Melawat ke ladang unta

dalam tentatif program, memang ada punylah ke ladang unta ni.. mula2 kan terbayang gakla macam manala agaknya rupa ladang unta ni... duk ada dalam fikiran, macam ladang kuda tu la kot.. siap ada slot unta kuda2 tu berlari bagai, ada ruang untuk bg makan...



sesampainya ke ladang unta tu, aiseyhman.. jauhnya dari bayangan tadi... ladang2 unta kat sini rupanya tepi2 jalan aje... pastu jenis berkelompok.. adala macam pagar2 kecik, dengan dalam pagar adalah dalam 10~20 ekor... fuhhh... guaner diorg jaga yer.. keliling bukan ada pun.. betul2 padang luas mata memandang.. dengan cuaca gitu, penjaga2 unta ni bukan ada tempat berteduh pong... memang cekal la diorang yang jaga unta2 ni...



dah sampai ladang unta ni, tak minum susu unta tak sah la yer tak? kui3... bila lagi nak merasa peluang minum susu unta fresh2 macam ni... perah terus minum... terasa panas2 dia lagi... susu kambing, terus terang saya tak boleh nak minum gitu aje.. sebab ada rasa yang tak berapa sesuai dengan tekak kot... kalau diorang dah modified susu kambing tu rasa coklat ke strawberry ke, baru lah boleh masuk tekak ni haa..



tapi anehnya, susu unta tak gitu.. tak rasa hanyir, dan rasa dia pun segar je... settle minum kat situ gak... tak rasa nak termuntah pong... okayla... sedap... banyak gak minum kat situ.. akak pong tengok dia minum rileks aje... sedap kot... jadi kalau kome mai sini, toksah takutlah nak merasa susu unta segar ni yaa? =)

*btw, kencing unta tu diorang gunakan untuk apa ya? dah lagi mahal dari susu unta, ramai pulak beli tu... hurm....

4 comments:

Fara Ada said...

kencing unta pun ada kegunaannya ke iz? tatau la pula..kenapa iz xtnya?

Amoy Latif said...

kenapa tak tanya aje nak buat ape kencing unta tu. hikhikhik

p/s: tak pernah minum susu kambing apetah lagi susu unta. hikhikhik

cintailmu89 said...

fara> memang nak tanya mutawwif, lepas tu terlupa.... nak tanya yang jaga ladang tu, bukan di faham pun..

cintailmu89 said...

amoy latif>> sedap susu kambing, so refreshing =)