Samsung Chromebook Malaysia review

alhamdulillah, pertama kali menghupdate menggunakan chromebook yang selamat dipinang dengan bismillah semalam... menda alah menda pulak natang chromebook ni? haha.. ok , kita mulakan dengan bismillah juga pagi2 jumaat ni untuk menerangkan serba sikit pasai chromebook oleh samsung bernaungkan goole.. aiceh.. bahasa tercanggih la pulak.. biasala.. sejak menceburkan diri dalam hobi membaca novel2 mengarut dari fixie tu..

mesti biasa dengan windows (xp,7, vista,8 etc) dengan mac (osx etc), chromebook pula boleh dikatakan sebagai os.. rekaan dan fungsi yang minimalistik tak macam os seperti yang disebutkan sebelum ni tu, jadi boot time untuk menda alah chromebook ni alahaiiii.. laju baq hang.. dalam masa kurang 10 saat, dah boleh terus menggunakan laptop ni dengan jayanya selepas kita on je laptop ni..

chrome os juga boleh dikenali sebagai cloud base os.. semua data2 dalam laptop ni tak disimpan dalam ssd laptop tapi semuanya akan tersimpan dalam dropbox ataupun google drive.. untungnya bila pakai produk anak emas google ni, dia siap bagi free lagi 100 gb ruang storan dalam google drive.. best nya la hai.. ok macam ni.. katalah kita buat nota dalam google doc kat laptop, automatically pada semua pc yang kita on gmail dengan google doc automatically sync.. jadi mudahla kiranya pc @ laptop teringgal kat rumah, kita boleh sambung nota tersebut pada mana2 pc yang ada sambungan internet dan boleh access ke laman google..

sedaq tak sedaq, semua yang kita perlukan dalam sebuah laptop adalah browser.. chrome pulak tidaklah mengecewakan.., kan? cer tengok browser apa yang korang2 ni tengah gunakan kan.. dalam dunia pekerjaan, simple is better.. untuk main game apa semua dalam sebuah laptop bukan masanya lagi dah.. boleh kata pencen dah zaman2 game kat laptop ni.. kui3..

chromebook ni pulak abaq ang, keyboard dia superb.. ala2 macbook..boleh kata sama la dengan macbook air punya keyboard.. jadi nak menaip pun puas aje.. takla menaip kat ipad .. memang dah laju juga sebenaqnya nak kira menaip kat keyboard dia tu sebab dah biasa amik nota guna ipad, tapi kepuasan pada menaip dengan keyboard yang hakiki ni, kepuasan dia lain macam... kih3..

goole claim laptop ni boleh tahan bateri dia dalam 6 jam.. kita tengok arini performance dia guaner.. kalau boleh ler tahan 6 jam lebih kurang, kan best.. takla nak cucuk je plug tu.. guna laptop pun sebenaqnya untuk boleh bwk mana2 senang.. kalau nak mencari plug tu kan dah jadi satu keja pulak.. berbalik pada chrome os ni, dia akan automatik update ke os yang baru.. xlah susah2 kita nak p cari update dia di merata-rata tempat..kan? sedaq2 dah update ke new version.. simple and easy.. alahai, indahnya dunia..

nak tengok video simple pasal chromebook ni boleh ketik butang play pada video kat bwh ni ya =)



ada apa2 yang nak tanya pasal chromebook ni, cer tanya je.. wa tak makan orang punya... =)

2 comments:

Mizznadeiya said...

Assalammualaikumm...

Berdirinya jari jemari saya di atas keyboard ini adalah untuk bertanyakan beberapa soalan.

1) berapa harga beliau?

hahahaha

2) emm taktau nak tanya apa dah

saya ni agak ketinggalan bab2 camni. masih lagi menggunakan letop biasa yang guna os windows xp home edition lagi tauuu *nangis*

cintailmu89 said...

ok takpe.. boleh duduk.. nak tanya soalan angkat tangan aje..

harga beliau? cuma 1299.. menarik kan?fon lagi mahal zaman la nie..

untuk info santai, dalam banyak2 os, xp paling bagus dan stabil antara semua2 siri dalam windows =)