tinted hitam?

dekat malaysia ni banyak undang2 aneh yang boleh dikatakan tak sesuai nak dikuatkuasakan disini.. salah satunya yang che' perasan ialah ngapain kereta tak boleh digelapkan aka tinted hitam.. yer mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan tinted hitam tak dibenarkan.. tapi berdasarkan kajian che' berdasarkan ilmu2 logikal dan spontan semasa bawak motor di jalan yang sesak dengan jem, timbul beberapa point yang pada che, perlu diambil kira untuk membolehkan tinted gelap dibenarkan dibuat di Malaysia.

  1. cuaca yang sangat tidak sesuai.. cer bayangkan anda membawa kereta di tengah kota raya pukul antara 12tgh hari ke 3 petang dengan cuaca panas terik yang sangat menyilaukan mata.. fuhhh.. memang sangat2 membantu jika tinted gelap dibenarkan.. kurang sikit bahang panas terik cahaya matahari tu.bawak keta pun tak mengantuk.. sebab kalau perasan, bawak keta dengan cahaya matahari yang terik boleh buat mata layu jeee..
  2. keselamatan.. sekarang ni banyak betul kes samun.. dulu pejalan kaki banyak jadi mangsa, la ni yang bwk keta pun dia pecah je cermin amik handbag kat sebelah driver.. ada tinted gelap ni susah sikit penyamun nak jenguk apa ada dalam keta.. tambah2 kalu di tahu orang perempuan yang bawak keta, lagila berani dia nak menyamun.
  3. kereta sepatutnya menjadi satu tempat privasi untuk kita yang duk dalam dia(*aiyoyo, ayat ada pusing2 juga).. haha.. ada paham kan? baguih.. tapi yup, kalau ada tinted gelap ni, nak makeup2 pun takla segan orang sebelah duk mengintai.
  4. tinted gelap juga boleh menghalang kes pecah kereta time parking.. radio cap ayam pun orang boleh pecah cermin nak curi aksesori dalam kereta.. janji boleh jadi duit.. haa.. penyamun2.. kalau tak nyusahkan orang tak sah..
 cukupla point spontan che dapat time bwk motor dalam jem.. ada point lain
nak tambah dipersilakan.. btw, kereta2 vip tu digelapkan pun sebab keselamatan kan.. apa lah salahnya untuk orang awam diberikan kelebihan yang sama.. nyawa kami ni pun sama penting woo..

No comments: