PowerBank yang murah boleh pakai tak?

zaman2 sekarang ni, takde powerbank tak sah... mesti kena ada gak, nak xnak... nak wat guaner.... kadar ke'smart'an phone itu berkadar teruih dengan kadar penurunan bateri yang drastik... wahhh, futuristik pulak rasa petikan di atas ini...

well, perlu nya powerbank membuatkan banyak nya pengusaha2 dan penternak powerbank mempromosi powerbank mereka2 yang berbagai saiz, warna dan kapasiti... ada kapasiti yang luar jangkauan pemikiran seperti 50,000 mah... yang mungkin boleh digunakan jika bateri kereta anda kong... kui3

ok, macam ni... senang aje kalau kita nak beli powerbank... tau anda keliru  dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran.. tolak ketepi faktor kapasiti, faktor jenama.. apa yang paling penting sekali ketulenan nya... biaq p la jika hanya 10k kapasitinya, itu dah terbaik untuk menjadi UPS anda jika ianya tulen.. aicehhh... mesti korang tak tau amenda UPS tu kan? 'uninterrupted power supply'.. canggih tak bunyinya?haha...

jadi, untuk memastikan keselamatan smartfon korg dan keboleh kebergantungan kepada powerbank, boleh dipakai sekiranya perlu cas tanpa ada masalah pada powerbank tersebut, beli yang yang original yer.. agak2 murah sangat tu, palsu ler gamaknya...



* ni sampel powerbank yang sy pakai skrg.. okler.. dalam 4 kali cas boleh... 10k mah ajer.. cukup sudah,... tak besaq sangat, tak kecik sangat...

tolong... tolong... opis terbakaq..

fire drill di tempat keja.. aiseyman.... tak sangka ada cons jugak rupanya keja tempat tinggi2... nak2 tingkat 13.. fuhhh... nak turun ke bawah tu kemain... haha... seb baik stamina tinggi macam rimau. tak mengah sangat.. tengok member sebelah turun sekali, nafas bunyi macam ribut dah... kesian kat beliau...





tu diaaa.. ramai nya mereka2 yang berbaju biru... uniform ler katakan.. bukan sekelompok pengawas yer... haha.... btw, baguih jugak ada program gini.. sekurang nya kalau jadila ada terbakar ke hape ke, tak lah jadi terkial2 tak tau nak turun ikut mana, nak berkumpul kat mana... ok jugakla walaupun kena berkumpul bawah ni tengah hari rembang..

*korang kalu opis terbakaq, apa yg korang nak selamatkan dulu? macam akak kat opis ni tadi, siap bwk turun charger iphone.. haha.. sabo jelaa.. kat bwh ni nak cucuk charger kat mana pun tak tau la...

Tukang buat gl x sihat

musim tak berapa nak stabil ni, memang musim2 sakit tu mai kan... nak2 macam sy ni yang tukang buat gl... sorang2 p nak jumpa dr... bersusun je rasa nak buat gl... seb baik tak payah amik no giliran minta gl ni kan.. kih3...

ni pun rasa macam x selesa aje.. batuk, panas badan selsema, pakej mai serentak... layankan jela... cuaca sekarang ni pun macam kalau panas, panas sangat, tapi kalau sejuk, fuhhh.. ni kat opis ni haaa... sejuk kemain...

tapi itula... jangan nak mengeluh sangatlah.. kalau sakit tu, bersyukur... semuanya ada hikmah.. contoh paling mudah, sakit itu kan salah satu cara nak menghapus dosa2 kecik.. bersabar, redha, tu lah jalan paling baik nak hadapi sakit2 ni..

lagi satu, bila mai sakit2 ni, mesti rasa bersyukur sangat time sihat kan? kalau sihat, x rasa pape... nikmat jugak yer dikurniakan kesihatan sebenaqnya.. jadi salah satu cara untuk kita mensyukuri nikmat sihat ni, sekali2 bila mai sakit ni laaa...

pada rakan2 sekerja yang tak sihat tu, banyakkan berehat.. makan ubat sampai betul2 sihat, dan kalau dapat mc tu, manfaatkan betul2 dengan berehat kat rumah.. ada kala badan tu dah letih sangat dihanyak oleh kerja hari2... wokay, itu aje...  wassalam =)