dialog anak buah bersama aciknya

* situasi:
 suasana di dapur, si acik sedang membuat air oren sunkist.


aqil darwisy: acik, acik suka minum air apa eh?
acik: acik suka air macam2 la.. jus tembikai, jus epal, nescafe ais, etc.
aqil darwisy: ooo.. sedapnyaaa.. acik tanya la awisy, awisy suka minum apa..
acik: yerla.. yerla.. awisy suka minum air apa?
aqil darwisy: awisy suka minum air oren.. sebijik mcm yg acik wat ni la..
acik: yerla awisy, hameklaaa air ni...

pengajaran: pandai dak kecik ni plan licik perampasan air oren dr acik dia ni, sabo jelaaa... bebudak laaa ni.. otak panjang je.

ok sekian.

lambakan bangla

guwa pegi pasar malam gua nampak bangla. guwa p dataran guwa nampak bangla. guwa pegi supermarket guwa nampak bangla lagi. kesimpulan nya guwa kat malaysia ke kat bangladesh?

bukan la nak mengeluh tak tentu pasal. sy faham, bangla tu pun manusia jugak.. tapi kenapa kemasukan mereka ke negara tercinta ni seolah tak terkawal dah.. kenapa sampai sesak negara kita dengan kehadiran mereka ni.. takde ke langsung langkah nak kawal kemasukan pekerja asing kat malaysia ni ke?

sedar, ada keperluan dalam bidang2 tertentu yang sangat2 menuntut kehadiran pekerja asing dalam negara kita. dan sy bercakap bukan la dr perspektif pandangan ahli politik. tapi sebagai rakyat marhaein yang nak terbaik untuk negara ni
. rasa insecure bila p kl ni haa.. ramai nau2.. ada rekod ke berapa ramai yg dtg bekerja kat sini.. seriously, rasa tak selamat dah nak berjalan ke mana2.


rasa skrg ni, malaysia jadi tempat eksklusif buat warganaegara bangladesh bekerja.. kenapa eh? ada perjanjian antara negara kita dgn negara diorg yang menguntungkan sape2 ke? kalau betul telahan sy ni, buat pihak berkenaan, fikirla sikit masa depan negara.. jangan syok wat duit, sampai satu tahap, dan sy percaya tahap tu pun dah sampai pun sebenarnya.. tahap kemasukan warga asing yang dah tak terkawal.

dulu2 pas spm, bebudak lepas skola ni ada gakla peluang nak bekerja sementara nak tggu kemasukan ke ipta/ipts. la ni, peluang tu makin tipis plak.. nak kemana semua warga asing dah amik.. yer patut pun, kos murah kan hire warga asing.. kesian tgk zaman ni haa, dah la lepasan universiti pun ada masalah nak mulakan karier, bebudak yang xde sijil pun berebut dgn warga asing nak dapatkan pekerjaan.

tapi itula. skrg ni, memang rasa tak selamat nak kemana pun. belum sentuh bab kebersihan lagi. bukan semua tentang warga asing ni buruk belakaa. mereka masuk memang niat baik, nak cari rezeki.. tapi, apapun tanpa kawalan, pasti akan mendatang mudarat. tolong pantau sikit brade2 kerajaan atas sana.. wa sayang negara wa. peace no war.