ikea cheras teruk



assalam.. maka dengan ini sy boleh katakan yang ikea cheras adalah teruk. dari segi customer service, delivery.. aih... menyakitkan hati.

bermula dari kaunter "home delivery" hinggalah urusan penghantaran. bayangkan kami ambil cuti hari ini sebab dah ada jadual penghantaran konon2 dari pukul 2 ptg hingga ke 4 petang.. tapi habuk pun takda. call customer service diorang, confirmkan sales order, boleh customer service cakap. dah pickup.. cuma dalam proses hantaran je. sekali dari pkl 12 tgh hari sampaila ke dekat 5ptg, satu call pun sy tak dapat dari pihak ikea.

jika inilah tahap ikea cheras yang konon2 bagus tu, elokla beli dekat kedai perabot luar aje. tak bagi janji palsu. bagi awak2 kat ikea sana, tolongla jaga kualiti sikit. jangan selesa sangat. hampeh sangat servis awk2 ni. tau?!

kos delivery aje rm80. kos pemasangan je rm199. tapi ni yang korang bagi dekat customer korang iya?taula tak banyak tapi jaga sikit. customer service jangan nak menipu.. kalau ada salah mengaku je. jangan bagi alasan bodoh sistem masalah ke apa. sedap2 ang je nak reschedule. ingat pelanggan ikea ni sume duk rumah 24 jam.

haih sakitnya hati.. ikea? entahla.. sedih. kecewa. tolong check sikit staff2 baru tu. pantau sikit. kalau salah pada staff, jangan salahkan sistem. jangan bagi alasan. kalau boleh refund, memang takla nak teruskan dengan pembelian perabot ikea ni.

boleh refund tak ikea? baik beli perabot kat kedai tepi jalan. sah2 tak menipu.

sales order: 362-S004203

*masih menunggu panggilan yang konon2 lagi 30 min nak call balik tu. tgk jam skrg 5.36 pm. call CS ikea cheras tadi pkl 4pm. setengah jam apa mcm ni?

* haa, nama staff kat kaunter home delivery, fazira.

* invoice no 12/2016/897


______________________________________________________________

- update 24 dec 2016

- ikea hantar pada hari yang sama.. malam tu jugak.
- staff nama Fazira tu telefon pada keesokan harinya juga minta maaf dgn sy
- pemasangan pun cepat. cekap plak diorang pasang. bagus2. 
- alhamdulillah, complaint yang dibuat dalam blog ini diambil berat oleh pihak ikea. 
- x sangka diorg baca blog picisan ni.. kih3.
- ditambah oleh rasukan amuk wife guwa jugak kot call2 customer service diorg. kih3



gua kawen juga akhirnya

alhamdulillah.. tanggal 18 nov 2016 guwa selamat bernikah dgn suri di hati nor nadrah binti abas.. bertempat di masjid al-mustaqim ampang, dengan sekali lafaz, selamat la guwa menempuh dunia dgn bertukar status bujang ke status suami orang..

itu yang sampai sekarang baru ada masa nak update blog tercinta ni.. memang sibuk dengan segala persiapan. tapi alhamdulillah, dengan tempoh perkenalan singkat, setahun dengan izin allah swt, semuanya berjalan lancar.. 

pastu lepas seminggu bernikah baru lah majlis sandingnya. kami buat sekali aje majlis sanding. selain dari majlis lebih meriah dengan kedua belah keluarga dengan saudara masing, jimat kos wooo. dari buat dua majlis sanding.. jadi buat bakal2 pengantin, cuba korang buat cuma satu majlis perkahwinan ni haa.. jimat kos .. kih3. tapi kalu jauh2 iyala nak taknak kan.. tapi kalau dua2 keluarga berdekatan apa salahnya..

kita share gamba sikit yer.. heee

Dengan keluarga guwa

dengan keluarga belah wife guwa

sekali tengah guwa dgn wife duk melepak sengih2 atas pelamin, ada suprise plak.. dah kenapa sorg2 masuk depan pelamin ni.. sekali diorg buat suprise buat flashmob.. fuiyoo! happening nya.. heee.. best sgt rasa tgk sebab memang tak jangka langsung..

waktu ni diorang start.. sume mcm, eh dah kenapa tetiba bebudak ni menari... kih3


waktu ni dah ramai menari.. sorang2 masuk.. sekali pengantin kena panggil turun daaa

waktu ni mcm.. waaaa. bestnyaaaa.. sangat pandai eh menari.. mcm dah lama plan je =)


ceceh.. kita pun apa lagi.. hahaha.. sumbang abis langkah dah ikut orang je.. org ke kanan kita ke kiri..
ber peluh jugala bila p naik pelamin balik.. walau step poco2 ni simple je.. dewan pun aircond. tapi memang elokla.. berpeluh sempat lagi exercise dekat majlis sanding ni haa.. seb baik makeup iolls mantop.. tak cair dek peluh.. makeup wife guwa pun x nampak ada nak cair ke apa..

nampak ok je.. cuma tambah kilat sikit lew di situ.
"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

 moga guwa bakal menjadi pemimpin yang baik buat isteri tercinta dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah.. insyaallah.. amin =)

Review kursus kahwin danau kota

alhamdulillah, pada 5~6 hb jun 2016, sy dan tunang telah menghadiri kursus kahwin di danau kota.. buat mereka yang tak tau, kursus kahwin ni adalah salah satu syarat untuk angpa kahwin.. kalau tak harapan la nak berkahwin sebab tanpa kursus sehari setengah ni, sijil kahwin takkan dikeluarkan dan sijil kahwin ni kalau ang nak tahu, perlu untuk mendapatkan permohonan kahwin di negeri masing2. so kesimpulan nya penting. pegi je, xde expiry date utk sijil ni. valid sampai kiamat, insyaallah. kos, sorg rm 120. kalau dgn pasangan 240.. kalau dgn pasangan-pasangan, add on 120.

nak review sikit tempat kursus danau kota ni. sepanjang 2 hari menghadiri kursus di sini, semuanya baik2 je.. perjalanan kursus berjalan lancar. tapi iyerla. mana maunya nak dibanding tempat lain. bukan nya pernah kursus tempat lain pun yer tak? nak kena tumbuk dgn pasangan masing2 bolehla kalau nak cuba2 pergi kursus kawen lagi sekali kat tempat lain.

cuma iya banyak ruang untuk diperbaiki lagi di sini. cuma yang tak berapa nak perlu diperbaiki, ustaz2 yang memberi ceramah sepanjang dua hari tu.. mmg sangat tak membosankan langsung. ceramah segar, ulasan jelas dan tak terlalu serius penuh dengan isu2 baru dan klaka jugakla. mu bayang la, kursus 2 hari, 9~7 la misalnya. duk kat kerusi tu sekali ceramah kurang menarik, gen Y plak sume.. mau ada yang berdengkur kang.

buat pengurusan kursus kahwin danau kota, syabas sy ucapkan buat mu sume. senang berurusan. cop tempat, bank in, settle. tapayah nak banyak2 cekadak. cuma sebagai sedikit feedback, bukan utk komen negatif, cuma sekadar komen ikhlas untuk memperbaiki lagi suasana pembelajaran kursus yg lebih selesa, sy cadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan.

1) menyediakan ruang solat, mudah untuk peserta menunaikan umrah solat.
2) kerusi tu, tukar pada yang lebih selesa dan sesuai utk duduk lama.
3) fail merah tu, takyah bg takpe. kurangkan kos. better bg notebook je, better.
4) kerusi lagi. mungkin tempat x cukup faham, tapi jarakkan sedikit sesama peserta.
5) online bank in dr peserta, sediakan list. x perlu nak whatsapp lg gambar slip bank in pada hari kejadian.

okay.. sikit je kan. xde menda pun. sekadar berkongsi idea agar kursus kahwin danau kota makin pesat dan maju boleh ambil keseluruhan tingkat atas foodcourt dan dijadikan tempat khusus untuk berkursus di masa akan datang. insyaallah..

dialog anak buah bersama aciknya

* situasi:
 suasana di dapur, si acik sedang membuat air oren sunkist.


aqil darwisy: acik, acik suka minum air apa eh?
acik: acik suka air macam2 la.. jus tembikai, jus epal, nescafe ais, etc.
aqil darwisy: ooo.. sedapnyaaa.. acik tanya la awisy, awisy suka minum apa..
acik: yerla.. yerla.. awisy suka minum air apa?
aqil darwisy: awisy suka minum air oren.. sebijik mcm yg acik wat ni la..
acik: yerla awisy, hameklaaa air ni...

pengajaran: pandai dak kecik ni plan licik perampasan air oren dr acik dia ni, sabo jelaaa... bebudak laaa ni.. otak panjang je.

ok sekian.

lambakan bangla

guwa pegi pasar malam gua nampak bangla. guwa p dataran guwa nampak bangla. guwa pegi supermarket guwa nampak bangla lagi. kesimpulan nya guwa kat malaysia ke kat bangladesh?

bukan la nak mengeluh tak tentu pasal. sy faham, bangla tu pun manusia jugak.. tapi kenapa kemasukan mereka ke negara tercinta ni seolah tak terkawal dah.. kenapa sampai sesak negara kita dengan kehadiran mereka ni.. takde ke langsung langkah nak kawal kemasukan pekerja asing kat malaysia ni ke?

sedar, ada keperluan dalam bidang2 tertentu yang sangat2 menuntut kehadiran pekerja asing dalam negara kita. dan sy bercakap bukan la dr perspektif pandangan ahli politik. tapi sebagai rakyat marhaein yang nak terbaik untuk negara ni
. rasa insecure bila p kl ni haa.. ramai nau2.. ada rekod ke berapa ramai yg dtg bekerja kat sini.. seriously, rasa tak selamat dah nak berjalan ke mana2.


rasa skrg ni, malaysia jadi tempat eksklusif buat warganaegara bangladesh bekerja.. kenapa eh? ada perjanjian antara negara kita dgn negara diorg yang menguntungkan sape2 ke? kalau betul telahan sy ni, buat pihak berkenaan, fikirla sikit masa depan negara.. jangan syok wat duit, sampai satu tahap, dan sy percaya tahap tu pun dah sampai pun sebenarnya.. tahap kemasukan warga asing yang dah tak terkawal.

dulu2 pas spm, bebudak lepas skola ni ada gakla peluang nak bekerja sementara nak tggu kemasukan ke ipta/ipts. la ni, peluang tu makin tipis plak.. nak kemana semua warga asing dah amik.. yer patut pun, kos murah kan hire warga asing.. kesian tgk zaman ni haa, dah la lepasan universiti pun ada masalah nak mulakan karier, bebudak yang xde sijil pun berebut dgn warga asing nak dapatkan pekerjaan.

tapi itula. skrg ni, memang rasa tak selamat nak kemana pun. belum sentuh bab kebersihan lagi. bukan semua tentang warga asing ni buruk belakaa. mereka masuk memang niat baik, nak cari rezeki.. tapi, apapun tanpa kawalan, pasti akan mendatang mudarat. tolong pantau sikit brade2 kerajaan atas sana.. wa sayang negara wa. peace no war.

will you marry me?

dah hampir setahun sy mengenali si N ni.. maka sampai masanya, untuk ambil step yang pada saya adalah amat besaq dalam hidup.. maka dengan penuh rasa berharap tanya la pada mak sy. gini la lebih kurang.

mak, gua rasa gua dah nak kawen arr. agak2, lu restu x? mak gua as tipikal mak, lu apahal der? lu dah gatal sgt ke nak kawen. cukup ke duit, cukup ke ilmu di dada tu nak jaga anak org? gua pun cakap, takde mak. gua rasa gua taknak cari lain dah.. she's the one... mak gua cakap plak.. lu ni dr dulu wa tgk xde plak beriya nak kapel bagai. ni tetiba. lu terhantuk ke apa der? gua pun balas balik. gua rasa la mak, ini yang  muktamad. non nego, apa pun jadi. gua tetap nak si N ni..

maka mak gua pun tanya la ayah gua.. camne boh? anak kita ni nak kawen dah.. ayah gua angguk.. tak kata apa pun.. just tunjuk thumbs up, please proceed.

Kenduri Ila proinggey semalam.
syok mcm reunion smlm kan.
best.. best.. 
maka lepas dapat restu mana yang patut dr mak ayah, sy pun rasa lega la nak teruskan apa yang patut dengan si N ni. maka harusnya, cincin harusla dicari sebagai tanda beliau sudah berpunya.. so dgn ada nya cincin di jari, maka lelaki2 lain yang ingin konon nak rapat dengan si N boleh la pergi jauh2 please, jangan cuba nak try, kalau taknak kena simen dalam tong.

hai, begitu cepatnya masa berlalu.. tak sangka dah nak p merisik dah si N ni, dengan mengenangkan, si N yang pernah menyampah dengan sy waktu awal perkenalan kami.. kitorg dah bincang dah pasal ni.. masing2 saling menyampah dgn masing2.. kami berdua teramat la banyak bezanya.. seolah magnet yang bersamaan kutub. sangat tak boleh tersempak. skrg? keluarga sy nak berjumpa dah pun keluarga pihak cik N.

jodoh, sesungguhnya rahsia yang sangat unik. pesan pada mereka yang masih belum bertemu da special one, ingat eh.. jodoh akan datang dgn cara yang mungkin paling tidak terduga. dengan orang yang paling tidak kita sangka. jangan putus asa, jangan menyerah dan yang paling penting percaya padaNya.. perancang paling baik utk hidup kita.

ok, rasa berdebar sangat tak tau kenapa utk merisik sabtu ni.. moga semuanya baik2 je kan cik N. harap jalan sy untuk meng 'Puan' kan awk takde aralnya... fuhhh.

mari mengenal pemandu bengap

dah 2016.. 2015 berlalu dengan pantasnyaa.. hee. 

haih, elok sangat entry ni dimulakan dengan keluhan.. bukan hape.. saja kadang rasa geram dengan sikap pemandu2 dkt malaysia ni haa... buat pemandu2 budiman di luar sana, entry ni bukan untuk anda.. sesungguhnya kita selaku pemandu2 berbudi bahasa kena sedar hakikatnya, memang wujud segelintir pemandu2 bengap di keliling kita.. 

sungguh pahit utk ditelan tapi nak wat camne yer dak? dah memang wujud spesis pemandu2 bengap... saya cuba mencari istilah lain bagi perkataan "bengap", tapi nan hado.. okay, kat sini saya senaraikan beberapa ciri2 pemandu2 bengap di malaysia.

  1. driver yang pesen nak keta dia berada di antara dua lane. kereta tak besaq mana pun. tapi dia suka kiranya keta beliau di atas line putih di jalanraya.. spesis ni biasanya memang tak reti nak pastikan lane mana dia nak. jenis tamak haloba dengkhianat bengong.. haih. geram betul rasa nak2 kalau kita ni bawa moto.. cer la bertimbang rasa sikit brader. kalau duk lane kanan, duk lane kanan.. cer bg ruang sikit kat mat moto nak lalu.. lu nak watpe duk tgh2 lane? senget eh??
  2. ni tengah jem ni.. misalnya kita bg contoh dkt MRR2 la.. ni contoh je ni.. jalan tengah jem gila tak hengat... 3-3 lane penuh keta.. gerak macam siput.. simpang nak kemana mana jauh lg.. kira kat jalan lurus.. dkt sini spesis driver bengong kategori dua muncul.. dia nak gak tukar2 lane.. adoii.. brader, lu nak nyelit lu nak pegi mana?? lu habaq mai kat che.. kalau simpang keluar mana2 dkt wa boleh faham lagi.. masalahnya jalan straight tak bersimpang jem gila tak hengat . lu nak menyelit gak? apa kes ... 
  3. teragak agak. haa ni satu kes lain yang amat menyakitkan hati.. nak masuk xnak masuk lane... entah apa tujuan hidup dia entah.. orang teragak-agak was2 ni sangat membahayakan pemandu2 lain dan penunggang2 moto. khasnya jika teragak-agak nak wat keputusan tapi bwk keta tak hengat laju tau tak beragak pelan nya. kalau pelan sy faham, mungkin pemandu baru yg masih nak belaja mengenal kereta. tapi pleasee.. rancang sikit perjalanan, bukan drive ikut arah angin berhembus.. bahaya la bro
okay cukup sikit2 jangan banyak.. kadang kita kena nasihat jugak kaum diorg ni... bahaya dan membahayakan org lain... tu kadang dr tgh berzikir bawak motot, leh berselit perkataan b*d$h, b%gNGa#, #%$#^% etc.. bukan apa, nyawa bro.. please la beringat.. jalan bkn utk kita sorg.. kongsi ramai2.. kalau nak wat perangai macam 3 kategori di atas, sila buat highway sendiri.. drive sorg2 kat situ.. xde sape nak marah..