Airdroid

wah, kemenda alah ler pulak airdroid ni yer? android pernah la dengar.. jika ni persoalan yang timbul di benak pemikiran anda, jangan p mana2 lagi... akan sy cuba untuk terangkan sebaik mungkin apa ke dia la airdroid ni..

jika kita ingin menghantar sesuatu data kepada peranti2 pintar, apa yang kita akan buat? 1st sekali mesti kita kena mencari kabel la yer tak? guaner nak sambungkan enfon ke laptop ataupun pc tanpa kabel.. mula la bila nak mencari kabel ni, pinjam orang sebelah la, cari kabel terselit bawah meja la, rupa fizikal kabel yang tenat pun akan digunakan jika dah memang terdesak sangat nak transfer data, nak2 urgent nak pakai.. ibarat nak transfer lagu ariana rose dalam fon buat caller ringtone, kenala buat dengan kadar segera kan...haha.. memandai je gua..

airdroid ni ibaratnya seperti cabel, cuma tanpa cabel.. haa sudah.. melalut apa pulak ni? rileks, wa eksplain satu2.. jangan gelojoh please.. kui3.. airdroid merupakan satu web yang menghubungkan laptop, pc serta tablet ke peranti pintar tanpa memerlukan apa2 kabel.. waaa... canggih dak? ia tidak memerlukan sebarang bentuk ilmu hitam mahupun bantuan jin..syirik semua tu.. hanya menggunakan line tenet, maka berlaku lah satu bentuk sambungan maya yang sangat2 memudahkan..

contoh printscreen dari laptop wa.. 
nampak.. nak play lagu fon, keluar kat speaker laptop.. tak ke canggih tu.. view gamba, video, semuanya boleh dilakukan dengan jaya nya dan tanpa lag.. transfer gamba dan lagu pun cuma perlu drag file masuk ruang belah kanan bawah gamba fon tu... btw,lagu tu ,"bintang malam ini", syok wooo.. boleh la cuba2 dengar.. layan lagu lama2 ni.. kita ni geekz2 jugak, sekali bab lagu, yang sentimental old timer lagu jugak yang dicari.. lagu sekarang hampeh2 belaka..

ada senang2, cubala menda airdroid ni... best.. mengubah cara kita menghubungkan laptop ke enfon... rajin2 ler cuba untuk mengenali dunia teknologi.. tak salah pun mencuba.. salah satu cabang ilmu apa... eh, makin lama makin syok la gunakan produk2 google ni.. *tiba2 =)

2 comments:

zuno said...

wah cam best je..nak install kt mana?

cintailmu89 said...

dia guna website.. bukak aje kat google chrome, mozilla ke.. tapi kat fon kena install airdroid tu.. ada satu apps, download kat playstore..