hari guru 2014

hari guru? walau dah tak berkesempatan nak menyambut nya dengan guru2 tercinta di sekolah, namun terasa ingin sangat p sekolah sambut sebab sungguh la, kat mana kita harini jasa guru tu memang bawa ke mati lah.. takkan terbalas walau apa jua cara sekali pun, kan?

jadi pada guru2 saya yang tercinta, dari tabika kemas sungai balak, sekolah rendah kebangsaan taming jaya, sekolah menengah kebangsaan cheras jaya, sekolah menengah teknik kajang, politeknik sultan azlan shah, cikgu2 zaman praktikal, cikgu memandu surfine hitech, ustaz, habib Ali Zainal Abidin Al Hamid, dan mana2 yang tak disebutkan, maafla.. jasa anda semua dikenang, insyaallah.. paling idak pun, doa saya untuk anda2, takkan dilupakan...

cikgu ni, bila kita tengah belajar dengan depa, memang ada kala nya macam nak marah je.. jiwa memberontak la katakan... kena denda, kena rotan ke apa ke, semua simpan je... tapi percayalah dik oi, satu hari nanti, korang akan pandang cikgu2 anda ni sebagai penyelamat korang nak hadapi survival hidup seharian.. 

hai, rindunya lah hai zaman sekolah dulu... benaq, zaman sekolah zaman yang pasti dikenang dalam hidup sebagai tempoh masa kenangan2 terindah takkan dapat dilupakan =)

No comments: