aku dan perkauman 12 july 2015

dah sah2 tengah viral la ni dengan isu pergaduhan, rusuhan melibatkan pihak mereka yang tak berpuas hati dengan penjual di low yat yang dikatakan menipu menjual barang tiruan. bagi sy, entah. isu ini tak jelas siapa yang benar, siapa yang salah. biar undang2 dan masa yang merungkai segalanya.

isu perkauman dengan sy.. nak dijadikan cerita, pada 1 july yang lepas, sy telah terlibat dengan kemalangan motor bilamana mata saya tiba2 menjadi gelap dan sy secara tidak sedar telah melanggar sebuah kereta kancil dan terjatuh dan mengalami kecederaan yang agak teruk. senang cerita, 2 bulan jugakla mc.

pengalaman pertama kali jatuh, memang sangat memeritkan lah. luka besar pada kaki, luka di kedua lutut dan tangan, koyak di dagu. apa yang sy ingat. saya dibantu oleh seorang lelaki melayu dan 2 orang lelaki cina yang mula2 telah menghulurkan tisu dan memangku saya ke tepi jalan. dua orang cina yang tidak berkaitan langsung dengan kemalangan ini betul2 membuatkan hati saya sgt tersentuh lantas alangkah baiknya hati kedua org remaja cina ni.

kedua remaja cina ini yang tak berkait langsung dengan kemalangan sanggup menghantar sy yang berlumuran darah ke rumah yg pada saya jarak dari tempat kemalangan berlaku agak jauh. dari leasure mall ke balakong. apa yang sempat sy tanya mereka, mereka tinggal di taman leng seng.. sampai ke rumah, sy tak sempat pun bertanya nama ataupun apa pun hatta memberi duit minyak pun kerana kesakitan yang amat sangat. kepada mereka berdua, yang menaiki myvi, terima kasih yang tak terhingga. kalian memiliki hati yang sangat baik.

admit 3 hari di kpj kajang, iya. juga pengalaman pertama kali juga check in spital. duk bilik two bedded. dapat jiran pesakit kat sebelah seorang indian. nama John. sangat baik dan peramah.. bukan kata dia seorang, malah keluarganya sekali. kadang tengah sakit, brother John ni ada jugakla datang bersembang. tanya khaba. terubat jugakla rasa bosan duk dalam wad bila keluarga dan kawan balik dari melawat.

hari kedua, dr dtg melawat dan memberitahu saya perlu menjalani pembedahan kecil. dan nurse memberi sejenis baju khas untuk pembedahan. jenis valcro ke apa yang melekat kat blkg tu and guess what. sapa yang pakaikan saya baju tu? wife brother John. haih. terhutang budi rasanya..



balik dr operation kecil tersebut, dengan kesan ubat. memang tido jela. malam tu baru tersedar, tengok dekat katil sy. ada note kecil..



erm. nota kecil yang sangat bermakna utk sy.

kini saya dalam proses pemulihan dan perlu melakukan prosedur 'dressing' setiap 3 hari. tq srn Vasanthi seorang nurse yang pada saya sangat baik dan begitu komited dengan kerja. seronok bersembang dgn kamu walau kadang diselangi jeritan.. sakit ooo dressing.. tapi nk cepat baik kan.. hehe

* moga perbezaan bangsa ni membuatkan kita semakin rapat dan membentuk persekitaran kekuatan hubungan sesama bangsa yang kukuh. saya #Aizuddin, dan #saya sayangkan Malaysia. =)