakai hat ni. selesa seat tebal ruang banyak.stabil. senang selit.. ok nanti abg tunggang nmax puas2. nanti kita review lain.

haaa.. ni lebih sesuai.. kotak besaq, senang bawak. yamaha nmax