budak kena denda makan rumput?

melihatkan kes yang glamer la ni yang masuk dalam tivi tiga hari2 tu kes melibatkan budak didenda oleh cikgu sekolah yang menyuruh budak tersebut memakan rumput adalah sangat ...

tak tau nak teruskan dengan apa pada perenggan di atas ni.. yup, memang tindakan itu nampak keterlaluan tapi bila kita tengok balik zaman persekolahan kita dulu2, alangkah jauhnya berbeda dengan suasana persekolahan pada harini..

saya nak tanya lah pada pembaca sekalian, apa denda yang paling teruk korang kena waktu belajaq dulu? bila sy teringat balik dengan denda2 yang pernah didenda oleh cikgu, memang senyum sorang2 la gamaknya.. sini sy listkan kenangan2 denda yang pernah sy lalui... kih3


  1. waktu ni darjah berapa entah, 5 kot kalau x silap.. waktu mata pelajaran sejarah, lupa bawak buku teks sejarah ler gamaknya, maka hukuman yang dikenakan oleh cikgu tahir,adalah dengan membuka baju dan berdiri atas kerusi depan kelas dan perlu membuat 8 gaya bebas aksi bina badan... aiseyh, malu nak mampuih... kah3.. memang takkan dilupakan nya laaa..
  2. yang ni berlaku beberapa tahun kemudian nya... tingkatan 4 untuk lebih spesifik.. dah besaq panjang pun kena denda lagi kah? haruslah.. pelajar berkaliber tinggi memang macam ni.. kui3.. hukuman tanpa budi bicara ini dijalankan kerana fail dalam kertas ujian subjek kimia... angpa tau2 jela subjek kimia lagu mana.. dapat 17/50 ke apa time tu... hukuman nya? konyok kertas ujian tu, masukkan dalam mulut.. cer la bayang guaner rupanya memasukkan kertas ujian tersebut dalam mulut... buruk rupanya... hahaha.. nama cikgu, Pn Norkamalawati... 
  3. tingkatan 5 pulak, time ni jadi pengawas dah... maka adakah itu merupakan petanda bahwa tidak akan didenda teruk2 lagi? jawapan nya harusla tidak yer x? kih3.. hukuman ni pulak dijalankan oleh cikgu Faridah cikgu add mate yang sangat disegani.. seorang yang tegas tapi happy go lucky... time ni pengawas memang wajib untuk memakai tie ke sekolah.. wa? tak pakailah.. gangster la katakan.. time ni hukuman nya agak memalukan jugakla.. dalam kelas tu, wa kena paksa buka tali kasut dan pakai kat leher.. fuhhhhh.. malunya, pergh.. toksah habaqla.. kenangan wei.
walau belum hari guru, hari2 wa lalui harini, wa hargai setiap dari hasil didikan mu selama ni...

tapi kesimpulan nya, pada cikgu2 yang pernah mendidik wa selama ini, wa nak cakap tenkiu very much tulus dari hati sebab mendidik wa dari hati, jauh di sudut hati cikgu2 ni, sy tau depa ikhlas dalam menjadikan wa manusia.. ni lah proses2 untuk memanusiakan manusia.. wa sedar tanggungjwab cikgu cikgi sangatlah besar.. maka dengan cara apa sekalipun wa takkan dapat membalas cikgu cikgi sekalian.. hanya ucapan terima kasih dapat wa sampaikan... denda2 ginila jadi warna2 dalam hidup wa la ni untuk wa senyum2 kan bila teringat...

TQ cikgu2... jasamu wa kenang sampai mati... bersabarlah dalam menghadapi cabaran mendidik bebudak harini.. agak2 yang mana kuangjaq tu, penampo aje... biaq kita tampo dia harini, dari dia membesaq jadi peragut dan yang sama waktu dengan nya...   =)

Airdroid

wah, kemenda alah ler pulak airdroid ni yer? android pernah la dengar.. jika ni persoalan yang timbul di benak pemikiran anda, jangan p mana2 lagi... akan sy cuba untuk terangkan sebaik mungkin apa ke dia la airdroid ni..

jika kita ingin menghantar sesuatu data kepada peranti2 pintar, apa yang kita akan buat? 1st sekali mesti kita kena mencari kabel la yer tak? guaner nak sambungkan enfon ke laptop ataupun pc tanpa kabel.. mula la bila nak mencari kabel ni, pinjam orang sebelah la, cari kabel terselit bawah meja la, rupa fizikal kabel yang tenat pun akan digunakan jika dah memang terdesak sangat nak transfer data, nak2 urgent nak pakai.. ibarat nak transfer lagu ariana rose dalam fon buat caller ringtone, kenala buat dengan kadar segera kan...haha.. memandai je gua..

airdroid ni ibaratnya seperti cabel, cuma tanpa cabel.. haa sudah.. melalut apa pulak ni? rileks, wa eksplain satu2.. jangan gelojoh please.. kui3.. airdroid merupakan satu web yang menghubungkan laptop, pc serta tablet ke peranti pintar tanpa memerlukan apa2 kabel.. waaa... canggih dak? ia tidak memerlukan sebarang bentuk ilmu hitam mahupun bantuan jin..syirik semua tu.. hanya menggunakan line tenet, maka berlaku lah satu bentuk sambungan maya yang sangat2 memudahkan..

contoh printscreen dari laptop wa.. 
nampak.. nak play lagu fon, keluar kat speaker laptop.. tak ke canggih tu.. view gamba, video, semuanya boleh dilakukan dengan jaya nya dan tanpa lag.. transfer gamba dan lagu pun cuma perlu drag file masuk ruang belah kanan bawah gamba fon tu... btw,lagu tu ,"bintang malam ini", syok wooo.. boleh la cuba2 dengar.. layan lagu lama2 ni.. kita ni geekz2 jugak, sekali bab lagu, yang sentimental old timer lagu jugak yang dicari.. lagu sekarang hampeh2 belaka..

ada senang2, cubala menda airdroid ni... best.. mengubah cara kita menghubungkan laptop ke enfon... rajin2 ler cuba untuk mengenali dunia teknologi.. tak salah pun mencuba.. salah satu cabang ilmu apa... eh, makin lama makin syok la gunakan produk2 google ni.. *tiba2 =)

it's uncledaycare

mama dia p amik lesen, jadi sape lagi nak menjaga bebudak ni yer tak? seb baik dapat uncle yang baik hati.. kui3.. terasa aneh pulak bila puji diri sendiri ni... haha.. maafkan saya...lama pula tak puji diri sendiri.. nak bagi ingat balik apa rasanya.. hampeh, x syok langsung.. kui3..

bebudak ni senang la pulak nak jaga.. x susah langsung.. mungkin cuaca pun banyak membantu sebenaqnya ni.. hujan lebat yang mencurah curah ke ladang gandum mebuatkan suasana yang begitu sejuk sekali mengaktifkan mood mengantuk kepada budak sorang ni.. betul2 tepuk2 sikit, sekali tido dah.. senang benar.. hai, mudahnya jaga bebudak kecik ni.. settle keja uncle dia.. 


ni entah macam mana entah, tetiba je dia boleh tido berdiri gini.. x perasan.
angkat bagi baring kat kusyen tu, tepuk2 sikit2 dia sambung tido balik
tup2, dia terjaga balik.. senyap je time ni.. mamai kot..
dia boleh sambung tido balik daaaaa
time ni baru dia jaga betul2.. haaa.. apa lagi, snap ler gamba mata beliau.. sila jangan tergoda yer?hehe
* wa rasa naluri kebapaan wa dah aktif ni.. mencari mereka2 yang telah mengaktifkan naluri keemakan.. sila2.. masuk mengadap.. =)

2014, 25

entry pertama, tahun 2014.. hye.. untuk tahun 2014 ini lah, umur dah melonjak ke angka 25.. angka yang fuhhh... faham2 jelaaaa... masa untuk tinggalkan perkara2 yang melekakan.. fokus pada perkara2 yang penting.. yang mana remeh2, boleh dikemas, pack masuk dalam beg dan buang kat sungai klang.. =)

moga semua sikap2 negatif yang kita duk bawa selama ni, di ubah menjadi sikap2 yang baik2 aje.. sikap2 buruk ini ibaratnya seperti batu2 yang membebankan... jadi buat apalah nak simpan menda2 negatif dalam diri.. selain memberatkan diri dalam mengharungi kehidupan.. biasalah, kita tak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan sebab itulah fitrah kejadian manusia kan.. yer dak?

2014, akan ku cabar dikau dengan sikap positif ku.. cewahhhh.. kemain... 25, satu usia dimana segalanya perlu jelas.. jiwa kepimpinan, jiwa mendidik tu perlu ada.. wa rasa wa dah ready kot nak serius dalam hidup, hidup secara berteman.. tengokla.. kewangan pun agak mula nak stabil.. boleh start dah kot mencari-cari calon =)




* fuhhh, zaman penukaran yang paling menakutkan.. moga ilmu yang sikit ni dapat memimpin diri untuk menempuh zaman perubahan paling mencabar sepanjang dalam hidup ni..