Bomoh

bomoh dengan masyarakat melayu dah memang sinonim sangat dah.. bila kita sebut bomoh aje, yang terlintas kat kita adalah cara perubatan mistik untuk masalah melayu, tak kiralah apa jua penyakit nya.. santau lah, saka la, dengki dalam meniaga la.. jadi tak heranlah, jika apa2 jua perkara yang berlaku, bomoh no 1 kita panggil..

jadi disebalik apa yang berlaku, maksud saya peristiwa bomoh menggunakan perkara2 aneh untuk dijadikan method perubatan, jangan duk pelik sangat lah.. kes ini menonjol kerana mendapat liputan media dalam dan luar negara.. akibatnya? terbentuklah satu imej kuno pada masyarakat malaysia umum nya di seluruh dunia...


hai lah bomoh, engkau ada dalam market sebab demand yang terlalu tinggi.. masyarakat kita masih mengharapkan servis2 mu.. ya, memang patutla di zaman moden ni, sifat hasad dengki masih menebal kot antara kita.. berdamping dengan jin dan syaitan, maka makin banyakla sakit2 halus yang perlu diubati dengan perubatan cara gini...

moga kita terhindar daripada penyakit2 halus ni akibat dengki orang sekeliling.. lagipun, logik akal, bentuk perubatan beginikah(2 biji kelapa, bubu, tikar etc) yang mungkin berlandaskan syariat islam? gunakan akal, pikiaqlah sendiri.. dari duk berdamping dengan jin dan syaitan, berdamping lah dengan islam dan beramal lah.. lagi baguih... 

*p tengok negara asing, walaupun mereka bukan lah beragama islam, akhlak islam ada pada mereka.. tak malu ke kita yang sepatutnya membawa akhlak2 tersebut sebagai pakaian?

1 comment:

Amoy Latif said...

Betul tu. memalukan betul.