Review kursus kahwin danau kota

alhamdulillah, pada 5~6 hb jun 2016, sy dan tunang telah menghadiri kursus kahwin di danau kota.. buat mereka yang tak tau, kursus kahwin ni adalah salah satu syarat untuk angpa kahwin.. kalau tak harapan la nak berkahwin sebab tanpa kursus sehari setengah ni, sijil kahwin takkan dikeluarkan dan sijil kahwin ni kalau ang nak tahu, perlu untuk mendapatkan permohonan kahwin di negeri masing2. so kesimpulan nya penting. pegi je, xde expiry date utk sijil ni. valid sampai kiamat, insyaallah. kos, sorg rm 120. kalau dgn pasangan 240.. kalau dgn pasangan-pasangan, add on 120.

nak review sikit tempat kursus danau kota ni. sepanjang 2 hari menghadiri kursus di sini, semuanya baik2 je.. perjalanan kursus berjalan lancar. tapi iyerla. mana maunya nak dibanding tempat lain. bukan nya pernah kursus tempat lain pun yer tak? nak kena tumbuk dgn pasangan masing2 bolehla kalau nak cuba2 pergi kursus kawen lagi sekali kat tempat lain.

cuma iya banyak ruang untuk diperbaiki lagi di sini. cuma yang tak berapa nak perlu diperbaiki, ustaz2 yang memberi ceramah sepanjang dua hari tu.. mmg sangat tak membosankan langsung. ceramah segar, ulasan jelas dan tak terlalu serius penuh dengan isu2 baru dan klaka jugakla. mu bayang la, kursus 2 hari, 9~7 la misalnya. duk kat kerusi tu sekali ceramah kurang menarik, gen Y plak sume.. mau ada yang berdengkur kang.

buat pengurusan kursus kahwin danau kota, syabas sy ucapkan buat mu sume. senang berurusan. cop tempat, bank in, settle. tapayah nak banyak2 cekadak. cuma sebagai sedikit feedback, bukan utk komen negatif, cuma sekadar komen ikhlas untuk memperbaiki lagi suasana pembelajaran kursus yg lebih selesa, sy cadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan.

1) menyediakan ruang solat, mudah untuk peserta menunaikan umrah solat.
2) kerusi tu, tukar pada yang lebih selesa dan sesuai utk duduk lama.
3) fail merah tu, takyah bg takpe. kurangkan kos. better bg notebook je, better.
4) kerusi lagi. mungkin tempat x cukup faham, tapi jarakkan sedikit sesama peserta.
5) online bank in dr peserta, sediakan list. x perlu nak whatsapp lg gambar slip bank in pada hari kejadian.

okay.. sikit je kan. xde menda pun. sekadar berkongsi idea agar kursus kahwin danau kota makin pesat dan maju boleh ambil keseluruhan tingkat atas foodcourt dan dijadikan tempat khusus untuk berkursus di masa akan datang. insyaallah..