guwa dah pandai berenang woo

tiba2 aje sy pandai swim. swim yang betul2 bukan yang jenis swim kaki kat dasar jalan sambil acah2 swim.. haha.. macam dulu2 sy buat..

entah macam mana entah, tiba2 je leh terapung dalam air tenang je tak lemas dah.. bukan kisah wali2 ni.. tapi tu la tu.. cuma reti terapung yang kepala ke bawah je.. ke atas duk cuba gak, tapi memang tenggelam punya sebab panik kot.. pelik betul .. bukan sepatutnya sama ke? entah ler.

swimming ni best tau... dulu baca kat mana entah, kira swimming ni exercise terbaik.. tapi nak kata exercise sgt pun tak berapa sangat sebab mengikut pengalaman sendiri.. abis je naik dr swimming pool tu, kompem lapa abis.. rasa nak bedal lembu sekor. memang gitu agaknya.. letih oi swim.

ceceh.. senyum dalam air lagi... haha
tapi yang sy perasan la kan. kalau betul teringin nak belaja swimming, kena pakai yang sepatutnya. tight,baju pun kena stail lekat kat badan punya. biar ringan.. baru selesa duduk dalam air. betull. pastu kalau jenis rabun macam sy ni haa.. kena cr goggle yang selesa baru nampak terang dalam air.. takla terlanggar umat lain dalam air nu haa.. macam sy ni yang amatur, goggle dari diy aje pun rege rm20. selesa aje pakai. tak sakit kepala pastu takde kabus.. helok aje pakai.

apapun jangan putus asa buat mereka yang nak belajar berenang * nasihat mcm guwa ni michael phelps plak.. kah3. 

selamat hari wanita

wanita? wanita. insan dicipta tuhan bersifat jauhnya dari seorang lelaki.. segalanya adalah berlawanan. yang pastinya akan mendatangkan konflik, salah faham etc. cara kita bercakap, cara kita bergaul, cara kita apapun dalam segala sesuatu adalah berbeza. meletakkan dua gender ini dalam satu hubungan pastinya akan mengundang begitu banyak salah faham. nak tak nak, setuju jela ye dak?

namun, pada seorang wanita ini, ada nya kekuatan yang takkan mampu ditandingi seorang lelaki. betapa kuatnya mereka dalam meletakkan harapan pada lelaki, untuk melihat mereka sentiasa memperbaiki diri. jarang sesekali lelah dan putus asa langsung dengan lelaki-lelaki mereka. sentiasa memandang yang baik, memujuk diri setiap kali lelaki ini mengecewakan mereka.

pada wanita itu, lelaki itulah segalanya. bg mereka, lelaki yang tak sempurna ini adalah teman baik mereka, tempat mereka mengadu masalah, tempat mereka berkongsi sesuatu dgn penuh rasa percaya. walau tahu, kami lelaki ni bukanlah penyelesai semua masalah mereka.

jadi pada kaum lelaki, bersyukurlah dengan wanita kamu. tiada yang terbaik boleh menggantikan mereka, kerana mereka tulang belakang kamu, kekuatan kamu yang paling kuat sebenarnya. jaga mereka dgn ikhlas, anggap mereka amanah dr tuhan untuk kamu kembalikan mereka dgn penuh kehormatan dan kemuliaan.

selamat hari wanita. eh?

hee..

makan2 pertama kami

alhamdulillah, kali pertama kami buat2 makan2 selepas berkahwin ni haa., jemput ahli keluarga dua2 belah, alahai.. seronoknya. tak penat langsung.. hee

seronok rupanya buat makan2 dekat rumah ni sebenarnya. bila tengok tetamu datang meramaikan majlis, majlis solat berjemaah, yaasin dengan bacaan doa selamat yang diketuai imam muda firdaus abas abang ipaq sy, semuanya berjalan lancar. siap ceramah ringkas lagi uolls, rasa segar je malam tu. mak guwa pulak siap tanya soalan lagi.. mak guwa memang suka tanya soklan. macam anak dia jugak.

potluck aje, kami tuan rumah buat beberapa lauk, sekali ko. penuh wooo meja makan.. terkejut jugak tengok. banyak yang betul2 banyak.. murah rezeki sume yang bawak2 makanan.. alhamdulillah.


tapi apapun. sume abis. alhamdulillah.. ada lebih2 tu orang tapau bawak balik.

yang lebih menakjubkan lagi, sikit makanan pun tak tumpah. air pun. bagus anak2 buah kami ni haa.
manisnya senyuman ayah guwa
yang si kecik muadz tu pun tak meragam. padahal tengah gatal gusi tu.
muat jugak haa. tapi ada lagi depan rumah tu tgh sedut 'oksigen' hehehe
acah2 candid lettew
ala tak lengkap sume. ada yang dah balik =(
seronok melayan tetamu ni sebenarnya. dah berkahwin dah hidup berdua, baru kita akan tau betapa besaqnya hati jika ada tetamu datang ke rumah. benarlah tetamu ni pembawa rezeki. tgk makanan berlebih lebih.. hee.