akhir 2013 =)

tahun berganti tahun, usia meniti masa tak terhentikan, moga segalanya akan lebih baik dari semalam.. insyaallah =)

2013 telah meninggalkan macam2 perkara yang terlalu banyak warnanya.. samada yang cerah, yang gelap, yang menyeronokkan, yang menyedihkan.. ada hubungan yang baru bermula, hubungan yang dah berakhir.. liku2 kehidupan tu.. biasalah..

moga 2014 yang mendatang, akan menjadi tahun dimana sy akan menjadi seorang yang lebih tabah, tidak terlalu lurus dan polos, dan moga emosi ni akan bertambah stabil dan lebih matang dalam membuat keputusan dan tidak jadi seorang yang tidak tetap pendirian.. moga segala nya akan baik2 aje lepas ni..

tak tau nak habaq macam mana, 2014, bakal menjadi tahun yang akan berlaku banyak perubahan pada diri sy.. moga semua perubahan2 ini dipandu oleh agama dan syariat islam.. jangan lah jadi terumbang ambing dengan perubahan yang bakal berlaku, insyaallah =)

2 comments: