cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain


cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini..

  1. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa..
  2. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri sendiri
  3. susah tengok orang lain senang, dapat pujian, etc2. panas hati je tengok orang lain senang.. nak jugak menyusahkan orang tersebut..ini pulak nama saintifik dia dengkhianat.. bahaya woo orang gini.. ada ciri2 gini, elakkan dari rapat dengan beliau..
  4. suka hasut orang lain untuk jadi sama pesen dengan dia.. dahla suka tikam belakang org, ajak org lain tikam gak.. hai, kadang2 kita tak perasan yang kita berubah sebabkan bergaul dengan orang yang salah.. kita ni sama je dgn kawan kita ni haa... salah kawan, merasalaa.. silap2 kita pulak yang ditikam..
cukupla 4 dulu basic thing yang boleh kita kesan dengan para penikam belakang orang.. sedikit nasihat ringkas, apa yang kita buat dekat orang, jangan ingat ia tak mungkin berlaku pada diri sendiri.. karma itu wujud.. what u give, u get back lorh.. its a matter of time bro! =)

4 comments:

Anonymous said...

ciri no 1 tu mmg nmpak sgt..

Anonymous said...

Iyaaa...org seperti itu hanya cari untung sendiri d balik hancurnya org lain..

Anonymous said...

no 1 tu pnah sy alami.. sy ade mmber suke gosip dgn sy.. tp dgn org len die gosip psal sy pulak.. tp die x sdar org len bole wat bnde yg sme mcm die.. kcik je dunia nie..

cintailmu89 said...

normal la.... senang dia boleh buat macam tu dkt orang lain, dia x rasa bersalah untuk buat kat kita , yer dak?