Makam Rasullah s.a.w



ya, dari luar kita boleh nampak kubah hijau yang terletak di sebelah kubah berwarna putih, di bawah kubah hijau itulah terletak nya makam Rasulullah s.a.w yang dicintai kita semua selaku umatnya ini... dalam keadaan berdebar-debar nak melalui makam Rasulullah s.a.w sekali kena sekat dengan guard kat pintu sebab bawak beg... subhanallah, perasaan ni, sampai bila2 pun takkan dilupakan.. mungkin salah satu dugaan la, jadi biaq mutawwif masuk dulu tunggu dia solat sunat dulu pastu baru saya punya turn pulak masuk untuk mengunjugi makam Rasulullah s.a.w sambil dia tolong pegang beg saya ni...ramainya berbaris untuk melalui tempat terletaknya makam insan yang mulia yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan islam ke seluruh pelusuk alam..

lepas aje tunaikan solat sunat di taman raudhah, terus bergerak ikut serta berbaris untuk melalui makam Rasulullah s.a.w, sambil berselawat dan memberikan salam pada baginda, masyaallah, teringat pesan seorang ustaz, sesungguhnya antara sebab kita dapat berada di makam Rasulullah s.a.w, adalah dijemput oleh Rasulullah s.a.w sendiri.. Ya Allah, besar sungguh nikmatMu kepada hamba2 mu dengan memberi peluang kepada kami untuk mengunjungi makam kekasihMu ini.. rasa bersyukur yang teramat sangat berpeluang untuk sampai ke sini... alhamdulillah..



4 comments:

Amoy Latif said...

Subhanallah ramai nye orang..

cintailmu89 said...

ramai kan.. ni dalam pukul 7 lepas subuh kalau x silap... biasa lepas zohor lagi ramai...

Amoy Latif said...

taktau la bile ade rezeki nak ke sana

cintailmu89 said...

insyaallah.. kalau bersungguh, sampai...usaha3 =)