2014, 25

entry pertama, tahun 2014.. hye.. untuk tahun 2014 ini lah, umur dah melonjak ke angka 25.. angka yang fuhhh... faham2 jelaaaa... masa untuk tinggalkan perkara2 yang melekakan.. fokus pada perkara2 yang penting.. yang mana remeh2, boleh dikemas, pack masuk dalam beg dan buang kat sungai klang.. =)

moga semua sikap2 negatif yang kita duk bawa selama ni, di ubah menjadi sikap2 yang baik2 aje.. sikap2 buruk ini ibaratnya seperti batu2 yang membebankan... jadi buat apalah nak simpan menda2 negatif dalam diri.. selain memberatkan diri dalam mengharungi kehidupan.. biasalah, kita tak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan sebab itulah fitrah kejadian manusia kan.. yer dak?

2014, akan ku cabar dikau dengan sikap positif ku.. cewahhhh.. kemain... 25, satu usia dimana segalanya perlu jelas.. jiwa kepimpinan, jiwa mendidik tu perlu ada.. wa rasa wa dah ready kot nak serius dalam hidup, hidup secara berteman.. tengokla.. kewangan pun agak mula nak stabil.. boleh start dah kot mencari-cari calon =)




* fuhhh, zaman penukaran yang paling menakutkan.. moga ilmu yang sikit ni dapat memimpin diri untuk menempuh zaman perubahan paling mencabar sepanjang dalam hidup ni..

No comments: