ada teringat sebenarnya

baru2 ni kan final mas vs thailand tu, kebetulan ada kenduri sahabat kami dkt sekinchan nu haaa... walau pun takla dekat sangat dengan balakong tercinta ni haaa, tapi atas dasar persahabatan, sampai jugak ke sana... cewahhhh... haha... lehud, sila belanja burger bakar sepam dua next time jumpa... ko blanje ak, comel dengan fareez sudaa...

macam biasa, adat majlis perkahwinan batch dkm ni, kelewatan sampai tu memang terjangka... setakat ni, alhamdulillah... rekod datang lewat tu memang tak pernah miss... kompem lewat punyalaa... sampai je dewan serbaguna sekinchan lepas bertarung dengan gps, jumpa la kutu2 dkm yg lain, tengah sedap melantak...kemain fokus makan...

biasa, makan2 mana yang patut, bedal sampai bengkak perut makan lauk yang super best,*lapaq sebenaqnya..dah sampai pun dekat pukul 3 ptg... tangkap gamba normal ramai2 sedas, gamba spontan sedas, pengantin lelaki buat hal plak.. boleh pulak dia lepas bersanding terus nak shoot p bukit jalil tgk final mas vs thailand... memang semangat harimau malaya sungguh...

kami yang blur2 ni terusla pegi rumah member dekat sekinchan.. kat sana........



* teringat suasana kat rumah sewa dulu2 oi =)

lo jangan sombong sangat boleh?

ada budaya kita dekat malaysia ni yang saya perasan takde pada negara2 lain yang membuatkan kita ini sangat unik dan lain daripada negara2 lain, kot? rasanyalah.. bukan pernah sampai semua negara pun tapi membuatkan diri ni rasa bangga sangat duk kat malaysia ni haaa...


dan budaya ni cantiknya ada pada masjid2 di malaysia... dah menjadi budaya kita untuk bersalam dengan orang kiri kanan bila duk melepak kat masjid tu.. perasan tak? entah perasan entah tidak.... menda biasa kita buat tapi percayalah... kalau p tempat lain belum tentu boleh jumpa perkara sesimple bersalam dengan org kiri kanan macam yang dah kita amalkan kat negara tercinta ni haaa...

bukan lah nak membangga sangat dengan perlakuan dan adab yang macam ni tapi ia cukup untuk menunjukkan kita ni orang malaysia, yang penuh dengan didikan ketimuran, penuh beradab dan sopan santun... jadi , jangan ler duk perlekeh perkara sesimple ni... luaskan ia kat luar dari lingkungan masjid... senyumlah, sebarkanlah keceriaan, jadilah yang pertama untuk memberikan salam.. tak rugi pun bro! =)
hehe

Treasure Hunt IMM 2014

aritu kan, kita kan join treasure hunt.... dengan imm... kalau tak silaplah, imm tu institute of marketing malaysia... okay, rasa nak termuntah membahasakan diri sebagai 'kita'... =)

sebenaqnya, memang tak pernah dalam hidup join treasure hunt macam ni... bukan taknak tapi tak pernah ada peluang ... amenda la tresure hunt ni... ingatkan kena p cari harta karun ke apa... so dengan blur nya, p la kat PLUS dekat mana entah dengan opismate, rasa2 boleh kata treasure hunt kitorang ni awal sikit dari peserta2 lain.. mana taknya, melilau jugak nak mencari opis PLUS nu haaa... seb baik jumpa.. kalau tak, make uTurn, ke rumah ajelaaa,.. treasure hunt kat rumah aje sudaa... dah la ujan lebat di pagi hari yang cuti.. cer bayang ajelaaa...

okay, dengan blur nya team sy ni haa dengar taklimat keselamatan dari JKR, dahla macam duk dalam asrama taklimat dia... kemain tegas... dengan main video keselamatan tahun1967, sabo jelaa.. semeja dengan kitrog pulak, team mana entah... senget... asyik duk membahan je kejanya.... silap sikit abeslaaaa... kih3..





okay, treasure hunt start... kami ni haaa, memasing first time join, start keta terus dengan konfiden nya otw ke kl tower... settle, lepas aje tol jalan duta tu haaa, sambil dah jawap separuh soalan2 yang diorg bagi sekali dalam file tu, kira kena perati la sekeliling jalan cari klu utk jawap, sekali tersedar dari lamunan, dan ternampak pelan jalan yang sepatutnya dilalui... haih ... hahahahaha...

terus u-turn, patah balik ikut jalan yang sepatutnya dilalui.. KL tower tu kira last checkpoint sudaaa... adoi... suka2 je jawap klu ikut gerak hati... ko rasa? seb baik tak sampai last checkpoint lagi... kalau tak, termenung la kat situ tunggu peserta2 lain sampai... kih3...

tapi tak kisahlaaa... dah uturn, baru lah nampak klu2 untuk soalan2 yang diberikan... kira okayla walau lewat sikit dari orang lain, tugasan sume dapat diselesaikan dan sampai pada waktu yang ditetapkan di setiap checkpoint... walau tak menang apa pun, tapi memang betul punya adventure la... kesimpulan nya, best sangat3 =)

korban 2014

alhamdulillah, settle 6 ekor lembu tahun ni kat surau taman sri indah.... rasa macam cepat aje nak settlekan semua lembu2 tersebut bila ramai yang mai menolong... tu lah tak sangka, kat bandaq2 ni haaa, masih kuat semangat gotong royong..setakat ni, surau kat taman ni tak pernah mengecewakan... sentiasa ada aje yang datang join mengerjakan lembu2 tersebut..

bawak askar2 saya nu haaa... kemain menolong... ada yang siap bawak tool2 berkaitan lagi... sila refer gambaq di bawah...

Bakul dengan torchlight? entah lerr...

Yang 2 orang ni menolong kat dapuq... tolong memasak mungkin... si mia tengok lembu korban, bagitau mama dia, pasni dia dah takmo makan lembu lagi dah... haaa, sudahhh... lagi satu hal...

Mia dengan ayeen.

Agih2kan daging.. pakai sistem kupon... senang !
sebenaqnya ni pestaim cuba snap gambaq menggunakan sj4k tu... hasil dia, ok what... not bad... sebab sebelum ni memang guna kamera tu untuk video aje... tak sangka gambaq pun boleh... =) lepas ni senangla.. untuk ruang sempit, elok bawak kamera ni aje... dslr gantung kat rumah.. kih3

kawen jugak, alhamdulillah =)

haih.. macam2 yang perlu diupdate tak berhupdate dalam tempoh 2 bulan ni... terasa terlalu banyak yang nak diceritakan... nak mula tang mana pun tak tau laaa... misalnya dalam dua bulan ni, 2 orang sahabat saya telah melangkah ke dunia baru, bukan alam barzakh, tapi alam perkahwinan...

seronokla depa... yang pertama, sahabat saya dari kecil, kenalan dari tadika, yang telah berkahwin dengan orang manjung... dapat juga la menyempatkan diri untuk sampai ke kenduri beliau dalam kesibukan kerja hari2 yang tak pernah habis ni... tapi iyerla, nak melayankan kerja yang takkan pernah habis ni, takkanlah sampai nak terlepas kenduri kahwen sahabat dunia akhirat yang sorang ni...kan?

dah pulak,sampai2 tunggu sejam dua tunggu rombongan pengantin lelaki mai, nak masuk sekali, rupa2 nya, kena jadi pengapit daaa... waaa.. betul punya bidan terjun ni.. seb baik pakai baju melayu... ada jugaklah rupa ala2 pengapit... buatnya pakai kemeja dengan seluar jean, kompem lari dari konsep punyalah... tapi sape tahu kan, perancangan Allah s.w.t. , dapat jadi pengapit untuk sahabat yang sorang ni memang tak terjangka... moga ang, Muhammad Azhar dan pasangan, berbahagia hingga akhir hayat, insyaallah...

yang sorang lagi, sahabat dari politeknik, haaa ni lagi sorang.. memang tak jangka, tup2 dapat kad... fuhhh.. diam2 berisi rupanya mamat ni... zaki2... yang ni dekat aje kendurinya... kat Klang... seronok sekali2 p kenduri gini... ala2 mini reunion... ramai dapat jumpa... lepas kenduri lepak2 mampley, tengok perkembangan kutu2 politeknik dulu, alhamdulillah, masing2 berjaya nampaknya...

contoh si Falah aka abg sado, dah pakai triton, sebuah kereta yang tak padan dengan beliau langsung.... tapi apakan dayaa, bisnes man ... beli kereta kerana praktikaliti bukan rupa semata mata.. takpela... moga ang bertambah berjaya, bertambah projek untuk menjadi bisnes man yang berjaya...

update pada diri saya sendiri?  =)

sj4000 malaysia

action cam yang bernama sj4k ni dah lama wujud pun sebenaqnya... sebagai seorang yang slow poke macam wa ni, biasalah... dah lama ada dalam pasaran, barulah nak terhegeh-hegeh nak cuba sj4k ni... buat mereka yang tak tau, sj4k ni adalah alternatif untuk action cam popular seantero dunia, go pro hd yang ramai sedia maklong, memang mahal ya amat.. dekat2 1.5k, belum termasuk aksesori...

kotak pun special., tapi dtg dengan harga yg agak special jugak
jadi sebagai seorang yang amat terkenal di balakong sebagai seorang yang bijak berbelanja dan mempunyai pertimbangan yang waras, beliau pun belilah satu unit sj4k dengan dealer terus pada harga yang amat murah nak dibandingkan dengan harga pasaran.. biasa mereka2 penjual akan jual satu unit dengan rege 320++ untuk seunit, saya dapat cuma dengan harga 270 untuk full set dengan aksesori..

ni pulak sj4k... penuh aksesori.. dah macam pasang2 lego =)
setakat ni sangat2 berpuas hati dengan kualiti video dan sangat berbaloi dengan harga yang camtu... boleh support micro sd 32gb.. saya beli micro sd kingston, 32gb class 10 baru rm54... murah kalau tau mana nak cari.. kalau p cari kat kedai2 kamera tak dapat ler rege macam tu... mau 80~100++..

kat sini saya selitkan satu video first saya cuba rakam.. cuma dari rumah nak ke opis je... pendek je lepas edit.. adala kot 2 min... kalau ada kurang tu biasalah.. tak tau sangat nak guna... video ni guna chest mount... kira kamera tu dari sisi pandangan dada la... tengokla.. any komen, silalah... kerana pandangan anda, begitu berharga (* baca dengan nada iklan )cewahhhh, hehe...




tips diet di bulan ramadhan bersama kevin zahriruddin

tips kali ni adalah tips untuk berdiet di bulan ramadhan... tau, ramai yang pasang cita2 untuk menurunkan berat badan di bulan pose ni.. yela, dapat dua dalam satu.. selain beribadah ,dapat jugak turunkan berat badan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya bmi yang lebih sihat dan seimbang...

jadi, mai terus kita ke list di bawah.

1) dapatkan supplement yang betul dan mempunyai pengiktirafan dari kkm... berapa penting supplement ini? takdela penting sangat pun...takde supplement apa pun dalam muka bumi ni yang mampu menurunkan berat badan dengan segera.. dadah mungkin, cuma cepat sikitla ke tanah kubur. ia hanya sebagai semangat dan omputeh kata kick start, motivasi untuk mind set kita ni mengatakan 'boleh' untuk menurunkan berat badan.. jangan main2, jika kita dah setkan target, ditambah sokongan moral dari supplement ini, insyaallah.. berat tu boleh turun. cuma pastikan dapat nasihat dari pakar diet, ataupun dr.

2) terlalu cliche' , tapi itulah hakikatnya.. kurangkan makan nasi... banyakkan protein dan sayur2.. susah asalnya nak kurangkan nasi.. double susahnya kalau nak istiqamah.. tapi insyaallah, kalau kurangkan sikit2, dari 4 genggam nasi, ke 3,ke 2 ke setengah genggam, lama2 boleh... nak kenyang, makan lauk lebih sikit, nasi kemudian.. dah kenyang dengan sayur dan ikan atau daging, nasi tak berusik@bertambah dah.

haa, ni tips dari abg saya, kevin zahri

3) exercise? tau korang ni pemalas, macam sy juga.. nak exercise, kemain payah.. jadi, paling idak pun, banyakkan berjalan.. kalau opis tu duk tingkat 13, amalkan naik tangga... exercise jugak tu.. jangan sempitkan makna kata exercise aje, mesti p gym, mesti jogging kat tasik.. asal keluar peluh, itu pun dah cukup untuk membakar kalori secukupnya... baru la lemak tepu boleh berkurang dengan jayanya..

4) last but not least, dapatkan alat penimbang.. rekodkan berat yang turun (*ataupun naik)... pastikan berat tu direkod untuk pastikan diet yang kita lakukan tu berkesan ataupun tidak... cuma jangan lah melampau, setiap kali masuk waktu solat, nak p timbang... kalau daily basis tu, weekly basis ke, okay la lagi..

sekian tips dari kevin zahriruddin.. apa2 persoalan, silakan bertanya.. malu bertanya sesat jalan... *kurangkan berat badan, kurangkan keboroian.. saya boleh, anda pasti boleh.. kih3

mata boleh senyum

situasi: di trafik light yang padat dengan motor berada di hadapan barisan kereta yang panjang di tengah ibukota.. berdiri segaknya seorang mamat dengan moto besaq tak berapa besaq sangat dengan berfullface helmet dan kebetulan di sebelah beliau pula terdapat seorang lagi minah berskuter ingin p keja gamaknya memandang mamat tersebut berulang kali..

mamat tersebut yang berfullface tadi, dengan perasan nya ingat minah tu syok kat beliau kot, memang sesungguhnya beliau perasan semata-mata.. dan dengan yakin nya melemparkan senyuman yang tersembunyi di sebalik fullface mengharapkan senyuman beliau diterima oleh minah tadi..

dan minah tersebut tersenyum kembali =)

* senyuman itu walau tersembunyi, namun boleh disampaikan melalui keikhlasan dan mata juga boleh jadi medium menyampaikan senyuman
=)

rezeki

dah tetiba harini saya tersedaq dari lamunan yang panjang, apa ertinya rezeki... ehem,...dah ko ni kenapa ? terhantuk ke apa... eh, lek luuu.....takpe2, pelan2 saya akan terangkan ...

seringkali kita tersalah tafsir, apa itu rezeki yang sebenaqnya.. sebut aja rezeki, jujurlah... apa yang mula2 kita bayangkan? sah2, duit yang muncul dalam fikiran, sambil simbol $ keluar secara automatik di mata kalian.... benaq kah rezeki itu, hanyalah wang semata-mata?

nak tak nak, kita ni hidup dalam zaman yang benaq2 mencabar... takde duit, apa pun tak boleh, kan? itulah realiti nya... namun, kalau dipikiaqkan dengan lebih mendalam, duit bukanlah segalanya... dah terlalu lama kita menyempitkan erti dan makna sebenaq apa itu rezeki dengan menganggap rezeki=duit=harta...



luaskanlah pengertian kita terhadap rezeki tu sendiri.. dengan rasa bersyukur, insyaallah, hati kita akan mendefinasikan rezeki dengan skop yang lebih luas... mempunyai masa yang lapang itu rezeki, mempunyai keluarga itu rezeki, masih mempunyai kesihatan yang baik itu rezeki, mempunyai teman yang baik itu rezeki... bila kita tidak menghargai setiap kelebihan yang ada pada kita ini sebagai salah satu dari cabang2 rezeki, dari situlah kita akan rasa tersepit mengharapkan rezeki lain yang berupa harta benda tu...

jadi toksah la menjadi mereka yang mengejar duit dan harta semata-mata.. belajarlah menerima dan kurangkan lah pengharapan... insyaallah, jalan rezeki itu sentiasa akan terbuka luas.... kata kunci nya, bersyukurlah, dan berusahalah untuk membuka pintu2 rezeki =)

* mempunyai senyuman yang manis itu juga rezeki, baik pada yang memberikan senyuman, mahupun yang menerima senyuman tersebut 

refresh hobi

tetiba je rasa macam nak listingkan sume hobi2 yang selama ni tersemat sebati di dalam diri... cewahhh.. haha.. so, jom ke list yang disenaraikan di bawah.

1) hobi permotoran.. hobi ni memang dah lama ada, sejak pakai moto ninja 250r tu.. dari mula keja sampai la la nie, masih belum pudar rasa hobi naik motor ni... bila naik moto, jauh bezanya banding dengan memandu kereta... rasa angin2, rasa kelajuan yang laju jugalah walau tak seberapa, rasa agak bebas bila tempuh jem, seronok bila rem2 moto sikit (* tapi bukan dalam taman ler, ada timbang rasa ler sikit yer?,hehe), dan 1001 lagi lah kepuasan dalam menunggang motorsikal ni.. hanya bikers je yang memahaminya, cewahhhh





2) fotografi... dari dulu lagi memang minat sangat dengan dunia fotografi yang luas tu.. cuma yer la, bukan nya murah menda2 dslr ni... dulu duk pinjam kengkawan punya, la nie dah keja, simpan sikit2 mampu ler nak beli dslr.. mula dengan nikon D3200, dah tukar ke D300, lens pun dah tambah 2-3 biji, memang rasa puas dapat snap gamba yang pelbagai genre tu.. ada gamba potrait, gamba landscape, gamba malam2... kalau nak tgk hasil2 snap, boleh ler klik akaun flickr saya belah kanan tu, hehe..



3)video editing... entah kenapa dan bila boleh start edit2 video ni entah ler... tapi kalau buat satu2 video tu, rasa semangat lain macam... seronok aje.. yerla, dalam dunia editing ni, tak ikut sop sangat.. bergantung sepenuhnya dengan kreativiti memasing.. takde betul takde salah dalam editing video... kreativiti ni luas... imaginasi tinggi, cantik ler video tu..

4) berblog.. ni memang tak dapat dipertikaikan laaa... bila masa2 tak menulis jari2 ni dalam blog, rasa macam gatal je tangan nak garu keyboard laptop atau pc... hehe.. benda apa yang bermain dalam akal ni, ada je nak dikongsikan dengan pembaca... sayang tau kalau tak berblog... yerla, cer bayangkan... kita hidup dalam dunia masing2, dunia yang berbeza... jadi dengan blog ni lah kita boleh tau kehidupan orang lain.. bagilah peluang untuk orang lain mengenali diri kita, walau hanya pada permukaan sekali pun =)


DiSC test

baru2 ni la yang dalam team building tu, yang entry lepas tu... kan saya ada ceritakan tentang ujian karakteristik yang diorang panggil DiSC, so saya pun ambikla test ni dengan jayanya... dan hasil dari test tersebut, saya dikategorikan dalam 'i'...

tengokkan pada list karakter kat atas, tak taula nak cakap betul ke idak.. tapi bolehla.. adalah yang sipi2 kena.... takdela nak kata semua betul.. tapi iyela... menda kajian2 ni bukan amik masa yang kejap2 yer tak.. makan tahun jugak diorang menda2 kajian ni...

bagi saya, kita ni manusia, sikap pasti sentiasa berubah-ubah.. xder maknanya sikap yang statik je... mesti berubah tengokkan pada keadaan kita masa tu.. kan? btw, more concern to popularity? wah.... glamer u... kui3... mana ada mengejar populariti sangatlah.... cuma iyelaa..saya akui, saya suka menda2 teamwork ni... suka minta tolong, upkan semangat orang lain... bukan nya nak membuli... orang je selalu salah faham...

greatest fear tu memang saya akui sangat2lah... memang, kena reject tu bagi saya sangat sangatlah arghhhhhh.... jadi sekali dah kena reject, thats it... i'll move on... no hard feeling... melangkah kaki jauh pergi dari mereka yang me'reject'... kih3... terasa macam mood2 nak berdrama pulak... tapi kalau fikian kan... baiklah kita fokuskan pada kebahagian yang lain... dari duk melayan rasa kecewa tu kan...

* agak2, awak2 ni kategori mana ya?


team building KPJ HQ

buat kali pertama nya lah kami berjaya jugak buat team building setelah lama jugakla bersama kpjwellness... walaupun takla jauh sangat peginya, buat dekat hq ni je... tapi okayla... dapat la jugak menaikkan semangat ke tahap fuhhhh... semangatnya nak p keja... rasa macam nak duk opis je xmo balik dah.. kih3...


tahun ni operation meeting, nampak dah bertambah keluarga wellness ni haaa... dari dulu kecik je, adalah dalam 20++ lebih orang, tahun ni je nak dekat 40 orang dah... ni pun nak tambah bukak cawangan kat kpj2 lain nya... makin bertambah manpower, harapnya makin bertambah la profit kat kpj, makin bertambah la bonus nya untuk kami staff2 ni haa... simple matematik... kih3...

salah satu yang paling penting dalam teambuilding ni, ujian karakterisitik tu.. 4 pecahan karakteristik, yang selama ni mungkin kita tak pernah perasan... menda2 nilah yang membuatkan kita ni selalu je salah faham kan.. ingatkan konflik dari gen x,y yang bertahun-tahun merupakan punca yang selalu dipersalahkan.. rupa-rupanya, karakteristik dari DiSC ni pun salah satu punca.. we are not speaking the same language... macam itik dengan ayam... mana x salah faham..

tu belum masuk kes haka dance, bollywood dance... banyak rupa nya bakat2 terpendam dalam staf2 ni haaa.. ada yang menari sebiji macam salman khan, ada yang menari setempat.. yang macam robot pun melambak.. tak kisahla.. yang penting masing2 sporting kan, dan enjoy! hehe... itu yang paling penting yer idak?

ni kat bawah saya ada buat sikit video kenang-kenangan... sila lah tatap aksi memasing yang......hihi

hari guru 2014

hari guru? walau dah tak berkesempatan nak menyambut nya dengan guru2 tercinta di sekolah, namun terasa ingin sangat p sekolah sambut sebab sungguh la, kat mana kita harini jasa guru tu memang bawa ke mati lah.. takkan terbalas walau apa jua cara sekali pun, kan?

jadi pada guru2 saya yang tercinta, dari tabika kemas sungai balak, sekolah rendah kebangsaan taming jaya, sekolah menengah kebangsaan cheras jaya, sekolah menengah teknik kajang, politeknik sultan azlan shah, cikgu2 zaman praktikal, cikgu memandu surfine hitech, ustaz, habib Ali Zainal Abidin Al Hamid, dan mana2 yang tak disebutkan, maafla.. jasa anda semua dikenang, insyaallah.. paling idak pun, doa saya untuk anda2, takkan dilupakan...

cikgu ni, bila kita tengah belajar dengan depa, memang ada kala nya macam nak marah je.. jiwa memberontak la katakan... kena denda, kena rotan ke apa ke, semua simpan je... tapi percayalah dik oi, satu hari nanti, korang akan pandang cikgu2 anda ni sebagai penyelamat korang nak hadapi survival hidup seharian.. 

hai, rindunya lah hai zaman sekolah dulu... benaq, zaman sekolah zaman yang pasti dikenang dalam hidup sebagai tempoh masa kenangan2 terindah takkan dapat dilupakan =)

kisah hari ibu haritu

kisah hari ibu haritu.... kisah hari ibu yang perghhh, dia punya perdebatan, memang sangat2 rancak la kat pesbuk, twitter.... banyakla golongan2 bijak pandai yang berdebat pasal boleh ke idak nak menyambut hari ibu ni... kalau tanya saya, saya pun takut nak bagi pandangan... riso ada yang terlari akidah, riso itu, riso ini... jadi baik diam diri dari berbicara perkara yang bukan bidang kita, kan?

cuma pendapat sayala, kalau kita buat ibu terasa, rasa kecik hati dengan buat tak sensitif dengan hari yang dikhaskan untuk ibu2 seluruh dunia, bila kawan2 mereka yang ibu2 ini diraikan oleh keluarga masing2, ibu kita ni tengok ajela sambil buat2 macam tak kisah.. tapi dalam hati sapela yang tau kan..elokla kita hiburkan mereka dengan menunjukkan sedikit usaha untuk meraikan, menghargai mereka, tumpang ibu kita ni masih ada ini... betul dak? =)

sedikit yang buat saya betul akan ingat hari ibu ini, first time makan tengah hari minta mak suapkan.. amacam bro, ada bran? kui3.. eleh, malu la kunun... dah besaq nak suap2 bagai.. tapi, apa salahnya? sekali sekala... bila ibu kita suapkan ni, beza tau.. rasa kenyang lain macam.. berkat tangan ibu yang melahirkan kot... hehe... malam tu pun, buat suprise sikit, beli pizza makan ramai2 dengan abg ipaq, kakak beserta askar2 nya... kih3...

*ingat kat pesan seseorang tu, kita nak kenal akhlak seseorang dan nak tau guaner dia akan layan bakal orang umah dia nanti, tengok layanan lelaki tu dengan ibunya... jadi kesimpulan nya, pada bakal isteri guwa, lu siap.. guwa hari2 nak makan disuap... aicehhh... berangan, kemain... kih3

dilema masyarakat melayu harini

amendanya yang dilema sangat ni.... saya bercakap isu yang melibatkan perkara yang mudah aje sebenaqnya... senang cerita, cerita tentang drama2 melayu yang ada dekat tivi harini... ia juga termasuk lah novel2 yang ada dalam pasaran kat malaysia ni haaa... sini saya senaraikan beberapa perkara yang meluatkan tekak ni nak mual aje bila bicarakan tentang drama2, filem2 dan novel oleh bangsaku, bangsa melayu ni haaaa...



1) Kaya nak mampuih
- memang la kalau drama2, filem2 dan novel2, hero dan heroin, family serta yang berdekatan dengan watak2 utama, kaya xnak kalah... tan sri, datuk2, dan yang sama waktu dengan nya memang x leh lari punya lah... sangat menjengkelkan tau? rimas pulak bila asal drama je, kencana holding la pura cendana holding la, sembang juta2, kemain.. kih3.. tak bolehkah kurangkan cerita yang berada di golongan kaya2 tahap gaban ni? cuba pendekatan untuk mengolah cerita2 hebat di kalangan orang kebanyakan..

