will you marry me?

dah hampir setahun sy mengenali si N ni.. maka sampai masanya, untuk ambil step yang pada saya adalah amat besaq dalam hidup.. maka dengan penuh rasa berharap tanya la pada mak sy. gini la lebih kurang.

mak, gua rasa gua dah nak kawen arr. agak2, lu restu x? mak gua as tipikal mak, lu apahal der? lu dah gatal sgt ke nak kawen. cukup ke duit, cukup ke ilmu di dada tu nak jaga anak org? gua pun cakap, takde mak. gua rasa gua taknak cari lain dah.. she's the one... mak gua cakap plak.. lu ni dr dulu wa tgk xde plak beriya nak kapel bagai. ni tetiba. lu terhantuk ke apa der? gua pun balas balik. gua rasa la mak, ini yang  muktamad. non nego, apa pun jadi. gua tetap nak si N ni..

maka mak gua pun tanya la ayah gua.. camne boh? anak kita ni nak kawen dah.. ayah gua angguk.. tak kata apa pun.. just tunjuk thumbs up, please proceed.

Kenduri Ila proinggey semalam.
syok mcm reunion smlm kan.
best.. best.. 
maka lepas dapat restu mana yang patut dr mak ayah, sy pun rasa lega la nak teruskan apa yang patut dengan si N ni. maka harusnya, cincin harusla dicari sebagai tanda beliau sudah berpunya.. so dgn ada nya cincin di jari, maka lelaki2 lain yang ingin konon nak rapat dengan si N boleh la pergi jauh2 please, jangan cuba nak try, kalau taknak kena simen dalam tong.

hai, begitu cepatnya masa berlalu.. tak sangka dah nak p merisik dah si N ni, dengan mengenangkan, si N yang pernah menyampah dengan sy waktu awal perkenalan kami.. kitorg dah bincang dah pasal ni.. masing2 saling menyampah dgn masing2.. kami berdua teramat la banyak bezanya.. seolah magnet yang bersamaan kutub. sangat tak boleh tersempak. skrg? keluarga sy nak berjumpa dah pun keluarga pihak cik N.

jodoh, sesungguhnya rahsia yang sangat unik. pesan pada mereka yang masih belum bertemu da special one, ingat eh.. jodoh akan datang dgn cara yang mungkin paling tidak terduga. dengan orang yang paling tidak kita sangka. jangan putus asa, jangan menyerah dan yang paling penting percaya padaNya.. perancang paling baik utk hidup kita.

ok, rasa berdebar sangat tak tau kenapa utk merisik sabtu ni.. moga semuanya baik2 je kan cik N. harap jalan sy untuk meng 'Puan' kan awk takde aralnya... fuhhh.

No comments: