penting nya bantal di ruang pejabat anda.

Gambar adalah gambar sebenar
bantal di ruang pejabat bukan sebuah perkara yang asing dikalangan ramai antara kita.. biasanya ia adalah simbol kepada malas atau sewaktu dengan nya.. sedarkah anda bahawa bantal di pejabat juga merupakan salah satu daripada sumber inspirasi untuk menyiapkan kerja2 anda yang menimbun..

1) bantal merupakan tempat untuk anda menyandarkan tulang belakang anda agar mendapat postur tubuh yang betul dan mengelakkan sakit belakang.. ini kerana kebanyakan kerusi di opis anda dan anda2 sekalian, kerusi itu direkacipta untuk menyelesakan tulang belakang hanya untuk beberapa jam sahaja.. jadi penggunaan bantal boleh menambahkan keselesaan tersebut untuk tempoh beberapa jam lagi


2) penggunaan bantal untuk merehatkan tangan dalam menaip menda2 di komputer anda juga boleh mengurangkan ketegangan urat kerana terlalu pressure di pergelangan tangan.. dengan adanya bantal untuk menampung tangan anda, ini akan mengurangkan rasa tekanan di pergelangan tangan. *betul ke ni?


3) bantal juga menimbulkan suasana2 bilik anda di ruang kerja anda.. ini menimbulkan keselesaan pada ruang mental anda dan memberikan suatu bentuk pemikiran yang seolah-olah anda bekerja didalam bilik.. cuma jangan lah dibawa bantal peluk dan tilam seumpamanya.. nescaya anda akan diberikan kebebasan oleh bos anda untuk berada di dalam bilik anda 24:7 sebagai penganggur kehormat.


4) adanya bantal ditempat kerja adalah satu kelebihan kepada mereka yang sedang berdiet..
ini adalah kerana anda boleh bawa bantal anda tersebut ke ruang stor dan tidur di stor tersebut selama sejam ketika orang lain melantak di bawah@cafe ketika lunch hour.. cuma ada kalanya terlajak tidur di stor, ketika keluar dari stor tersebut buat2 pegang apa2 fail dan buat muka letih mencari fail.. ada kemungkinan untuk tidak disergah oleh bos,, *peringatan!!!sapu air liur basi anda
ketika ingin melakukan aksi ini.


*kecik besaq kecik besaq je nengok bantal ni.. mood tuesday blues =)

No comments: