Utagha Trips (Perlis)

bulan ni boleh dikatakan bulan berjalan sedunia mungkin.. merata berjalan bulan ni.. syok tu haruslah.. nak2 berjalan arah utagha tuh.. memang bestla... jumaat sampai ahad kat perlis.. rabu p penang pulak.. dah macam dekat sangat pulak kan macam p shah alam jer.. haha

p perlis aritu sebab nak menghadiri majlis kawen member keja.. planning p sana boleh dikatakan memang spontan la.. dalam tempoh beberapa minit jer terus kira jadila nak p sana... memang kira spontan ler kiranya... settle.. rancang2 ni biasanya memang tak jadi punya.. berdasarkan pengalaman... kui3..

kendurinya hari ahad, tapi takkanlah tentatif nak ke majlis kawen jer yer dak? haruslah berjalan kat semua tempat2 menarik dekat perlis.. maka sampailah tempat2 macam Gua Kelam, Padang Besaq, empangan apa entah.. nak dijadikan cerita, kamera yang dibawa charger nya hilang.. jadi selagi charger nya tak dibeli, * mahal pulak tu, selagi tulah tak diupload gambanya.. seb baik ada fon.. mana yang sempat snap guna fon jela sy upload yer..



gua kelam ni okay laa.. cantik dalam dia.. sayang seribu kali sayang, gambaq semua dalam kamera itu.. haiyoooo.. sadisnya.. dahla dalam ni kira tersnap gambaq yang memang worth it la untuk disimpan.. member ni laaa, dia main snap je gambaq dalam tu suka2.. tetiba dia tersnap gambaq jadi lain macam sikit.. ada macam aneh sikitla pic yang diambil tu.. dia snap lagi sekali, ternampak jelas kalimah Allah dekat dinding gua.. harus p cari cepat ni charger ni.. boleh jugak kongsi gamba tu dengan korang, yer dak? =)

jumaat tu kiranya bermalam dekat rumah pak mentua kawan opis ni haa.. umah dia pulak cantik, ada laman tepi rumah, dan makcik tu minat pulak dengan kucing.. memang harus lah syok kan.. wa kan peminat kucing tegar.. ada kot dalam 6~7 ekor gitulah.. comel2 semua.. rasa macam nak gigit2 je perut diorg. tapi duk umah orang kan, haruslah dicontrol perasaan ingin menggigit perut kucing2 tersebut..

tepi tu pulak ada pokok kelapa, banyak kelapa muda pulak tu.. waa.. cuaca panas, terasa tekak ni meronta-ronta untuk diisi dengan ayaq kelapa fresh... maka berlaku lah kejadian yang dimana sangat2 segan la dengan orang sana..org KL @ midvalley aka kawan cheq, memanjat pokok tersebut dengan gaya bebas.. mula2 tengok tak confident juga, tapi kira berjayala lepas bantuan tangga digunakan.. haha.. *gambaq sekiranya agak kurang sopan maap ya.. kui3..



















gambaq kanan tu la paling senonoh sekali dalam bebanyak gambaq ni sebab ada daun cover.. kui3..

dah sampai perlis kalau tak pekana laksa sepam dua boleh kata macam p bandung tapi tak shopping la.. gitu lah perumpamaan yang paling tepat sekali.. betul dak? kalau tak jelas lagi tak taula... kat perlis ni, laksa dia memang unik sikit.. kalau belah2 kedah tu, kuah dia pekat sikit.. sini kuah di cayaq sikit.. tapi dua2 pun sedap.. best2.. lepas lah rasa mengidam dapat pekena laksa dua mangkuk.. siap bungkus lagi sekilo laksa bawak balik KL.. haha..


amacam? ada terliuq dak tengok gambaq di atas? nak rasa laksa gini, haruslah ke sana dengan kadar segera.. bukan jauh sangat pong.. beberapa ratus km aje.. =)

pengantin tak sampai, kitorang rasmi dulu bergambaq kat pelamin =)

berani dah kan guna tema hitam putih.. baru lah nampak eksklusif , kan?
ini je pong destinasi yang punca sampai perlis nya.. haha.. tapi yang paling sadis, gambaq pengantin takde.. amacam? haha.. sabaq jela.. kamera habis bateri, charger takde.. nak wat guaner.. gambaq pelamin pun jadilah.. gambaq pengantin, korang bayang kan jela.. boleh gitu? kah3.. ok, till next entry.. trip keja ke penang.. bye2 =)

No comments: