Teori vs Praktikal

saya ni memang minat baca dengan tengok apa2 aje buku ataupun video yang menerangkan tentang konsep hubungan sesama manusia ataupun bab2 berkaitan dengan psikologi.. memang tajuk yang sangat2 menarik hati dan bila baca je, mesti rasa macam oooo.. gitu rupanya cara nak counter masalah tu, masalah ni.. bila kita kaji tentang cara kita berhubungan dengan orang dan cara nak merperbaiki sesebuah hubungan misalnya, segalanya nampak idealistik @ sempurna..

realitinya tidak.. hehe.. bukan semudah itu untuk kita apply cara2 yang buku duk ajar nu haa..yup, memang membantu tapi bukanlah 100%.. sukar nak praktik kan sebab manusia ni bertindak balas bukan dengan satu cara yang sama.. lain orang, lain ler ragamnya.. jadi nak tak nak, kita sendiri kena pelbagaikan cara untuk menegenali lantas mengetahui cara terbaik untuk memperbaiki sesebuah hubungan.. hurm................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

*motif entry ni, camne nak pujuk orang merajuk ni woi.. adoiiiiiiiiiii

sony smartwatch 2


waa2.. kalau boleh kan dunia teknologi ni semua nak smart2 blako.. sikit2 teknologi mula diserapkan pada menda disekeliling kita... kalau boleh peti ais pun nak di'smart'kan.. (*ke dah ada smart refrigerator?rasa2 dah ada).. nak buat macam mana, teknologi tak pernah tunggu orang ramai dah bersedia ke belum ke arah itu.. nak2 zaman2 ni, perkembangan teknologi sampai dah tak terkejor yop.. jadi kita janganlah jadi hamba teknologi.. tapi jangan sampai tahap tak amik tau pasal teknologi.. tu lain dah tu.. cuba keluar dari tempurung, celikkan mata tengokkan perkembangan teknologi secara positif bro..

ni la ni trend smartwatch pulak.. kenapa smartwatch ni cepat mendapat perhatian para pelopor teknologi macam apple, samsung, sony dll? sebab ia adalah satu bentuk pasaran yang sangat luas.. kebanyakan dari kita memang pesen pakai jam.. tak pakai rasa macam tak lengkap je.. macam pakai seluar takde tali pinggang.. mcm tu la perasaan dia..

konsep smartwatch ni mudah je.. dia macam extension kepada screen henpon jer sebenaqnya.. jadi mudahla nak tau update dari fon tanpa perlu menghadap enfon tersebut.. konsep ni sangat bagus sebenaqnya bila kita perati bila contoh dalam situasi makan bersama family, yang dihadap oleh mereka2 di meja tersebut adalah henpon masing2 dan bukanlah makanan semata-mata.. ini adalah sangat menjengkelkan(*ceceh, canggih pulak ayat)..sekurangnya bila tgk update kat jam tu, taula mana penting mana idak penting.. jadi tak perlulah nak belek je fon tu.. lama2 tengok, kecik besaq kecik besaq je fon nu haa..

tapi mengapakah sony smartwatch 2? mengapakah... mengapakah!!!aisey ter berdrama pulak.. sorry2.. dia macam ni kisahnya.. duk teringin nak pakai jam smart ni dah laaamaaa dah(baca dengan nada dr mahathir).. tapi duk buat kajian sana sini, bacaan sana sini, youtube channel berkisarkan dunia smartwatch ni, maka buatlah keputusan dengan semasaknya untuk memilih sony smartwatch 2... kena pikiaq masak2 woo sebab pelaburan yang bukan sikit.. mahal lagi menda alah smartwatch ni..

sebelum menggunakan smartwatch, kita kena tau fungsi asas sebuah jam itu apa dia sebenaqnya? haruslah menunjukkan jam lah kan.. apalah ertinya sebuah jam jika tidak dapat menunjukkan masa pada setiap masa ataupun ada sleep mode.. maka sia2 lah kehidupan jam tersebut.. kedua, kalau boleh, biaqlah bateri dia tahan lama.. seminggu masa bertahan untuk sebuah smartwatch tu cukup lama dah... takkanlah jam kita nak cas hari2 yer dak? ketiga, biaqlah sekurang-kurangnya waterproof..takkanlah setiap kali nak basuh tangan, nak bawak moto waktu hujan lebat misalnya, kena tanggalkan.. agak tidak praktikal disini.. kan? kan..haa..

sony smartwatch 2

selain dari smartwatch dari sony ni, ada lagi pesaing2 lain seperti pebble watch, galaxy gear, cuckoo watch dll.. masing2 ada kelebihan masing2.. norma alam, setiap produk tu ada lah pro and cons.. pandaila pilih mana yang lebih memenuhi keperluan masing2.. contoh sony smartwatch ni.. ruang untuk aplikasi menukarkan cara kita menggunakan smartwatch adalah sangat luas.. cer bayangkan macam kita tengah naik moto, maps untuk kita sampai ke destinasi yang dituju terpapar pada smartwatch.. kan memudahkan tu.. nak tau speed GPS, pun tengok pada jam aje.. nak tengok gamba2 dalam fon, tgk dalm jam je.. macam gunakan kamera, imej akan terpapar pada jam.. mudahla nak tangkap gamba dari jauh, snap dr jam aje..nak jadi spy pun boleh ni..haha..lagi?x boleh nak angkat fon sebab dalam meeting, reply guna sms dari jam aje, dan banyak lagilah perkara yang memudahkan.. cuma kena explore sendiri je.. tapi macam che' asalkan dapat notifikasi dr whatsapp, call mesej dll pun cukup dah.. yang lain tu pakai cuma tak kerapla...

jadi, berminat nak pakai smartwatch? buatlah bacaan sikit untuk tahu produk mana yang lebih sesuai.. jangan terburu-buru dalam buat keputusan,.. rileks brader.. brader rileks.. xkan lari gunung dikejar..kui3...

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain


cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini..

  1. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa..
  2. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri sendiri
  3. susah tengok orang lain senang, dapat pujian, etc2. panas hati je tengok orang lain senang.. nak jugak menyusahkan orang tersebut..ini pulak nama saintifik dia dengkhianat.. bahaya woo orang gini.. ada ciri2 gini, elakkan dari rapat dengan beliau..
  4. suka hasut orang lain untuk jadi sama pesen dengan dia.. dahla suka tikam belakang org, ajak org lain tikam gak.. hai, kadang2 kita tak perasan yang kita berubah sebabkan bergaul dengan orang yang salah.. kita ni sama je dgn kawan kita ni haa... salah kawan, merasalaa.. silap2 kita pulak yang ditikam..
cukupla 4 dulu basic thing yang boleh kita kesan dengan para penikam belakang orang.. sedikit nasihat ringkas, apa yang kita buat dekat orang, jangan ingat ia tak mungkin berlaku pada diri sendiri.. karma itu wujud.. what u give, u get back lorh.. its a matter of time bro! =)