refresh hobi

tetiba je rasa macam nak listingkan sume hobi2 yang selama ni tersemat sebati di dalam diri... cewahhh.. haha.. so, jom ke list yang disenaraikan di bawah.

1) hobi permotoran.. hobi ni memang dah lama ada, sejak pakai moto ninja 250r tu.. dari mula keja sampai la la nie, masih belum pudar rasa hobi naik motor ni... bila naik moto, jauh bezanya banding dengan memandu kereta... rasa angin2, rasa kelajuan yang laju jugalah walau tak seberapa, rasa agak bebas bila tempuh jem, seronok bila rem2 moto sikit (* tapi bukan dalam taman ler, ada timbang rasa ler sikit yer?,hehe), dan 1001 lagi lah kepuasan dalam menunggang motorsikal ni.. hanya bikers je yang memahaminya, cewahhhh





2) fotografi... dari dulu lagi memang minat sangat dengan dunia fotografi yang luas tu.. cuma yer la, bukan nya murah menda2 dslr ni... dulu duk pinjam kengkawan punya, la nie dah keja, simpan sikit2 mampu ler nak beli dslr.. mula dengan nikon D3200, dah tukar ke D300, lens pun dah tambah 2-3 biji, memang rasa puas dapat snap gamba yang pelbagai genre tu.. ada gamba potrait, gamba landscape, gamba malam2... kalau nak tgk hasil2 snap, boleh ler klik akaun flickr saya belah kanan tu, hehe..



3)video editing... entah kenapa dan bila boleh start edit2 video ni entah ler... tapi kalau buat satu2 video tu, rasa semangat lain macam... seronok aje.. yerla, dalam dunia editing ni, tak ikut sop sangat.. bergantung sepenuhnya dengan kreativiti memasing.. takde betul takde salah dalam editing video... kreativiti ni luas... imaginasi tinggi, cantik ler video tu..

4) berblog.. ni memang tak dapat dipertikaikan laaa... bila masa2 tak menulis jari2 ni dalam blog, rasa macam gatal je tangan nak garu keyboard laptop atau pc... hehe.. benda apa yang bermain dalam akal ni, ada je nak dikongsikan dengan pembaca... sayang tau kalau tak berblog... yerla, cer bayangkan... kita hidup dalam dunia masing2, dunia yang berbeza... jadi dengan blog ni lah kita boleh tau kehidupan orang lain.. bagilah peluang untuk orang lain mengenali diri kita, walau hanya pada permukaan sekali pun =)


No comments: