mata boleh senyum

situasi: di trafik light yang padat dengan motor berada di hadapan barisan kereta yang panjang di tengah ibukota.. berdiri segaknya seorang mamat dengan moto besaq tak berapa besaq sangat dengan berfullface helmet dan kebetulan di sebelah beliau pula terdapat seorang lagi minah berskuter ingin p keja gamaknya memandang mamat tersebut berulang kali..

mamat tersebut yang berfullface tadi, dengan perasan nya ingat minah tu syok kat beliau kot, memang sesungguhnya beliau perasan semata-mata.. dan dengan yakin nya melemparkan senyuman yang tersembunyi di sebalik fullface mengharapkan senyuman beliau diterima oleh minah tadi..

dan minah tersebut tersenyum kembali =)

* senyuman itu walau tersembunyi, namun boleh disampaikan melalui keikhlasan dan mata juga boleh jadi medium menyampaikan senyuman
=)

2 comments:

Fara Ada said...

siapakah mamat bermotor besaq yg xberapa besaq tu? refer iz ka? hehehe...semoga hari ni lebih baik dr hari semalam inshaaAllah...

cintailmu89 said...

fara> dak aih.. orang lain ni... hehe