ikea cheras teruk



assalam.. maka dengan ini sy boleh katakan yang ikea cheras adalah teruk. dari segi customer service, delivery.. aih... menyakitkan hati.

bermula dari kaunter "home delivery" hinggalah urusan penghantaran. bayangkan kami ambil cuti hari ini sebab dah ada jadual penghantaran konon2 dari pukul 2 ptg hingga ke 4 petang.. tapi habuk pun takda. call customer service diorang, confirmkan sales order, boleh customer service cakap. dah pickup.. cuma dalam proses hantaran je. sekali dari pkl 12 tgh hari sampaila ke dekat 5ptg, satu call pun sy tak dapat dari pihak ikea.

jika inilah tahap ikea cheras yang konon2 bagus tu, elokla beli dekat kedai perabot luar aje. tak bagi janji palsu. bagi awak2 kat ikea sana, tolongla jaga kualiti sikit. jangan selesa sangat. hampeh sangat servis awk2 ni. tau?!

kos delivery aje rm80. kos pemasangan je rm199. tapi ni yang korang bagi dekat customer korang iya?taula tak banyak tapi jaga sikit. customer service jangan nak menipu.. kalau ada salah mengaku je. jangan bagi alasan bodoh sistem masalah ke apa. sedap2 ang je nak reschedule. ingat pelanggan ikea ni sume duk rumah 24 jam.

haih sakitnya hati.. ikea? entahla.. sedih. kecewa. tolong check sikit staff2 baru tu. pantau sikit. kalau salah pada staff, jangan salahkan sistem. jangan bagi alasan. kalau boleh refund, memang takla nak teruskan dengan pembelian perabot ikea ni.

boleh refund tak ikea? baik beli perabot kat kedai tepi jalan. sah2 tak menipu.

sales order: 362-S004203

*masih menunggu panggilan yang konon2 lagi 30 min nak call balik tu. tgk jam skrg 5.36 pm. call CS ikea cheras tadi pkl 4pm. setengah jam apa mcm ni?

* haa, nama staff kat kaunter home delivery, fazira.

* invoice no 12/2016/897


______________________________________________________________

- update 24 dec 2016

- ikea hantar pada hari yang sama.. malam tu jugak.
- staff nama Fazira tu telefon pada keesokan harinya juga minta maaf dgn sy
- pemasangan pun cepat. cekap plak diorang pasang. bagus2. 
- alhamdulillah, complaint yang dibuat dalam blog ini diambil berat oleh pihak ikea. 
- x sangka diorg baca blog picisan ni.. kih3.
- ditambah oleh rasukan amuk wife guwa jugak kot call2 customer service diorg. kih3



gua kawen juga akhirnya

alhamdulillah.. tanggal 18 nov 2016 guwa selamat bernikah dgn suri di hati nor nadrah binti abas.. bertempat di masjid al-mustaqim ampang, dengan sekali lafaz, selamat la guwa menempuh dunia dgn bertukar status bujang ke status suami orang..

itu yang sampai sekarang baru ada masa nak update blog tercinta ni.. memang sibuk dengan segala persiapan. tapi alhamdulillah, dengan tempoh perkenalan singkat, setahun dengan izin allah swt, semuanya berjalan lancar.. 

pastu lepas seminggu bernikah baru lah majlis sandingnya. kami buat sekali aje majlis sanding. selain dari majlis lebih meriah dengan kedua belah keluarga dengan saudara masing, jimat kos wooo. dari buat dua majlis sanding.. jadi buat bakal2 pengantin, cuba korang buat cuma satu majlis perkahwinan ni haa.. jimat kos .. kih3. tapi kalu jauh2 iyala nak taknak kan.. tapi kalau dua2 keluarga berdekatan apa salahnya..

kita share gamba sikit yer.. heee

Dengan keluarga guwa

dengan keluarga belah wife guwa

sekali tengah guwa dgn wife duk melepak sengih2 atas pelamin, ada suprise plak.. dah kenapa sorg2 masuk depan pelamin ni.. sekali diorg buat suprise buat flashmob.. fuiyoo! happening nya.. heee.. best sgt rasa tgk sebab memang tak jangka langsung..

waktu ni diorang start.. sume mcm, eh dah kenapa tetiba bebudak ni menari... kih3


waktu ni dah ramai menari.. sorang2 masuk.. sekali pengantin kena panggil turun daaa

waktu ni mcm.. waaaa. bestnyaaaa.. sangat pandai eh menari.. mcm dah lama plan je =)


ceceh.. kita pun apa lagi.. hahaha.. sumbang abis langkah dah ikut orang je.. org ke kanan kita ke kiri..
ber peluh jugala bila p naik pelamin balik.. walau step poco2 ni simple je.. dewan pun aircond. tapi memang elokla.. berpeluh sempat lagi exercise dekat majlis sanding ni haa.. seb baik makeup iolls mantop.. tak cair dek peluh.. makeup wife guwa pun x nampak ada nak cair ke apa..

nampak ok je.. cuma tambah kilat sikit lew di situ.
"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

 moga guwa bakal menjadi pemimpin yang baik buat isteri tercinta dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah.. insyaallah.. amin =)