rezeki

dah tetiba harini saya tersedaq dari lamunan yang panjang, apa ertinya rezeki... ehem,...dah ko ni kenapa ? terhantuk ke apa... eh, lek luuu.....takpe2, pelan2 saya akan terangkan ...

seringkali kita tersalah tafsir, apa itu rezeki yang sebenaqnya.. sebut aja rezeki, jujurlah... apa yang mula2 kita bayangkan? sah2, duit yang muncul dalam fikiran, sambil simbol $ keluar secara automatik di mata kalian.... benaq kah rezeki itu, hanyalah wang semata-mata?

nak tak nak, kita ni hidup dalam zaman yang benaq2 mencabar... takde duit, apa pun tak boleh, kan? itulah realiti nya... namun, kalau dipikiaqkan dengan lebih mendalam, duit bukanlah segalanya... dah terlalu lama kita menyempitkan erti dan makna sebenaq apa itu rezeki dengan menganggap rezeki=duit=harta...



luaskanlah pengertian kita terhadap rezeki tu sendiri.. dengan rasa bersyukur, insyaallah, hati kita akan mendefinasikan rezeki dengan skop yang lebih luas... mempunyai masa yang lapang itu rezeki, mempunyai keluarga itu rezeki, masih mempunyai kesihatan yang baik itu rezeki, mempunyai teman yang baik itu rezeki... bila kita tidak menghargai setiap kelebihan yang ada pada kita ini sebagai salah satu dari cabang2 rezeki, dari situlah kita akan rasa tersepit mengharapkan rezeki lain yang berupa harta benda tu...

jadi toksah la menjadi mereka yang mengejar duit dan harta semata-mata.. belajarlah menerima dan kurangkan lah pengharapan... insyaallah, jalan rezeki itu sentiasa akan terbuka luas.... kata kunci nya, bersyukurlah, dan berusahalah untuk membuka pintu2 rezeki =)

* mempunyai senyuman yang manis itu juga rezeki, baik pada yang memberikan senyuman, mahupun yang menerima senyuman tersebut 

4 comments:

Fara Ada said...

iz...sp yg senyum maneh tu iz? hehehe...

cintailmu89 said...

hehe..random people...
kan? menceriakan hari org dengan senyuman =)

Fara Ada said...

yesss...betul tu...
selamat pagii!

cintailmu89 said...

pagi
have a nice day =)