2) jiwang karat maksimum
- mungkin dah jadi trend kebelakangan ni, budaya filem2 drama korea dijadikan sumber rujukan gamaknya.. jiwang sampai alahai, nak tengok dengan family, kita pulak yang naik segan.. come on la... jiwang lebih2 ni, nak2 dalam tivi, memang sangat2 adusss.. meremang nak tengok nya... melebih-lebih.. cerita2 drama korea sana nu haa xpelah nak berjiwang sampai kita masuk dalam dunia fantasi diorg, kita kat sini ada agama kan.. malu ler sikit nak wat filem yang mendatangkan rasa mual dalam diri..

3) dengki alahai
- bila tgk aje filem melayu, memang pasti penerbit akan meng'highlight'kan watak2 yang pendengki ni.. hampir semua filem pasti ada makhluk yang dengki, khianat dan lebih kurang dengan sikap2 negatif ni.. x boleh ke highlight akhlak yang baik dalam filem? apa ke payahnya lah nak buang watak2 negatif ni... seolah-olah memang kita ni masyarakat pendengki kot??

saya mengimpikan sebuah filem yang ada kualiti dari bangsa kita ni lama dah... cubalah contohi filem2 yang baik dari luar sana nu haaa... drama tentang dunia perubatan sana misalnya, penuh je dengan ilmu, lepastu memang membuatkan kita mengenali dunia dalam hospital dengan lebih jelas.. sampai kat kita, cerita medik juga, tapi tak lari dengan filem cinta.. cinta medik ke hape ntah.. buanglah cinta2 bagai ni dengan apa genre filem sekali pun...

filem, drama dan novel2 yang ada nilai, ada ilmu ni penting pasal apa? penting sangat sebab kita nak lahirkan golongan mereka terutama golongan adik2 kita ni bukan dari golongan asyik nak berangan, hidup dalam fantasi... pasal filem2 kosong ni lah, golongan berada dalam dunia fantasi dan banyak mengelamun makin banyak berpeleseran kat sekeliling.. rimas pulak rasanya... filem drama dengan novel yang ada nilai, haiiiii.. alangkah rindunya dengan dunia hiburan berilmu =(

pengalaman baru harini

aiceyh tajuk.. macam budak2 sekolah baru belaja nak mengarang.. kih3... btw, tu tak penting.. yang penting harini dapatla merasa pengalaman baru, join evet kpj, media hi-tea gitulah kat hilton hotel kl... dapat merasa jadi photographer tak terlatih... kih3.. layankan jela...

Free aje sape nak check mata
memula tu pergh, rasa kekok ya amat... yela... nama pun jemput media.... tau2 jela diorg pakai kamera apa.. yang besar gabak tu.. lens pun taknak kalah.. besar nya gamak boleh zoom 5 km kot... gerun betul rasa.... kita ni pakai kamera basic aje... kit lens pulak tu... buat donno je la... tu pun nasib baik ada kamera sendiri.. boleh jugak ler guna untuk snap pic...

Nampak macam megi, tapi sedapnya, alahai... superb
tapi kira okay la... kekok tak kekok, dekat 7gb gak gamba snap tadi.. bolehla... kita guna jela apa yang ada yer dak... asal gamba tu ada kualiti cukup ler... ni esok merasa lah nak mengedit semua gamba2 tu balik.. shoot dalam format raw la katakan... tak edit, tak jadilah gamba tu.. tapi shoot raw ni kira langkah selamat jugakla... kalau gelap, leh gak terangkan... zoom2 sikit... dapat ler pic yang boleh guna untuk presentation atau nak dijadikan video ke... biasanya gitula... gamba2 ni kena jadikan video.. baru syok sikit nak tgk nya nanti...

Mamat MC sape entah nama

tapi memang bestla snap2 pic ni.. takla serabut sangat dari jadi mc kat depan ke, leh jalan2 ikut suka hati... sementara duk merayap keliling tu, tangan biasalah.. sempat jugaklah capai makanan2, ngap!! settle... kenyang jugak perut.. tak terikat sangat dengan majlis.. ikut suka mula nak p mana.. yg penting balik kang, ada hasil nak ditunjuk... kan? kih3


Board Of Director KPJ Healthcare Berhad and etc

* Okay tak hasil snap ni haa.. ke nak komen pape ke...

tq brada !

lagi banyak kita cuba jaga hati seseorang tu, lagi banyak sebenaqnya kita menyakitkan hati dia.. percaya dak? nak xnak percaya, itulah hakikat sebenaqnya.. bila kita cuba sembunyikan segala keburukan yang dia ada, diam tak diam, kita sebenarnya menyakitkan hati si dia dengan tidak berlaku jujur.. dalam masa yang sama, bila tau kebenaran yang sebenaq, rasa sakit tu double daripada mereka yang berkata benar dan jujur walau mungkin pada mulanya ia juga menyakitkan..


ego masing2 la yang menyebabkan satu2 hubungan itu semakin dijarakkan kan? bila masing2 rasa masing2 betul, takde apa2 toleransi, taknak beralah, taknak mengaku kesalahan masing2, tanggunglah rasa pahit, berada dalam keadaan bersalah, rasa sakit nak tau cara terbaik untuk menjelaskan tentang punca semuanya bermula...

tapi takpe... dalam tempoh2 ginilah, kita tau siapa sebenarnya yang mampu mendorong kita untuk memperbaiki diri dan siapa sebenaqnya yang menjatuhkan semangat ke tahap paling rendah yang mungkin.. moga semangat baru yang ingin dibina dibimbing oleh teman2 yang jujur dalam menerima ketidak sempurnaan dan kekurangan pada diri ni.. tiada siapa yang sempurna sikapnya... namun jika ada teman yang boleh menerima kita seadanya, samada ketika kita down dan berada dalam keserabutan seharian, ada teman yang mampu buat kita tersenyum dan menyedaqkan kembali arah tuju yang sebenaq =)

ak, pokok dan ...

dah lama tak panjat pokok, aiseyhman.. gian pulak rasa... jadi secara tiba2, petang sabtu ni, wa tengah memanjat pokok untuk memetik bunga di taman mangga muda pokok depan rumah ni haaa... bukan nak makan sangat pong, saja je... gian nak memanjat la katakan...

rasa ala2 spiderman pun ada atas pokok ni.. tapi sila jangan bayangkan yang saya sedang berada di atas pokok sambil tangan sebelah memaut pada ranting pokok, sebelah tangan lagi mengjinjing laptop sambil hupdate blog ni.. adalah agak mustahil untuk melakukan aksi yang sedemikian rupa... jangan merepek please!kih3..

Mula2 kesian jugak tgk pokok ni, kurus aje.. x sampai hati nak panjat


antara perkara positif yang kita boleh ambil dengan aktiviti memanjat pokok? pernahkah anda terfikir?? jika tidak, xpe.. saya fikirkan untuk kalian.. 1stly, ia adalah indikator, tubuh badan anda masih boleh menerima aktiviti memanjat pokok... ada setengah2 kes, tubuh badan menghalang aktiviti yang sihat ini... jadi silalah bersyukur..

2ndly, ia juga merupakan anda masih mempunyai keinginan untuk melakukan aktiviti2 lelaki.. jangan nak metroseksual sangat, tolong yer... cubalah teliti kembali kelebihan sebagai lelaki... harusnya diisi dengan aktiviti lasak sebegini*aiceyhhhh.. lasak ler sangat..


3rdly, memastikan buah2 mangga yang masak di atas pokok tidak jatuh menyembah bumi dalam keadaan busuk dan berulat dek dikerjakan ulat pokok serta burung2 yang berkicauan... sayang kan? sapa nak p petik kalau bukan jejaka2 yang memanjatnya... takkan nak minta gadis2 ayu p panjat pulak... aneh benar tu.. tapi tiada apa yang mustahil bukan? memang nampak, dunia dah terbalik... kui3..

ok, sekian entry memanjat pokok.. anda pernah panjat pokok? jika pernah, lompat dan jeritlah sepuas hati, saya boleyh, malaysia boleyh..., peace yaw!! =)

Nikon D3200 Malaysia

dah lama dah mengidam menatang ni. alhamdulillah, sekian lama dapat juga merasa... syukur alhamdulillah.. dulu masa belajar, nu nak, ni nak.. tapi telan air liuq jela... nak beli xde duit. kan? mula teringin bila cuba office ni punya DSLR, D90.. pun best juga.. tu dah kelas lain tu... semi pro kot... beza dia pada body.. ada yang built in autofokus, yang saya punya ni kategori basic, entry level.. jadi ler yer tak? orang baru nak belajar fotografi..

Nikon D3200 ini kira masuk la dalam listing DSLR mampu milik.. tgk D5200, D4 ke., rege memang tak lalu la.. beriban-riban.. itu baru body aje.. belum lense nya lagi... waktu jalan2 tengok kamera ini, kira niat asalnya baru nak survey.. ajakla member sorang tu, Fareez, p jenjalan lowyat, time square.. dia ni kira lama jugakla join main kamera2 ni.. adalah jugak ilmu pasal kamera.. saya, kamera nak tekan mana pun tak reti lagi..





jalan2, tengok kat lowyat tu, rege memang murah banding dengan retail price.. tapi tengokkan pulak pada warranty card, bukan cop dari nikon malaysia.. adoi, putus selera nak membelek nya.. yerla, riso la, grey set pulak sat g kan.. last2 beli kat kamera yang betul2 warranty dari nikon malaysia... ada apa2 rosak ke, senang.. hanto aje kat time square nu haa.. dekat aje dengan tempat keja... settle.. dari pening kepala nak claim warranty kedai yang tak pasti betul ke idak... 

ok, dipendekkan cerita, berlakulah akad membeli dengan debit card secara pukauan.. kih3.. dah terpegang kamera D3200 yang diidam-idamkan, nak menolak untuk membeli tu merupakan satu kepayahan yang amat sangat.. kih3... tambah aksesori mana yang patut, filter, cleaner set dengan serbuk bulat2 yang elak kelembapan dalam beg (*entah apa namanya entah), bawak ler balik dengan senyuman sampai ke telinga.. duk sengih je atas moto sampai la rumah...

dunia fotografi dunia yang sangat luas.. ilmu2 fotografi pun bukan nya makan masa semalaman je nak blajo... tu syoknya  masuk dalam dunia hobi yang baru... yela.. walaupun masih baru dengan ambik2 gambo nih, tapi memang syok sangat la.. jari ni rasa gatal je nak ketik butang shutter kat kamera nu haaa... best bila kita tau setiap kegunaan ISO, aperture dengan shutter speed dan bagaimana kita aplikasikan semua ni untak dapatkan hasil gamba yang cantik... 

melabur dalam satu kamera yang harga beribu merupakan suatu yang nampaknya seperti pembaziran...tapi kalu kita fikirkan, sesuatu kenangan dan peristiwa merupakan sesuatu yang takkan boleh dapat dikembalikan dengan apa cara sekalipun... sekurang-kurangnya kenangan ni boleh kita simpan dalam bentuk gambar untuk kita imbau kenangan tersebut masa akan datang kan? =)

Melawat ke ladang unta

dalam tentatif program, memang ada punylah ke ladang unta ni.. mula2 kan terbayang gakla macam manala agaknya rupa ladang unta ni... duk ada dalam fikiran, macam ladang kuda tu la kot.. siap ada slot unta kuda2 tu berlari bagai, ada ruang untuk bg makan...



sesampainya ke ladang unta tu, aiseyhman.. jauhnya dari bayangan tadi... ladang2 unta kat sini rupanya tepi2 jalan aje... pastu jenis berkelompok.. adala macam pagar2 kecik, dengan dalam pagar adalah dalam 10~20 ekor... fuhhh... guaner diorg jaga yer.. keliling bukan ada pun.. betul2 padang luas mata memandang.. dengan cuaca gitu, penjaga2 unta ni bukan ada tempat berteduh pong... memang cekal la diorang yang jaga unta2 ni...



dah sampai ladang unta ni, tak minum susu unta tak sah la yer tak? kui3... bila lagi nak merasa peluang minum susu unta fresh2 macam ni... perah terus minum... terasa panas2 dia lagi... susu kambing, terus terang saya tak boleh nak minum gitu aje.. sebab ada rasa yang tak berapa sesuai dengan tekak kot... kalau diorang dah modified susu kambing tu rasa coklat ke strawberry ke, baru lah boleh masuk tekak ni haa..



tapi anehnya, susu unta tak gitu.. tak rasa hanyir, dan rasa dia pun segar je... settle minum kat situ gak... tak rasa nak termuntah pong... okayla... sedap... banyak gak minum kat situ.. akak pong tengok dia minum rileks aje... sedap kot... jadi kalau kome mai sini, toksah takutlah nak merasa susu unta segar ni yaa? =)

*btw, kencing unta tu diorang gunakan untuk apa ya? dah lagi mahal dari susu unta, ramai pulak beli tu... hurm....

kenderaan yang dipakai

sepanjang berada disini, kami menggunakan kenderaan GMC sebagai pengangkutan harian... massyaallah, selesanya kereta ni... mana taknya, tengokkan pada fizikal kereta yang besaq ni, nampak gagah je... eh sat, GMC ni maksudnya general motor company ke car, gitulaa... dalam dia agak selesa, sesuai mungkin untuk perjalanan jauh..

ada sekali tu,dalam perjalanan nak ke Mekah, highway dia 4 lane dan memang besaq dan luas la highwaynya... straight je jalan nya.. kiri kanan betul2 bukit2 berbatu dan padang tandus.. jadi sambil duk tengok tepi tingkap, tengok jugakla kat cermin depan driver tu, terdetik la dalam hati, awatla pelan sangat si driver ni bawak keta, pelan sangat rasa dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam ni..


jeling2 jugakla mata ke meter keta... sekali gulp!! tertelan air liur ko.. meter dah sampai 190 km/h... fuhh.. terus sambung tengok tingkap pandang bukit berbatu dan pandang tandus sambil berzikir dan meneruskan talbiyah... fuhhh,seram pulak rasanya... memang terasa pelan nya... bagus jugak keta ni, tapi tak pernah nampak kat malaysia pun kan?

