Box apa sesuai untuk motor anda?

Alhamdulillah kembali lagi update serba sikit tentang motor. Sebenarnya saya duk rasa ada lagi ke yang baca blog cintailmu89 ni.. motivasi untuk update blog rasa terbantut kerana rasa dunia blog agak kesepian berbanding platform lain (*boleh lukis tak.. nak baca panjang sangat, komen2 kat facebook skrg kih3). maybe dunia serba canggih ni, orang malas nak baca panjang2 dah.. nak yg ringkas2 aje. Tapi previous entry ada komen, teruss rasa eh hidup lagi dunia blog.. hahaha.. so terus semangat nak update membuak-buak.

Okay berbalik pada topik di atas. sepanjang saya duk naik motor Nmax ni, yang paling orang berkenan nak tanya  bila duk jumpa kat parking opis, satu memangla nak tanya  pasal moto, apa info segala pasal moto, tapi paling banyak soalan ditanya adalah pasal box moto guwa ni. tapaham betul.. haha

Box apa yang paling sesuai untuk motor? sebenarnya, box moto sangat berkait rapat dengan design motor anda. kita ni motor mestila nak macam moto tu design dia tak lari. misalnya, kalau motor anda kurus, design tajam2 ke, pakai box besar mcm tak kena kan? design tak kena satu, aerodinamik lari satu hal lain pulak.kang moto ada goyang, geli2 dah satu hal pula.

uniknya design motor Nmax ni, dia design belakang agak besar. jadi untuk letak kan box yang besar sesuai sangatlah. saya gunakan model Givi E43NTL

haa ni la, sebijik. warna hitam mcm ni jugak.. waktu beli motor ni terus pasang. harga? sebab saya beli moto sekali maybe harga murah sikit ke mcm mana tak pastila. Nmax RM9,600 Box RM400 siap dengan bracket heavy duty.. penting ni pakai yang heavy duty. tau jela box agak besar ni, kang berat sangat roboh pulak.. so total RM10k melayang.

Bagi saya okayla. box besar hati pun senang, yer tak?haha. Nak letak 2 helmet takde masalah. kalau box kecil macam sebelum2 ni, nak kena susun2 lagi.Box ni takpe. campak je insyaallah muat. baju hujan apa semua letak bawah seat. situ pun ada ruang, agak besar jugala. sebab tu la ada je Nmax kita nampak yang tak letak box pun, sebab helmet muat je nak sumbat bawah tu.

okay, setakat ni berkenaan dengan box. nanti2 saya update lagi. ada soalan? boleh je tanya dekat bawah, bagi semangat sikit nak update lagi dan lagi.. kah3.. Assalam n byee.

birthday mak 09-11-2017

alhamdulillah bertempat di red wok restaurant bangi, selesailah sudah majlis meraikan birthday mak kami, happy2 aje. kami buat suprise tema baju semua warna putih  mak abah je kaler lain sikit.. tapi itulah terlambat sikit sampai nya... hehehe.. dah nak buat macam mana, kami dari opis. jem ya rabbi.. musim hujan la katakan jem ya amat.

nasib baik ada brader ni pandai tangkap gamba. dia yang tegur nak tolong ke.. baik betul


tadaaa.. hadiah special dari kami untuk mak.. tudung custom made tu.. special... hehe
suprise untuk anak2 buah jugak. 
heee.. untungla.. birthday nenek, diorang pun dapat hadiah juga... 

kata tema tudung merah... hehe.. tu maroon apa kes.. kih3... 
best jugakla celebrate birthday kat sini.. okay selesa luas. parking pun senang.. cuma sedikit teguran dari saya, cer perbaiki sedikit bab kebersihan.. dekat bahagian peti sejuk dekat pintu kaca tu.. lap sikit sebab nampak berdaki. agak kotor.. kalau ok dah bahagian ni, okay boleh bagi 5 bintang dekat red wok restoran ni. sebab sayang makanan semua sedap dah... okay sekian update.. byeeee..

Review Yamaha Nmax 2017

alhamdulillah sebulan sudah menggunakan Nmax sebagai kenderaan harian untuk ke tempat kerja.. perjalanan dr sg long ke klcc ke tun razak setiap hari tidak mendatangkan masalah malahan memberikan pengalaman baru menggunakan skuter dari yamaha.

sebelum saya berminat dengan skuter2 ni sume, memang tak dapat disangkal sebut je skuter, orang akan mempertikaikan tentang ketahanan, dan kebolehan untuk berjalan jauh.. saya pun tidaklah terkecuali. malahan pengalaman menggunakan skuter generasi pertama dari Yamaha juga, Nouvo memang terdapat masalah yang disebutkan tadi. jadi rasa was2 tu memang ada sehinggalah adik sendiri membeli Nmax ni dan sekelip mata, pejam mata beli aje Nmax.

walaupun masih baru menunggang Nmax, boleh saya katakan, angpa boleh buang jauh2 dah anggapan tentang skuter ni. teknologi skuter dah jauh berubah. ketahanan dan kelasakan skuter memang lain dari pengenalan skuter dulu2. pickup dan top juga lain, walau cc cuma 155. percayalah. tak caye sudahler. haih.. orang jujur ni share ni. bukan dapat duit pun dari Yamaha. kih3

dah 1k mileage(*actually terlajak sikit 1.3K), baru lah first time servis di pusat servis berdaftar Yamaha di sentul, Ah Hong Motor sdn bhd, ok sangat kos cuma RM 59. jauh nau dengan servis moto ninja dulu. hampir 170 sekali servis.. kih3. ni siap transmission oil sekali oi. power2.

ok kan luas. bersih pulak tu

saya guna minyak ni. semi synthetic je. fully mahal lagi

nampak macam senang je. boleh kot servis sendiri je lepas ni

ok apa. takde service charge ke apa. harga barang je
setakat ni ada jugakla terlanggar lubang ke apa ke, tp nampak absorber depan dapat la tahan takde perubahan ke apa. tapi kat sini nak highlight dengan pickup dia. serius pickup skuter ni best. boleh saya kata best lagi dari ninja dulu. ada jugak haritu lepas trafik light, 125zr, cuba jugak nak bersaing.. malangnya ketinggalan di belakang. jadi kalau dekat jem tu, memang bestla. sebab jem2 ni nak laju bukan nya boleh kan. nak pickup tu je. jalan clear, cruise pada kelajuan 100 juga masih selesa.

satu lagi perkara yang perlu saya highlightkan dekat sini. penggunaan minyak nya sangat2 la mengejutkan. tak percaya pakailah. bila angpa guna, mesti akan ada perasaan macam, eh meter minyak aku ni rosak ke. nak turun se bar pun kemain payahnya. nak kata bawak skuter ni slow2 ke, takdelah pulak. memang Nmax sangat jimat minyak. boleh saya kata lebih jimat dari kapcai.biasa isi full tank dalam 10 ringgit gitu. tu ada se bar lagi biasanya.

ok cukuplah setakat ini. nanti saya akan update lagi. mungkin masa sebulan belum jumpa lagi kekurangan tapi setakat ini semuanya okay. ok tq sudi membaca dan ada apa2 persoalan boleh lontarkan ke ruangan komen bawah ni.. byee =)

Kekurangan menunggang superbike atau sportbike dan sama waktu dengan nya

setelah 5 tahun bersama moto tak seberapa superbike sgt sportbike ber cc250, kawasaki ninja 250r, maka dengan ni abang ingin berkongsi pengalaman menunggang motor ini segala kebaikan kekurangan pro n con untuk newbie yang ingin baru nak beli, baru nak upgrade atau dah mula termimpi-mimpi untuk memiliki sebiji superbike atau sportbike bercc tinggi.

1) posisi menunggang
- ketahuilah bahwasanya motor2 spesis ini hanya sesuai untuk single rider. kalau nak bwk orang dkt belakang memang apa masalahnya kan. ada kuasa. tapi kebanyakan motor sebegini, direka utk ditunggang seorang. malahan jika bawa orang di belakang, kestabilan akan agak terganggu dan kesedapan melayan kelajuan dan corner akan berkurangan.
- feedback dr orang umah pun sama. kerusi blkg yg nipis dan absorber belakang yang agak keras memang akan mengundang ketidakselesaan. malah posisi duduk di belakang agak tidak sopan gitu. terkangkang. tak manis dipandang orang.

2) muatan lebihan
- selalu kita tengok mereka yang menunggang moto mcm ni, mesti bawak begpack. yer tak? hee. ini sebab nya takkan lah kita nah buh box dekat moto ni kan. tak kena gaya langsung. maka barang kena la letak dalam beg. tu belum cerita helmet apa segala jaket riding. kena la usung kemana mana. nak tinggal dkt motor helmet tu, maka ia ibaratnya memberi helmet percuma kepada perembat-perembat helmet.

3) keselamatan lebih
- haa sudah.. apa yang selamatnya. dahla laju. tak dia macam ni, moto gini, biasanya datang dengan extra kuasa, tayar lebar, daya brek yang tinggi, bunyi agak bising sememang nya memberi keyakinan dan keselamatan yang lebih. abg ni sebagai penunggang moto ninja, abg perasan kelainan bila menunggang ninja dan menunggang skuter yamaha ego pinjam mak abg dulu, pemilik2 kenderaan 4 roda biasa nya akan lebih menghormati abg jika menaiki ninja. bagi laluan, bagi ruang. cer bawak ego, hampeh.. takde der nak bagi laluan.

ok sikit jelah dulu.. btw, semua jenis motor pasti ada pro n con nya.. bersesuaian dengan keadaan semasa. bujang2 dulu, moto ini adalah yang terbaik utk abg. dah kawen kena buat gaya dah kawen.  barang makin banyak. keselesaan adalah lebih utama dari kelajuan. hehe.. dulu bawak helmet satu settle. la ni ada dua helmet, beg tangan, apa segala kalau shopping.. dah tak sesuai sangat dah ninja ni. maka abang pun beli la nmax. setakat ni alhamdulilah sesuai la rasanya pakai hat ni. selesa seat tebal ruang banyak.stabil. senang selit.. ok nanti abg tunggang nmax puas2. nanti kita review lain.

haaa.. ni lebih sesuai.. kotak besaq, senang bawak. yamaha nmax

guwa dah pandai berenang woo

tiba2 aje sy pandai swim. swim yang betul2 bukan yang jenis swim kaki kat dasar jalan sambil acah2 swim.. haha.. macam dulu2 sy buat..

entah macam mana entah, tiba2 je leh terapung dalam air tenang je tak lemas dah.. bukan kisah wali2 ni.. tapi tu la tu.. cuma reti terapung yang kepala ke bawah je.. ke atas duk cuba gak, tapi memang tenggelam punya sebab panik kot.. pelik betul .. bukan sepatutnya sama ke? entah ler.

swimming ni best tau... dulu baca kat mana entah, kira swimming ni exercise terbaik.. tapi nak kata exercise sgt pun tak berapa sangat sebab mengikut pengalaman sendiri.. abis je naik dr swimming pool tu, kompem lapa abis.. rasa nak bedal lembu sekor. memang gitu agaknya.. letih oi swim.

ceceh.. senyum dalam air lagi... haha
tapi yang sy perasan la kan. kalau betul teringin nak belaja swimming, kena pakai yang sepatutnya. tight,baju pun kena stail lekat kat badan punya. biar ringan.. baru selesa duduk dalam air. betull. pastu kalau jenis rabun macam sy ni haa.. kena cr goggles yang selesa baru nampak terang dalam air.. takla terlanggar umat lain dalam air nu haa.. macam sy ni yang amatur, goggles dari diy aje pun rege rm20. selesa aje pakai. tak sakit kepala pastu takde kabus.. helok aje pakai.

apapun jangan putus asa buat mereka yang nak belajar berenang * nasihat mcm guwa ni michael phelps plak.. kah3. 

selamat hari wanita

wanita? wanita. insan dicipta tuhan bersifat jauhnya dari seorang lelaki.. segalanya adalah berlawanan. yang pastinya akan mendatangkan konflik, salah faham etc. cara kita bercakap, cara kita bergaul, cara kita apapun dalam segala sesuatu adalah berbeza. meletakkan dua gender ini dalam satu hubungan pastinya akan mengundang begitu banyak salah faham. nak tak nak, setuju jela ye dak?

namun, pada seorang wanita ini, ada nya kekuatan yang takkan mampu ditandingi seorang lelaki. betapa kuatnya mereka dalam meletakkan harapan pada lelaki, untuk melihat mereka sentiasa memperbaiki diri. jarang sesekali lelah dan putus asa langsung dengan lelaki-lelaki mereka. sentiasa memandang yang baik, memujuk diri setiap kali lelaki ini mengecewakan mereka.

pada wanita itu, lelaki itulah segalanya. bg mereka, lelaki yang tak sempurna ini adalah teman baik mereka, tempat mereka mengadu masalah, tempat mereka berkongsi sesuatu dgn penuh rasa percaya. walau tahu, kami lelaki ni bukanlah penyelesai semua masalah mereka.

jadi pada kaum lelaki, bersyukurlah dengan wanita kamu. tiada yang terbaik boleh menggantikan mereka, kerana mereka tulang belakang kamu, kekuatan kamu yang paling kuat sebenarnya. jaga mereka dgn ikhlas, anggap mereka amanah dr tuhan untuk kamu kembalikan mereka dgn penuh kehormatan dan kemuliaan.

selamat hari wanita. eh?

hee..

makan2 pertama kami

alhamdulillah, kali pertama kami buat2 makan2 selepas berkahwin ni haa., jemput ahli keluarga dua2 belah, alahai.. seronoknya. tak penat langsung.. hee

seronok rupanya buat makan2 dekat rumah ni sebenarnya. bila tengok tetamu datang meramaikan majlis, majlis solat berjemaah, yaasin dengan bacaan doa selamat yang diketuai imam muda firdaus abas abang ipaq sy, semuanya berjalan lancar. siap ceramah ringkas lagi uolls, rasa segar je malam tu. mak guwa pulak siap tanya soalan lagi.. mak guwa memang suka tanya soklan. macam anak dia jugak.

potluck aje, kami tuan rumah buat beberapa lauk, sekali ko. penuh wooo meja makan.. terkejut jugak tengok. banyak yang betul2 banyak.. murah rezeki sume yang bawak2 makanan.. alhamdulillah.


tapi apapun. sume abis. alhamdulillah.. ada lebih2 tu orang tapau bawak balik.

yang lebih menakjubkan lagi, sikit makanan pun tak tumpah. air pun. bagus anak2 buah kami ni haa.
manisnya senyuman ayah guwa
yang si kecik muadz tu pun tak meragam. padahal tengah gatal gusi tu.
muat jugak haa. tapi ada lagi depan rumah tu tgh sedut 'oksigen' hehehe
acah2 candid lettew
ala tak lengkap sume. ada yang dah balik =(
seronok melayan tetamu ni sebenarnya. dah berkahwin dah hidup berdua, baru kita akan tau betapa besaqnya hati jika ada tetamu datang ke rumah. benarlah tetamu ni pembawa rezeki. tgk makanan berlebih lebih.. hee.

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah.

anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya. 

apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah. 

doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu. 

insyallah redha aje dengan ujian kecil ni. dianiaya oleh manusia apa ada hal, yer tak? jangan kena aniaya dengan tuhan tu paling penting. tengok sekeliling perhati betul betul. selamat tak nasib org suka aniaya orang ni? hee