teater muzikal mak cun melecun

lepas tu semalam sy berkesempatan la p tgk teater muzikal mak cun... pernah dgr mak cun dak? alaaaa mak cun usahawan gempak setaraf kak ton tu, yang jual bedak sejuk tu asal kokdiang.. haaa beliau laaa...

boleh dikatakan ini adalah teater muzikal terbaik sy pernah tgk.. memang sangat2 best dan sangat2 tak membosankan.. walaupun agak lama, dr 8.30 sampai ler ke pukul 11 lebih gitu, tapi sangat berbaloi laa..

dengan penuh aksi tarian, prop yang menarik dan gelagat makcun yang superkecoh, memang duk bantai gelak jeeee...

ni meh sy share sikit gamba diwaktu kejadian.. heeee

waktu sampai.. seb baik sempat.. jem tak hengat, obama punya hal ler 

bersama teman sepanjang hayat, 

tiket mahal brada, harus la bergamba dgn tiket

happy betul along tu

penat bhai balik keja terus mai sini.. tapi tak rasa nak tido pong

ok tiket mahal lg
dalam tu.. xleh snap sangat.. nanti kena laser ngan cyclops.
video


okay... kisahnya, memang bestla... mula2 masuk je istana budaya, mindset memang kata nak tidola apala.. sekali terpukau sepanjang persembahan... tak silap 27,28 29 ada lagi.. memang berbaloi la kalau angpa nak p tgk,., enjoy.. =)

*teater muzikal terbaik sy pernah tgk sebab memang pestaim tgk pong.. heeeee

ATV Congkak, best!

ok memang best... sekian.........
agak menyakitkan hati tak jika entry mcm ni je?heee

okay la. cerita dia lagu ni... sabtu lepas, adalah hari cuti, lepas lamaaaaa sangat tak cuti.. keja... keja... keja...  so afdhol la kiranya lari kejap dari kesibukan mengumpul wang kepada satu pengalaman baru iaitu menunggang menatang bernama ATV... amenda ATV ni brada?

ATV maksud nya all terrain vehicle.. mudahnya kenderaan 4 roda yang lasak dan boleh melalui pelbagai jenis permukaan darat *kadang air.. torque tinggi top boleh ler.. throttle bukan pada pemegang tapi kena pulas kat ala2 choke pada moto... brake bergantung pada jenis atv.. macam sy brake depan pada tangan, brake belakang pada kaki. yang penting boleh drift.

tempatnya terletak di hujung dunia.. maafkan sy.. ter emo plak... tempatnyaa terletak di pangsun hulu langat.. senang nya, kalau lalu jalan langat tu, ke congkak... jalan terus je sampai xde jalan lg dah.. haaa situla... jadi tak terkejut la kiranya tempat tu masih terjaga dan udara nya masyaallah... segar bangat...

kos untuk merasai pengalaman ATV ni cuma RM150... bagi kami2 ni.. ambil pakej tiada dalam pakej, cuma 2 jam, kos hanya RM100 seorang... ntah balik modal kat diorg entah tak.. abaikan... yang penting pihak pengurusan layan je request kami ni haaa.. seb baik...

nah share gamba sikit....

Baru nak kenal ATV.. sedikit penjelasan cara pengendalian.. 
test drive. memang sopan masing2.. yela.. takut2 nak pulas throttle

Cik T dengan ATV beliau.. tak nampak cuak langsung... haih. sy yang riso lebih2
abis sume training, dah tau asas untuk mengendalikan natang ATV ni, mula masuk hutan.. berdebaq dia toksah habaqla.. memang sangat2 mendebarkan.. teruja sikit.. sebelum masuk hutan tadi, memang ujan lebat sangat... so memang kita jangka dah, mesti track mencabar dengan lopak, lumpur dan sama waktu dengan nya...

excited kemain memasing.. teruja pengalaman pertama kali
memang ada gamba yang smart.. tapi saja pilih ni.. bila masing2 muka pelik2.. haha.. sebab apa? sebab ni kan blog ak. ha ha
berenti kejap. pekena 100plus sepam dua.
sponsored by 100plus ler sgt 
fareez tu apa hal? dah mcm tersadai letih nau nampak
antara cabaran yg ada.. sakit pinggang oi tunduk2 gini
bergerak dalam barisan gini.. xla ada yang tercepat ke.. terlambat ke.. selamat sikit rasa
eh.. tak perasan.. banyak plak gamba.. kesimpulan nya?

memang sangat2 best.. tq pada marshall yang pimpin untuk menghadapi segala halangan dan cabaran.. tq pada sapik atas gamba2 dan jadi mastermind utk ATV ni... memang pengalaman baru yang sangat mengujakan... buat mereka yang ingin mencuba pengalaman ATV, ATV congkak memang recommended.. sangat berpuas hati..

buat cik T, tq teman sy dgn aktiviti lasak gini... awk ni dr luar nampak lembut ayu2, tak sangka dalam hati ada serigala... ha ha.. ok.. sekian.. bye =)


oppppsssss... last gamba... tapi xmo ulas apa2... heee

jangan tanya kenapa? hahaha

For u..

hehe... kerja bila kita nak usahakan sesuatu tu terasa sangat2 bersemangat okay... tak rasa letih pun... memang la tak dapat dinafikan la bila masa banyak dihabiskan kat tempat keja ni haa, nak taknak otak tu rasa macam letih... tapi betul, terasa mcm seronok sangat ...

terima kasih kerana hadir dalam hidup saya... terima kasih kerana bagi saya semangat yang lama saya cari.. memang, kehadiran awk dalam hidup sy sangat2 bermakna... harapnya awk tak bacala yer.. kih3.. mau menyorok bawah meja nanti ni kang.

moga2 allah s.w.t memudahkan urusan saya untuk menjadikan awk suri di hati saya.. moga2 ini adalah yang terbaik untuk kita berdua... moga niat sy untuk memperisterikan awk, dipermudahkan.. niat sy baik.. jumpa keluarga dah, walau memang bg saya, ini pengalaman pertama kali yang sangat sangat sangat mendebarkan...

tapi semua tu saya lakukan untuk awak... dengan cara yang baik, saya minta izin untuk berkenalan dengan awk dari mak dan ayah... sebab tu saya berharap awk jaga hubungan ni baik2 yer? tolong jangan kecewakan sy...

sekarang tanggungjawab sy utk usaha sungguh2 yer? untuk kita =).. insyaallah.

aku dan perkauman 12 july 2015

dah sah2 tengah viral la ni dengan isu pergaduhan, rusuhan melibatkan pihak mereka yang tak berpuas hati dengan penjual di low yat yang dikatakan menipu menjual barang tiruan. bagi sy, entah. isu ini tak jelas siapa yang benar, siapa yang salah. biar undang2 dan masa yang merungkai segalanya.

isu perkauman dengan sy.. nak dijadikan cerita, pada 1 july yang lepas, sy telah terlibat dengan kemalangan motor bilamana mata saya tiba2 menjadi gelap dan sy secara tidak sedar telah melanggar sebuah kereta kancil dan terjatuh dan mengalami kecederaan yang agak teruk. senang cerita, 2 bulan jugakla mc.

pengalaman pertama kali jatuh, memang sangat memeritkan lah. luka besar pada kaki, luka di kedua lutut dan tangan, koyak di dagu. apa yang sy ingat. saya dibantu oleh seorang lelaki melayu dan 2 orang lelaki cina yang mula2 telah menghulurkan tisu dan memangku saya ke tepi jalan. dua orang cina yang tidak berkaitan langsung dengan kemalangan ini betul2 membuatkan hati saya sgt tersentuh lantas alangkah baiknya hati kedua org remaja cina ni.

kedua remaja cina ini yang tak berkait langsung dengan kemalangan sanggup menghantar sy yang berlumuran darah ke rumah yg pada saya jarak dari tempat kemalangan berlaku agak jauh. dari leasure mall ke balakong. apa yang sempat sy tanya mereka, mereka tinggal di taman leng seng.. sampai ke rumah, sy tak sempat pun bertanya nama ataupun apa pun hatta memberi duit minyak pun kerana kesakitan yang amat sangat. kepada mereka berdua, yang menaiki myvi, terima kasih yang tak terhingga. kalian memiliki hati yang sangat baik.

admit 3 hari di kpj kajang, iya. juga pengalaman pertama kali juga check in spital. duk bilik two bedded. dapat jiran pesakit kat sebelah seorang indian. nama John. sangat baik dan peramah.. bukan kata dia seorang, malah keluarganya sekali. kadang tengah sakit, brother John ni ada jugakla datang bersembang. tanya khaba. terubat jugakla rasa bosan duk dalam wad bila keluarga dan kawan balik dari melawat.

hari kedua, dr dtg melawat dan memberitahu saya perlu menjalani pembedahan kecil. dan nurse memberi sejenis baju khas untuk pembedahan. jenis valcro ke apa yang melekat kat blkg tu and guess what. sapa yang pakaikan saya baju tu? wife brother John. haih. terhutang budi rasanya..



balik dr operation kecil tersebut, dengan kesan ubat. memang tido jela. malam tu baru tersedar, tengok dekat katil sy. ada note kecil..



