pengalaman baru harini

aiceyh tajuk.. macam budak2 sekolah baru belaja nak mengarang.. kih3... btw, tu tak penting.. yang penting harini dapatla merasa pengalaman baru, join evet kpj, media hi-tea gitulah kat hilton hotel kl... dapat merasa jadi photographer tak terlatih... kih3.. layankan jela...

Free aje sape nak check mata
memula tu pergh, rasa kekok ya amat... yela... nama pun jemput media.... tau2 jela diorg pakai kamera apa.. yang besar gabak tu.. lens pun taknak kalah.. besar nya gamak boleh zoom 5 km kot... gerun betul rasa.... kita ni pakai kamera basic aje... kit lens pulak tu... buat donno je la... tu pun nasib baik ada kamera sendiri.. boleh jugak ler guna untuk snap pic...

Nampak macam megi, tapi sedapnya, alahai... superb
tapi kira okay la... kekok tak kekok, dekat 7gb gak gamba snap tadi.. bolehla... kita guna jela apa yang ada yer dak... asal gamba tu ada kualiti cukup ler... ni esok merasa lah nak mengedit semua gamba2 tu balik.. shoot dalam format raw la katakan... tak edit, tak jadilah gamba tu.. tapi shoot raw ni kira langkah selamat jugakla... kalau gelap, leh gak terangkan... zoom2 sikit... dapat ler pic yang boleh guna untuk presentation atau nak dijadikan video ke... biasanya gitula... gamba2 ni kena jadikan video.. baru syok sikit nak tgk nya nanti...

Mamat MC sape entah nama

tapi memang bestla snap2 pic ni.. takla serabut sangat dari jadi mc kat depan ke, leh jalan2 ikut suka hati... sementara duk merayap keliling tu, tangan biasalah.. sempat jugaklah capai makanan2, ngap!! settle... kenyang jugak perut.. tak terikat sangat dengan majlis.. ikut suka mula nak p mana.. yg penting balik kang, ada hasil nak ditunjuk... kan? kih3


Board Of Director KPJ Healthcare Berhad and etc

* Okay tak hasil snap ni haa.. ke nak komen pape ke...

tq brada !

lagi banyak kita cuba jaga hati seseorang tu, lagi banyak sebenaqnya kita menyakitkan hati dia.. percaya dak? nak xnak percaya, itulah hakikat sebenaqnya.. bila kita cuba sembunyikan segala keburukan yang dia ada, diam tak diam, kita sebenarnya menyakitkan hati si dia dengan tidak berlaku jujur.. dalam masa yang sama, bila tau kebenaran yang sebenaq, rasa sakit tu double daripada mereka yang berkata benar dan jujur walau mungkin pada mulanya ia juga menyakitkan..


ego masing2 la yang menyebabkan satu2 hubungan itu semakin dijarakkan kan? bila masing2 rasa masing2 betul, takde apa2 toleransi, taknak beralah, taknak mengaku kesalahan masing2, tanggunglah rasa pahit, berada dalam keadaan bersalah, rasa sakit nak tau cara terbaik untuk menjelaskan tentang punca semuanya bermula...

tapi takpe... dalam tempoh2 ginilah, kita tau siapa sebenarnya yang mampu mendorong kita untuk memperbaiki diri dan siapa sebenaqnya yang menjatuhkan semangat ke tahap paling rendah yang mungkin.. moga semangat baru yang ingin dibina dibimbing oleh teman2 yang jujur dalam menerima ketidak sempurnaan dan kekurangan pada diri ni.. tiada siapa yang sempurna sikapnya... namun jika ada teman yang boleh menerima kita seadanya, samada ketika kita down dan berada dalam keserabutan seharian, ada teman yang mampu buat kita tersenyum dan menyedaqkan kembali arah tuju yang sebenaq =)

ak, pokok dan ...

dah lama tak panjat pokok, aiseyhman.. gian pulak rasa... jadi secara tiba2, petang sabtu ni, wa tengah memanjat pokok untuk memetik bunga di taman mangga muda pokok depan rumah ni haaa... bukan nak makan sangat pong, saja je... gian nak memanjat la katakan...

rasa ala2 spiderman pun ada atas pokok ni.. tapi sila jangan bayangkan yang saya sedang berada di atas pokok sambil tangan sebelah memaut pada ranting pokok, sebelah tangan lagi mengjinjing laptop sambil hupdate blog ni.. adalah agak mustahil untuk melakukan aksi yang sedemikian rupa... jangan merepek please!kih3..

Mula2 kesian jugak tgk pokok ni, kurus aje.. x sampai hati nak panjat


antara perkara positif yang kita boleh ambil dengan aktiviti memanjat pokok? pernahkah anda terfikir?? jika tidak, xpe.. saya fikirkan untuk kalian.. 1stly, ia adalah indikator, tubuh badan anda masih boleh menerima aktiviti memanjat pokok... ada setengah2 kes, tubuh badan menghalang aktiviti yang sihat ini... jadi silalah bersyukur..

2ndly, ia juga merupakan anda masih mempunyai keinginan untuk melakukan aktiviti2 lelaki.. jangan nak metroseksual sangat, tolong yer... cubalah teliti kembali kelebihan sebagai lelaki... harusnya diisi dengan aktiviti lasak sebegini*aiceyhhhh.. lasak ler sangat..


3rdly, memastikan buah2 mangga yang masak di atas pokok tidak jatuh menyembah bumi dalam keadaan busuk dan berulat dek dikerjakan ulat pokok serta burung2 yang berkicauan... sayang kan? sapa nak p petik kalau bukan jejaka2 yang memanjatnya... takkan nak minta gadis2 ayu p panjat pulak... aneh benar tu.. tapi tiada apa yang mustahil bukan? memang nampak, dunia dah terbalik... kui3..

ok, sekian entry memanjat pokok.. anda pernah panjat pokok? jika pernah, lompat dan jeritlah sepuas hati, saya boleyh, malaysia boleyh..., peace yaw!! =)

Nikon D3200 Malaysia

dah lama dah mengidam menatang ni. alhamdulillah, sekian lama dapat juga merasa... syukur alhamdulillah.. dulu masa belajar, nu nak, ni nak.. tapi telan air liuq jela... nak beli xde duit. kan? mula teringin bila cuba office ni punya DSLR, D90.. pun best juga.. tu dah kelas lain tu... semi pro kot... beza dia pada body.. ada yang built in autofokus, yang saya punya ni kategori basic, entry level.. jadi ler yer tak? orang baru nak belajar fotografi..

Nikon D3200 ini kira masuk la dalam listing DSLR mampu milik.. tgk D5200, D4 ke., rege memang tak lalu la.. beriban-riban.. itu baru body aje.. belum lense nya lagi... waktu jalan2 tengok kamera ini, kira niat asalnya baru nak survey.. ajakla member sorang tu, Fareez, p jenjalan lowyat, time square.. dia ni kira lama jugakla join main kamera2 ni.. adalah jugak ilmu pasal kamera.. saya, kamera nak tekan mana pun tak reti lagi..





jalan2, tengok kat lowyat tu, rege memang murah banding dengan retail price.. tapi tengokkan pulak pada warranty card, bukan cop dari nikon malaysia.. adoi, putus selera nak membelek nya.. yerla, riso la, grey set pulak sat g kan.. last2 beli kat kamera yang betul2 warranty dari nikon malaysia... ada apa2 rosak ke, senang.. hanto aje kat time square nu haa.. dekat aje dengan tempat keja... settle.. dari pening kepala nak claim warranty kedai yang tak pasti betul ke idak... 

ok, dipendekkan cerita, berlakulah akad membeli dengan debit card secara pukauan.. kih3.. dah terpegang kamera D3200 yang diidam-idamkan, nak menolak untuk membeli tu merupakan satu kepayahan yang amat sangat.. kih3... tambah aksesori mana yang patut, filter, cleaner set dengan serbuk bulat2 yang elak kelembapan dalam beg (*entah apa namanya entah), bawak ler balik dengan senyuman sampai ke telinga.. duk sengih je atas moto sampai la rumah...

dunia fotografi dunia yang sangat luas.. ilmu2 fotografi pun bukan nya makan masa semalaman je nak blajo... tu syoknya  masuk dalam dunia hobi yang baru... yela.. walaupun masih baru dengan ambik2 gambo nih, tapi memang syok sangat la.. jari ni rasa gatal je nak ketik butang shutter kat kamera nu haaa... best bila kita tau setiap kegunaan ISO, aperture dengan shutter speed dan bagaimana kita aplikasikan semua ni untak dapatkan hasil gamba yang cantik... 

melabur dalam satu kamera yang harga beribu merupakan suatu yang nampaknya seperti pembaziran...tapi kalu kita fikirkan, sesuatu kenangan dan peristiwa merupakan sesuatu yang takkan boleh dapat dikembalikan dengan apa cara sekalipun... sekurang-kurangnya kenangan ni boleh kita simpan dalam bentuk gambar untuk kita imbau kenangan tersebut masa akan datang kan? =)