ak, pokok dan ...

dah lama tak panjat pokok, aiseyhman.. gian pulak rasa... jadi secara tiba2, petang sabtu ni, wa tengah memanjat pokok untuk memetik bunga di taman mangga muda pokok depan rumah ni haaa... bukan nak makan sangat pong, saja je... gian nak memanjat la katakan...

rasa ala2 spiderman pun ada atas pokok ni.. tapi sila jangan bayangkan yang saya sedang berada di atas pokok sambil tangan sebelah memaut pada ranting pokok, sebelah tangan lagi mengjinjing laptop sambil hupdate blog ni.. adalah agak mustahil untuk melakukan aksi yang sedemikian rupa... jangan merepek please!kih3..

Mula2 kesian jugak tgk pokok ni, kurus aje.. x sampai hati nak panjat


antara perkara positif yang kita boleh ambil dengan aktiviti memanjat pokok? pernahkah anda terfikir?? jika tidak, xpe.. saya fikirkan untuk kalian.. 1stly, ia adalah indikator, tubuh badan anda masih boleh menerima aktiviti memanjat pokok... ada setengah2 kes, tubuh badan menghalang aktiviti yang sihat ini... jadi silalah bersyukur..

2ndly, ia juga merupakan anda masih mempunyai keinginan untuk melakukan aktiviti2 lelaki.. jangan nak metroseksual sangat, tolong yer... cubalah teliti kembali kelebihan sebagai lelaki... harusnya diisi dengan aktiviti lasak sebegini*aiceyhhhh.. lasak ler sangat..


3rdly, memastikan buah2 mangga yang masak di atas pokok tidak jatuh menyembah bumi dalam keadaan busuk dan berulat dek dikerjakan ulat pokok serta burung2 yang berkicauan... sayang kan? sapa nak p petik kalau bukan jejaka2 yang memanjatnya... takkan nak minta gadis2 ayu p panjat pulak... aneh benar tu.. tapi tiada apa yang mustahil bukan? memang nampak, dunia dah terbalik... kui3..

ok, sekian entry memanjat pokok.. anda pernah panjat pokok? jika pernah, lompat dan jeritlah sepuas hati, saya boleyh, malaysia boleyh..., peace yaw!! =)

2 comments:

Fara Ada said...

haha..
bab panjat pokok pun boleh dijadikan entri blog ye iz..menarik..
sonok gk bc walaupun hanya topik panjat pokok..
eh bukan jejaka je leh panjat..jejaki pun boleh jg haha

sedap juga mencecah ye hujan2 gini haha

cintailmu89 said...

haruslah,... memang best..
naik feeling2 kunyah mangga ni =)