kawen jugak, alhamdulillah =)

haih.. macam2 yang perlu diupdate tak berhupdate dalam tempoh 2 bulan ni... terasa terlalu banyak yang nak diceritakan... nak mula tang mana pun tak tau laaa... misalnya dalam dua bulan ni, 2 orang sahabat saya telah melangkah ke dunia baru, bukan alam barzakh, tapi alam perkahwinan...

seronokla depa... yang pertama, sahabat saya dari kecil, kenalan dari tadika, yang telah berkahwin dengan orang manjung... dapat juga la menyempatkan diri untuk sampai ke kenduri beliau dalam kesibukan kerja hari2 yang tak pernah habis ni... tapi iyerla, nak melayankan kerja yang takkan pernah habis ni, takkanlah sampai nak terlepas kenduri kahwen sahabat dunia akhirat yang sorang ni...kan?

dah pulak,sampai2 tunggu sejam dua tunggu rombongan pengantin lelaki mai, nak masuk sekali, rupa2 nya, kena jadi pengapit daaa... waaa.. betul punya bidan terjun ni.. seb baik pakai baju melayu... ada jugaklah rupa ala2 pengapit... buatnya pakai kemeja dengan seluar jean, kompem lari dari konsep punyalah... tapi sape tahu kan, perancangan Allah s.w.t. , dapat jadi pengapit untuk sahabat yang sorang ni memang tak terjangka... moga ang, Muhammad Azhar dan pasangan, berbahagia hingga akhir hayat, insyaallah...

yang sorang lagi, sahabat dari politeknik, haaa ni lagi sorang.. memang tak jangka, tup2 dapat kad... fuhhh.. diam2 berisi rupanya mamat ni... zaki2... yang ni dekat aje kendurinya... kat Klang... seronok sekali2 p kenduri gini... ala2 mini reunion... ramai dapat jumpa... lepas kenduri lepak2 mampley, tengok perkembangan kutu2 politeknik dulu, alhamdulillah, masing2 berjaya nampaknya...

contoh si Falah aka abg sado, dah pakai triton, sebuah kereta yang tak padan dengan beliau langsung.... tapi apakan dayaa, bisnes man ... beli kereta kerana praktikaliti bukan rupa semata mata.. takpela... moga ang bertambah berjaya, bertambah projek untuk menjadi bisnes man yang berjaya...

update pada diri saya sendiri?  =)