Penginapan di Madinah

sepanjang beberapa hari di Madinah, kami duk di hotel yang memang berdekatan dengan masjid nabawi.. turun je hotel, terus pintu pagar masjid nabawi.. alhamdulillah, sonang... tapi memang sekeliling masjid nabawi ni, hotel aje.... memang dibuat dekat2..

nama hotelnya, hotel oberoi... bilik boleh kata besaq jugakla.. cantik , selesa aje.. lagi satu servis dengan layanan diorang ni boleh kata terbaiklah... nak2 kalau time makan, breakfast lunch dengan makan malamnya memang superb... menu macam2, pastu nasi arab, macam2 ado.. kambing memang haruslah... ayam, daging,.. daging ni tak pasti daging apa.. entah2 daging unta... kih3.. ada sekali itu siap nasi arab bersama burung... burung kecik2 tu.. memang sodapp..

macam kat madinah ke mekah ke, salah satu special dia, kalau jus buah dia.. pekat maksimum... memang puas ler kalau minum... pekena jus campur2, sedap je tekak melayan... yela... sejuk kan... yang paling best just dia, jus pisang campur guava kot.. teringat-ingat rasanya... mana la nak cari kat sini yer jus pekat2 gitu? kedai arab ada kot yang kat ampang tu... nanti nak kena singgah tengok kot2 ada jual..



kesimpulan nya, dekat oberoi hotel ni, memang puas hati lah.. servis yang baik, bilik yang cantik+selesa, benar2 membuatkan rasa nak p menginap kat sana balik.. tapi, itula.. mutawwif ada cakap, untuk pembinaan dan pembesaran masjid nabawi, hampir kesemua hotel sekitar masjid nabawi akan diruntuhkan... jadi mungkin kalau mai lagi sekali, entah ada lagi ke idak hotel tu...

biaq p lah kat hotel tu... kalau niatnya untuk pembesaran masjid nabawi, untuk keselesaan kita semua jugak yer untuk beribadah kat sana nanti.. sebab kalau tengokkkan pada musim umrah jer, penuh masjid sampai keluar-luar.. macam mana lah agaknya keadaan masjid nabawi kalau mai musim haji... lagi ramai berapa kali gandalah agak nya?

Dugaan di Madinah

dekat mana2 pun tempat yang kita pergi, pastinya akan datang dugaan yang dari pelbagai sudut.. tak lari daripada madinah ini sendiri.. masyaallah, dugaan ini datang dengan banyak kedai2 yang menjual produk2 seperti jubah2, yang sangat2 la cantik dan menawan la kata orang... time ni rasa nafsu tu betu dicabar... kedai2 yang menayangkan jubah2 yang memang cantikla solah-olah memanggil manggil untuk kita membelinya..



itu baru dari sudut pandangan mata lelaki.. bayangkan ajela dari sudut pandangan mata wanita.. guaner pulak la kesnya... kih3... dapat bayangkan suasana nya? haaa baguih... tapi alhamdulillah, dapat control lagi untuk tidak berlebih-lebih dalam membeli.. fuhhh..


tapi sempat jugakla beli 3 helai jubah dan 1 kopiah aje... dengan selipar(*harus bagitau jugak ke?kih3)... kan, nampak.. taklah boros sangat kan.. haha... tapi memang, banyak nya la kedai2 yang menjual macam2 produk di sekitar masjid nabawi ni... kurma lagilaaa.. dijual kat tepi2 jalan je kat pekan madinah...

jadi kalau mai ke pekan madinah ni, beringatlah sama ya untuk bersedia dari segi mental dan fizikal untuk tidak mengikutkan hawa nafsu sangat bila nak bershopping itu... inat tujuan utama kita nak mai ke madinah ini... ok, peace yaw!!

Makam Rasullah s.a.w



ya, dari luar kita boleh nampak kubah hijau yang terletak di sebelah kubah berwarna putih, di bawah kubah hijau itulah terletak nya makam Rasulullah s.a.w yang dicintai kita semua selaku umatnya ini... dalam keadaan berdebar-debar nak melalui makam Rasulullah s.a.w sekali kena sekat dengan guard kat pintu sebab bawak beg... subhanallah, perasaan ni, sampai bila2 pun takkan dilupakan.. mungkin salah satu dugaan la, jadi biaq mutawwif masuk dulu tunggu dia solat sunat dulu pastu baru saya punya turn pulak masuk untuk mengunjugi makam Rasulullah s.a.w sambil dia tolong pegang beg saya ni...ramainya berbaris untuk melalui tempat terletaknya makam insan yang mulia yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan islam ke seluruh pelusuk alam..

lepas aje tunaikan solat sunat di taman raudhah, terus bergerak ikut serta berbaris untuk melalui makam Rasulullah s.a.w, sambil berselawat dan memberikan salam pada baginda, masyaallah, teringat pesan seorang ustaz, sesungguhnya antara sebab kita dapat berada di makam Rasulullah s.a.w, adalah dijemput oleh Rasulullah s.a.w sendiri.. Ya Allah, besar sungguh nikmatMu kepada hamba2 mu dengan memberi peluang kepada kami untuk mengunjungi makam kekasihMu ini.. rasa bersyukur yang teramat sangat berpeluang untuk sampai ke sini... alhamdulillah..



dengan emirates airline, aku menjelajah

hihi.. tajuk berilham kan program dengan basikal ak menjelajah... saja nak bagi kebaboom sikit tajuknya... alhamdulillah dah selamat pulang dari perjalanan ke madinah dan mekah untuk mengerjakan umrah... salah satu tempoh dimana saya betul2 berada di dalam tempoh masa yang takkan dapat dilupakan seumur hidup.. benarlah kata2 mereka2 yang pernah sampai di madinah dan mekah, samada untuk mengerjakan umrah maupun untuk mengerjakan haji, selama berada di 2 tempat ini, ia merupakan satu pengalaman yang amat berbeza dan sangat meninggalkan kesan pada diri..

saat pertama kali menatap depan mata, masjid2 utama seperti masjid nabawi, masjidil haram, masjid quba'a dll, ia ibaratnya seperti mimpi di alam nyata.. kita berada begitu hampir dengan sirah nabi, seolah2 kita berada begitu hampir dengan Rasulullah s.a.w. nak2 apabila berada di taman raudhah berhampiran dengan makam Rasulullah, sebelah aje, sambil menyampaikan salam, bersolat disitu, membuatkan kita terasa hampir nya dengan Rasulullah s.a.w. terasa begitu kecil dan begitu bersalahnya untuk berada berdekatan dengan insan yang bertanggungjawap untuk menyampaikan islam kepada umatnya...



sesampainya ke madinah, betul2 di mana azan subuh baru bermula.. terasa begitu bersemangat dan berkobar-kobar untuk solat berjemaah di masjid nabawi.. tak tau la semangat apa yang menusuk hati ni, rasa tak sabar2 nak menuju ke masjid walaupun barang2 pun belum bawak naik hotel lagi.. kih3... azan yang sangat lunak dan selama ni kita duk dengar melalui tv, youtube dan mp3, kita dengaq secara live... fuhhh, memang takkan dilupakan la..


saat untuk ke masjid nabawi pun sampai bila selesai semua urusan check in diuruskan oleh mutawwif kami, ustaz Ridho'i. melangkah aje ke masjid nabawi, fuhhh, ramainya umat manusia yang sudah berada di perkarangan masjid.. perkarangan masjid inilah yang kita duk selalu nampak payung2 besaq yang boleh terbuka dan tertutup di sekitar masjid... ramainya umat manusia sampai jadi tergamam pulak bila melihatnya.. alangkah indahnya suasana macam ni di dalam masjid... orang berpusu-pusu ke masjid nak solat secara berjemaah..

ustaz ada bagitau, setiap sesuatu yang dijadikan Allah s.w.t, ada pasangan nya... jadi, mekah, inilah pasangan nya, iaitu madinah.. jadi, misteri nya, siapakah pasangan nya saya?*eh, tetiba... kih3... oklah.. bersambung di episod seterusnya ....... insyaallah... saya akan ceritakan sepanjang berada di madinah ni, apa lagi aktiviti yang dilakukan saya di episod 2... cewah, siap berepisod bagai... kui3.. terlalu banyak yang nak diceritakan dan untuk dimuatkan dalam satu entry yer dak? =)

Bomoh

bomoh dengan masyarakat melayu dah memang sinonim sangat dah.. bila kita sebut bomoh aje, yang terlintas kat kita adalah cara perubatan mistik untuk masalah melayu, tak kiralah apa jua penyakit nya.. santau lah, saka la, dengki dalam meniaga la.. jadi tak heranlah, jika apa2 jua perkara yang berlaku, bomoh no 1 kita panggil..

jadi disebalik apa yang berlaku, maksud saya peristiwa bomoh menggunakan perkara2 aneh untuk dijadikan method perubatan, jangan duk pelik sangat lah.. kes ini menonjol kerana mendapat liputan media dalam dan luar negara.. akibatnya? terbentuklah satu imej kuno pada masyarakat malaysia umum nya di seluruh dunia...


hai lah bomoh, engkau ada dalam market sebab demand yang terlalu tinggi.. masyarakat kita masih mengharapkan servis2 mu.. ya, memang patutla di zaman moden ni, sifat hasad dengki masih menebal kot antara kita.. berdamping dengan jin dan syaitan, maka makin banyakla sakit2 halus yang perlu diubati dengan perubatan cara gini...

moga kita terhindar daripada penyakit2 halus ni akibat dengki orang sekeliling.. lagipun, logik akal, bentuk perubatan beginikah(2 biji kelapa, bubu, tikar etc) yang mungkin berlandaskan syariat islam? gunakan akal, pikiaqlah sendiri.. dari duk berdamping dengan jin dan syaitan, berdamping lah dengan islam dan beramal lah.. lagi baguih... 

*p tengok negara asing, walaupun mereka bukan lah beragama islam, akhlak islam ada pada mereka.. tak malu ke kita yang sepatutnya membawa akhlak2 tersebut sebagai pakaian?

menuju baitullah

entry ni ditulis betul2 dalam 3 jam sy akan bertolak untuk mengerjakan umrah... berdebaq dalam hati ni tak tau la nak cakap macam mana.. tapi rasa rindu nak melihat kaabah depan mata, dan ingin berkunjung ke makam Rasullallah s.a.w menyampaikan salam pada baginda, tak terkata seronok nya macam mana...

disini, sy ingin memohon ampun pada pembaca blog cintailmu89 ini, jika ada salah kata, terasa hati terguris hati dengan entry2 yang ditulis selama ini, harapnya diampunkan lah.. biasalah, manusia ini tak lari dari melakukan kesilapan.. nak2 dosa dari mulut kata2 dan tulisan, itu lah dosa paling senang untuk kita lakukan dalam keadaan sedar ataupun tidak...

doakan sy mendapat umrah yang mabrur, diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah disana, dan diberi hidayah agar jika panjang umoq balik kesini balik, untuk berubah menjadi insan yang lebih dari apa keadaan saya sekarang ini.. tq sahabat's.. (*ada 's sebab ramai, kih3)

Assalamualaikum =)

PowerBank yang murah boleh pakai tak?

zaman2 sekarang ni, takde powerbank tak sah... mesti kena ada gak, nak xnak... nak wat guaner.... kadar ke'smart'an phone itu berkadar teruih dengan kadar penurunan bateri yang drastik... wahhh, futuristik pulak rasa petikan di atas ini...

well, perlu nya powerbank membuatkan banyak nya pengusaha2 dan penternak powerbank mempromosi powerbank mereka2 yang berbagai saiz, warna dan kapasiti... ada kapasiti yang luar jangkauan pemikiran seperti 50,000 mah... yang mungkin boleh digunakan jika bateri kereta anda kong... kui3

ok, macam ni... senang aje kalau kita nak beli powerbank... tau anda keliru  dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran.. tolak ketepi faktor kapasiti, faktor jenama.. apa yang paling penting sekali ketulenan nya... biaq p la jika hanya 10k kapasitinya, itu dah terbaik untuk menjadi UPS anda jika ianya tulen.. aicehhh... mesti korang tak tau amenda UPS tu kan? 'uninterrupted power supply'.. canggih tak bunyinya?haha...

jadi, untuk memastikan keselamatan smartfon korg dan keboleh kebergantungan kepada powerbank, boleh dipakai sekiranya perlu cas tanpa ada masalah pada powerbank tersebut, beli yang yang original yer.. agak2 murah sangat tu, palsu ler gamaknya...



* ni sampel powerbank yang sy pakai skrg.. okler.. dalam 4 kali cas boleh... 10k mah ajer.. cukup sudah,... tak besaq sangat, tak kecik sangat...