tinted hitam?

dekat malaysia ni banyak undang2 aneh yang boleh dikatakan tak sesuai nak dikuatkuasakan disini.. salah satunya yang che' perasan ialah ngapain kereta tak boleh digelapkan aka tinted hitam.. yer mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan tinted hitam tak dibenarkan.. tapi berdasarkan kajian che' berdasarkan ilmu2 logikal dan spontan semasa bawak motor di jalan yang sesak dengan jem, timbul beberapa point yang pada che, perlu diambil kira untuk membolehkan tinted gelap dibenarkan dibuat di Malaysia.

  1. cuaca yang sangat tidak sesuai.. cer bayangkan anda membawa kereta di tengah kota raya pukul antara 12tgh hari ke 3 petang dengan cuaca panas terik yang sangat menyilaukan mata.. fuhhh.. memang sangat2 membantu jika tinted gelap dibenarkan.. kurang sikit bahang panas terik cahaya matahari tu.bawak keta pun tak mengantuk.. sebab kalau perasan, bawak keta dengan cahaya matahari yang terik boleh buat mata layu jeee..
  2. keselamatan.. sekarang ni banyak betul kes samun.. dulu pejalan kaki banyak jadi mangsa, la ni yang bwk keta pun dia pecah je cermin amik handbag kat sebelah driver.. ada tinted gelap ni susah sikit penyamun nak jenguk apa ada dalam keta.. tambah2 kalu di tahu orang perempuan yang bawak keta, lagila berani dia nak menyamun.
  3. kereta sepatutnya menjadi satu tempat privasi untuk kita yang duk dalam dia(*aiyoyo, ayat ada pusing2 juga).. haha.. ada paham kan? baguih.. tapi yup, kalau ada tinted gelap ni, nak makeup2 pun takla segan orang sebelah duk mengintai.
  4. tinted gelap juga boleh menghalang kes pecah kereta time parking.. radio cap ayam pun orang boleh pecah cermin nak curi aksesori dalam kereta.. janji boleh jadi duit.. haa.. penyamun2.. kalau tak nyusahkan orang tak sah..
 cukupla point spontan che dapat time bwk motor dalam jem.. ada point lain
nak tambah dipersilakan.. btw, kereta2 vip tu digelapkan pun sebab keselamatan kan.. apa lah salahnya untuk orang awam diberikan kelebihan yang sama.. nyawa kami ni pun sama penting woo..

Parut

well, menda parut2 ni? nak jual ubat parut kah.. haruslah bukan.. che' bukanlah penjual ubat ataupun pengasas multilevel marketing menjual ubat ajaib yang xde asas2 perubatan, tapi boleh menyembuhkan 1001 penyakit.. tapi dari dia punya promosi, dari tak percaya boleh tergoda nak beli woo..

macam ni, kita semua ada parut kan? kadang2 parut2 ni boleh mengembalikan memori yang entah makan masa bertahun-tahun lamanya.. setiap kali kita tengok parut tu, tupp, terus teringat kat memori tersebut.. sebagai contoh ler, ada satu parut kat lutut che' yang mana setiap kali che' tgk je kat parut tu, mesti teringat satu peristiwa 6 tahun yang lepas masa tingkatan 5 dulu.

parut tu terjadi pasal satu jaringan yang che' score dalam satu perlawanan bolasepak antara kelas dalam liga bola sepak kat teknik kajang dulu.. amacam? style tak.. kui3.. sembang macam la jaring gol peringkat kebangsaan.. haha.. tapi ok hape.. bukan senang woo nak jaringkan gol yang sebenarnya melayakkan kelas 5pkmu untuk berada di tempat keempat dalam sekolah.. takdela nak eksen sangat tapi ok what... kih3.. tula sebab nya parut ni ada ceritanya sendiri.. salah satu darinya laaa..

tapi itulaaa..
sedangkan parut yang nampak ni ada cerita dia, apa lagi kalau parut dalam hati ni yer dak? bukan senang2 je nak buang atau lupakan.. kekal sampai bila2.. aisy, macam mana la nak sembuhkan balik parut yang kalau boleh taknak ingat langsung pasal memori yang satu ni.. =(