tips diet di bulan ramadhan bersama kevin zahriruddin

tips kali ni adalah tips untuk berdiet di bulan ramadhan... tau, ramai yang pasang cita2 untuk menurunkan berat badan di bulan pose ni.. yela, dapat dua dalam satu.. selain beribadah ,dapat jugak turunkan berat badan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya bmi yang lebih sihat dan seimbang...

jadi, mai terus kita ke list di bawah.

1) dapatkan supplement yang betul dan mempunyai pengiktirafan dari kkm... berapa penting supplement ini? takdela penting sangat pun...takde supplement apa pun dalam muka bumi ni yang mampu menurunkan berat badan dengan segera.. dadah mungkin, cuma cepat sikitla ke tanah kubur. ia hanya sebagai semangat dan omputeh kata kick start, motivasi untuk mind set kita ni mengatakan 'boleh' untuk menurunkan berat badan.. jangan main2, jika kita dah setkan target, ditambah sokongan moral dari supplement ini, insyaallah.. berat tu boleh turun. cuma pastikan dapat nasihat dari pakar diet, ataupun dr.

2) terlalu cliche' , tapi itulah hakikatnya.. kurangkan makan nasi... banyakkan protein dan sayur2.. susah asalnya nak kurangkan nasi.. double susahnya kalau nak istiqamah.. tapi insyaallah, kalau kurangkan sikit2, dari 4 genggam nasi, ke 3,ke 2 ke setengah genggam, lama2 boleh... nak kenyang, makan lauk lebih sikit, nasi kemudian.. dah kenyang dengan sayur dan ikan atau daging, nasi tak berusik@bertambah dah.

haa, ni tips dari abg saya, kevin zahri

3) exercise? tau korang ni pemalas, macam sy juga.. nak exercise, kemain payah.. jadi, paling idak pun, banyakkan berjalan.. kalau opis tu duk tingkat 13, amalkan naik tangga... exercise jugak tu.. jangan sempitkan makna kata exercise aje, mesti p gym, mesti jogging kat tasik.. asal keluar peluh, itu pun dah cukup untuk membakar kalori secukupnya... baru la lemak tepu boleh berkurang dengan jayanya..

4) last but not least, dapatkan alat penimbang.. rekodkan berat yang turun (*ataupun naik)... pastikan berat tu direkod untuk pastikan diet yang kita lakukan tu berkesan ataupun tidak... cuma jangan lah melampau, setiap kali masuk waktu solat, nak p timbang... kalau daily basis tu, weekly basis ke, okay la lagi..

sekian tips dari kevin zahriruddin.. apa2 persoalan, silakan bertanya.. malu bertanya sesat jalan... *kurangkan berat badan, kurangkan keboroian.. saya boleh, anda pasti boleh.. kih3

2 comments: