berprasangka baik, adakah ia sebuah retorik?

bersangka baik ni sebenaqnya sangat dituntut.. orang yang jenis sentiasa bersangka baik ni sebenaqnya mempunyai pemikiran yang positif berbanding dengan orang yang bersangka buruk memanjang, memang dia akan semestinya berfikiran negatif... mengundang orang untuk membenci itu haruslah..

mengapa harus memandang yang buruk2 aje pada seseorang... susah sangat ke nak bersangka baik? tak rugi pun.. sikit pun tak rugi.. apa yang kita gambarkan pada orang sekeliling kita itu lah sebenarnya mencerminkan hati kita.. baik kah buruk kah.. bila kita duk bersangka buruk, nak taknak, pasti mai sikap dengki mendengki.. dia menyusul la kira nya.. jarum hasutan syaitan itu sangat halus.. kita takkan perasan punya...

tapi percayalah.. selagi kita ni jenis yang sentiasa bersangka buruk, tidak positif dan jujur dengan diri sendiri, pasti makin sukar kebahagiaan tu nak mai.. kebahagian dengan bersangka buruk ini ibarat nya seperti magnet yang bersamaan kutubnya.. pasti akan sentiasa menolak antara satu sama lain...

ambil sedikit masa muhasabah diri, rendahkan ego, terima nasihat dengan hati terbuka bukan dengan memberontak, insyaallah, sikap bersangka baik ni bukanlah susah pun nak kita terapkan dalam diri..


*Retorik tu menda? sedap bunyinya..

No comments: