hari guru 2014

hari guru? walau dah tak berkesempatan nak menyambut nya dengan guru2 tercinta di sekolah, namun terasa ingin sangat p sekolah sambut sebab sungguh la, kat mana kita harini jasa guru tu memang bawa ke mati lah.. takkan terbalas walau apa jua cara sekali pun, kan?

jadi pada guru2 saya yang tercinta, dari tabika kemas sungai balak, sekolah rendah kebangsaan taming jaya, sekolah menengah kebangsaan cheras jaya, sekolah menengah teknik kajang, politeknik sultan azlan shah, cikgu2 zaman praktikal, cikgu memandu surfine hitech, ustaz, habib Ali Zainal Abidin Al Hamid, dan mana2 yang tak disebutkan, maafla.. jasa anda semua dikenang, insyaallah.. paling idak pun, doa saya untuk anda2, takkan dilupakan...

cikgu ni, bila kita tengah belajar dengan depa, memang ada kala nya macam nak marah je.. jiwa memberontak la katakan... kena denda, kena rotan ke apa ke, semua simpan je... tapi percayalah dik oi, satu hari nanti, korang akan pandang cikgu2 anda ni sebagai penyelamat korang nak hadapi survival hidup seharian.. 

hai, rindunya lah hai zaman sekolah dulu... benaq, zaman sekolah zaman yang pasti dikenang dalam hidup sebagai tempoh masa kenangan2 terindah takkan dapat dilupakan =)

kisah hari ibu haritu

kisah hari ibu haritu.... kisah hari ibu yang perghhh, dia punya perdebatan, memang sangat2 rancak la kat pesbuk, twitter.... banyakla golongan2 bijak pandai yang berdebat pasal boleh ke idak nak menyambut hari ibu ni... kalau tanya saya, saya pun takut nak bagi pandangan... riso ada yang terlari akidah, riso itu, riso ini... jadi baik diam diri dari berbicara perkara yang bukan bidang kita, kan?

cuma pendapat sayala, kalau kita buat ibu terasa, rasa kecik hati dengan buat tak sensitif dengan hari yang dikhaskan untuk ibu2 seluruh dunia, bila kawan2 mereka yang ibu2 ini diraikan oleh keluarga masing2, ibu kita ni tengok ajela sambil buat2 macam tak kisah.. tapi dalam hati sapela yang tau kan..elokla kita hiburkan mereka dengan menunjukkan sedikit usaha untuk meraikan, menghargai mereka, tumpang ibu kita ni masih ada ini... betul dak? =)

sedikit yang buat saya betul akan ingat hari ibu ini, first time makan tengah hari minta mak suapkan.. amacam bro, ada bran? kui3.. eleh, malu la kunun... dah besaq nak suap2 bagai.. tapi, apa salahnya? sekali sekala... bila ibu kita suapkan ni, beza tau.. rasa kenyang lain macam.. berkat tangan ibu yang melahirkan kot... hehe... malam tu pun, buat suprise sikit, beli pizza makan ramai2 dengan abg ipaq, kakak beserta askar2 nya... kih3...

*ingat kat pesan seseorang tu, kita nak kenal akhlak seseorang dan nak tau guaner dia akan layan bakal orang umah dia nanti, tengok layanan lelaki tu dengan ibunya... jadi kesimpulan nya, pada bakal isteri guwa, lu siap.. guwa hari2 nak makan disuap... aicehhh... berangan, kemain... kih3

dilema masyarakat melayu harini

amendanya yang dilema sangat ni.... saya bercakap isu yang melibatkan perkara yang mudah aje sebenaqnya... senang cerita, cerita tentang drama2 melayu yang ada dekat tivi harini... ia juga termasuk lah novel2 yang ada dalam pasaran kat malaysia ni haaa... sini saya senaraikan beberapa perkara yang meluatkan tekak ni nak mual aje bila bicarakan tentang drama2, filem2 dan novel oleh bangsaku, bangsa melayu ni haaaa...



1) Kaya nak mampuih
- memang la kalau drama2, filem2 dan novel2, hero dan heroin, family serta yang berdekatan dengan watak2 utama, kaya xnak kalah... tan sri, datuk2, dan yang sama waktu dengan nya memang x leh lari punya lah... sangat menjengkelkan tau? rimas pulak bila asal drama je, kencana holding la pura cendana holding la, sembang juta2, kemain.. kih3.. tak bolehkah kurangkan cerita yang berada di golongan kaya2 tahap gaban ni? cuba pendekatan untuk mengolah cerita2 hebat di kalangan orang kebanyakan..

2) jiwang karat maksimum
- mungkin dah jadi trend kebelakangan ni, budaya filem2 drama korea dijadikan sumber rujukan gamaknya.. jiwang sampai alahai, nak tengok dengan family, kita pulak yang naik segan.. come on la... jiwang lebih2 ni, nak2 dalam tivi, memang sangat2 adusss.. meremang nak tengok nya... melebih-lebih.. cerita2 drama korea sana nu haa xpelah nak berjiwang sampai kita masuk dalam dunia fantasi diorg, kita kat sini ada agama kan.. malu ler sikit nak wat filem yang mendatangkan rasa mual dalam diri..

3) dengki alahai
- bila tgk aje filem melayu, memang pasti penerbit akan meng'highlight'kan watak2 yang pendengki ni.. hampir semua filem pasti ada makhluk yang dengki, khianat dan lebih kurang dengan sikap2 negatif ni.. x boleh ke highlight akhlak yang baik dalam filem? apa ke payahnya lah nak buang watak2 negatif ni... seolah-olah memang kita ni masyarakat pendengki kot??

saya mengimpikan sebuah filem yang ada kualiti dari bangsa kita ni lama dah... cubalah contohi filem2 yang baik dari luar sana nu haaa... drama tentang dunia perubatan sana misalnya, penuh je dengan ilmu, lepastu memang membuatkan kita mengenali dunia dalam hospital dengan lebih jelas.. sampai kat kita, cerita medik juga, tapi tak lari dengan filem cinta.. cinta medik ke hape ntah.. buanglah cinta2 bagai ni dengan apa genre filem sekali pun...

filem, drama dan novel2 yang ada nilai, ada ilmu ni penting pasal apa? penting sangat sebab kita nak lahirkan golongan mereka terutama golongan adik2 kita ni bukan dari golongan asyik nak berangan, hidup dalam fantasi... pasal filem2 kosong ni lah, golongan berada dalam dunia fantasi dan banyak mengelamun makin banyak berpeleseran kat sekeliling.. rimas pulak rasanya... filem drama dengan novel yang ada nilai, haiiiii.. alangkah rindunya dengan dunia hiburan berilmu =(