erm. nota kecil yang sangat bermakna utk sy.

kini saya dalam proses pemulihan dan perlu melakukan prosedur 'dressing' setiap 3 hari. tq srn Vasanthi seorang nurse yang pada saya sangat baik dan begitu komited dengan kerja. seronok bersembang dgn kamu walau kadang diselangi jeritan.. sakit ooo dressing.. tapi nk cepat baik kan.. hehe

* moga perbezaan bangsa ni membuatkan kita semakin rapat dan membentuk persekitaran kekuatan hubungan sesama bangsa yang kukuh. saya #Aizuddin, dan #saya sayangkan Malaysia. =)

ramadhan 2015

banyak perkara yang berlaku dalam hidup sy dalam tahun 2015 ni... terlalu banyak sehingga betul2 mengubah saya tak tahulah samada yang lebih baik atau teruk. tak pernah lagi dalam perjalanan hidup ni, saya tak terasa langsung nak update blog ni... dulu yer la, sekurang nya ada jugakla berhupdate dalam setiap bulan..

entah kenapa, pada permulaan bulan ramadhan ni, terasa nak jugakla update... haih... terasa sy memang benar2 diuji sepanjang tahun ni.. terlalu banyak ujian, yang pada sy, diberi dan saya gagal dalam mengharungi ujian tersebut... ternyata, sy bukanlah seorang yang baik dan telah gagal nak pandu diri ni ke jalan yang baik... sekurangnya sy tau sy ni dekat takat yang mana.

moga2, segala jalan yang saya bakal ambil selepas ni mampu meletakkan sy di jalan yang betul, moga2 saya lebih tabah selepas terlalu banyak yang bg sy, sy dah tersilap langkah.. semoga lebih banyak yang dapat membantu sy dalam ketika waktu2 sukar ni.. moga2 sy tak berterusan dalam keadaan tak tentu hala ni. sy dah tak mampu... tak mampu nak harungi semua ni... benar, perasaan ni dah melemaskan sy.

ya allah, betul.. ak dah banyak melupakanMu.. ak dah terlalu leka... ak dah jauh dariMu. jangan lah engkau berpaling dari memberi rahmat kepadaku... moga bulan ni menjadi bulan dimana ak masih mampu sedar apa tujuan ak di muka bumi mu ini.. ak dah tak mampu nak teruskan semua ni.. moga ini menjadi pengajaran terbaik untuk ku.. letih.. ak letih bila ak sedar.. ak terumbang ambing ketika ini kerana melupakanMu.

yer , sy memang teruk.. sy layak diberi tohmahan dan kata2 kejian dari kamu2.. tapi tak mampu rasanya nak teruskan rasa berdosa ini lagi.. tolongla sy dalam mencari diri saya sendiri kembali.saya dah sesat dalam perasaan sy sendiri.

tabiat aneh

biasalah bila kita ni ada tabiat2 aneh... macam sy misalnya, ya... kalau mandi tu, mesti saya bawak masuk beats pill tu masuk sekali, bukak lagu dr fon, nyanyi kuat2 ...pastu berangan macam tengah perform atas stage la misalnya... dengan gaya, dengan nyanyi sungguh2... dgn konon2 depan saya ada penonton ramai...


btw, ni lah menda nya... gunakan bluetooth senang.... portable... okay lupakan pasal beats pill ni... tak penting pun..

berbalik pada hobi saya tu, harini mungkin nampaknya yang sy duk berangan perform atas stage tu mungkin akan menjadi kenyataan.. wuhooooo..
tapi......




* camne wa boleh terjebak masuk koir KPJ ni oi...duk paling belakang plak tu... huhu.. sedihnyaaaaa...

dah beli fon baru bro?

antara gadget yang bagi saya adalah berbaloi untuk dimiliki sepanjang menjadi penggemar2 gadget sebelum pencen entah bila entah... malaih dah nak ngikut perkembangan teknologi.... ni saya senaraikan... tak banyak pun... sikit je...

1) Pebble watch


- memang mantop.. jam yang simple, kalis air, tahan lasak... nak bawak p snorkeling pun takde hal
- bateri tahan lama
- notifikasi non stop dari fon, dengan vibrate yang kuat.. memang sedaq punyalah kalau ada call ke apa ke... jadi fon boleh silence mood 24 jam...
- screen pun sentiasa on... takde mood sleep ke apa ke... 
- agak memudahkan... nak balik ke jam konvensional tu kekok plak rasa..
- strap boleh tukaq ikut selera... arini leather esok plastik tulat besi pun boleh... 22mm kot kalau tak silap... banyak aje jual kat kedai jam.
- harga kalau tak silap tak turun2... statik gitu jela sejak saya pakai lebih setahun dah rasanya...

2) Nexus device


- update memang cepat... takde tangguh2... produk anak emas google kot.. macam awal2 dulu, android lolipop cepat aje dapat walau nexus 4 yang saya pakai tu kira lama jugakla... masih ada update dari google berbanding dari peranti dari pengeluar lain.
- boleh customize ikut suka.. agak2 bosan tukar aje rom lain.. boasa, revert back stock android... macam saya yang selalu tukar rom, akhir sekali pengalaman mengunakan android vanila juga terbaik dari semua aspek.. stabil, lancar dan cantik.
- design. aih.. pasal design nexus 4 ni, sy masih tak tergamak nak tukar fon lain? boleh? ha ha
- google punya intergrasi dengan device.. sangat2 memudahkan... tulis note kat tablet, boleh sync ke semua peranti google yang lain.

* bila dah jumpa peranti yang benar2 sesuai dengan kegunaan kita ni haa, tak perlu rasanya nak tukaq2 fon ikut trend... jangan diikutkan sangat dengan marketing strategy pengeluar2 peranti yang normal lah... nak untung... ok bye =)

KPJ @ Rantau Panjang

permulaan yang sangat baik bagi saya dan team sekerja untuk memulakan tahun baru 2015 ini... alhamdulillah diberikan peluang untuk membantu pascabanjir di klate.. satu pengalaman yang sangat2 takkan dilupakan lah... yer lah... mana pernahnya nak join misi2 sukarelawan ni sebelum ni... bukan taknak tapi tak pernah berpeluang.. dah dapat peluang gini, apa lagi... serta merta la join nya pun.. first batch dari pihak KPJ HQ.. best2...

dengan perjalanan yang hampir 11 jam kot, kita duk balik kedah adalah paling lama 4 jam... ni hamekkk.... triple waktu perjalanan nya... seb baik view cantik, jalan kampung, sejuk, pastu suasana baru kot, mungkin segaq je mata duk tengok sekeliling... dah tu tiba2, dari gua musang tu nak ke rantau panjang, nak ikut shortcut patutnya masuk dabong, sekali.. jambatan runtuh daaa... kat sini je pun dah tau, betapa  teruknya keadaan bajir kat sini.. sangat2 dasyat...






patahla balik ikut jalan biasa dah shortcut gini rupanya... takpelah... nak buat mcm mana, tapi elok jugakla... sekurang-kurang nya tau keadaan dabong macam mana.. kesian belah sana... tak taula apa jadi kat diorg dah terputus langsung hubungan dah jambatan roboh gini... adalah nampak sampan2 duk antaq stok p belah sana... tapi berapa banyak sangatlah barang boleh bawak naik sampan tu kan? harap diorang bertabah.

sampai sana pun dah tgh malam gitula... masa lari dalam 40 minit gitu uturn balik... penat tapi alhamdulillah... selamat sampai... =)

sini lah kami menginap, dengan jasa baik ayah ha, pakcik abe yash, salah sorg dari team kami ni haa... baik hati bangat dong mereka ni... ramah... ramah sgt3..pandai masak... sekali rasa masakan ayah ha ni, memang mengelamun la korang kat kl ni... rasa lauk2 tawaq habiaq... kecuali masakan mak lah.. ha ha...




kerja2 membersihkan surau, balai raya dengan tadika amek masa jugaklah... seb baiklah orang kampung yang datang menolong kemain ramai... baguih diorang ni... memang bersatu padu... sesuatu yang kita yg konon2 canggih duk kat bandar2 ni dah hilang, semangat muafakat... JPAM, Bomba, ada gak.. membantu jugakla dengan hos bomba tu.. waterjet pun ada, sangat2 memudahkan kerja nak membersih tu..

nak tengok keadaan banjir kat sana macam mana?




bayang jela rumah dua tingkat pun tenggelam... dasayatnya lah... tak pernah sangka kesan banjir boleh sampai macam ni kan...

tapi betul lah... memang kalau ikutkan, kesan dari banjir ni, memang sangat dasyat... dan kalau nak pulih sepenuhnya macam sediakala, memang makan masa... so pada mereka2 yang berminat nak membantu.. eloklaaa.. pergilah... mereka2 ni memang sangat...sangat...sangat memerlukan bantuan luar... tak kisahla dari segi tenaga ke, kewangan ke.. bantulah apa semampunya...



* bak kata PU Faiz lah, kalau dari kita ni tengok apa yang berlaku dengan sedara2 kita yang terkesan dengan banjir ni dan tak rasa apa2, itu menandakan iman kita itu sudah rosak... nauzubillahiminzalik...

=)