nokia 3220 classic

menulis lagi.. hai, rasukan semangat menulis apa entah tetiba rajin pulak nak menghupdate blog ni... mungkin sebab jasa baik dan baik budi bos yang membenaqkan blogspot ni dibuka di tempat keja... nak wat guaner.. gunakan sebaiknya harta company ni.. balik umah nak hupdate? idak ler.. kemalasan pasti akan melanda dengan jayanya.. nak bukak laptop pun rasa xde mood kalau dah sampai rumah nu haaa..

baru2 ni che' p beli benda yang dah lama che' idamkan.. setelah sekian lama duk cari, alhamdulillah.. sampai jugak ke tangan menda alah ni.. nak cari kat mesia ni, entah kat mana ler nak jualnya pun.. belum tentu jumpa.. kalau terjumpa pun kat jalan pasar tu, confirm kondisi dia sikit lagi je nak terbarai habis.. nak cari baru, rasa nya memang takdela dah.. seb baik tgk kat ebay sana, ada refurbish unit yang haruslah berbaloi untuk dibeli.. tapi makan masa jugakla nak sampai sini.. amik masa 2 bulan.. seb baik che' sabaq... =)

fuhh.. siap ikat tali tu

kemas diorg bungkus

Dia punya teruja nak bukak kotak ni, isy.. tak tertuliskan excited dia camne
nokia 3220.. hang ada? haha.. enfon ni banyak kenangan woo... sebab tu la kat orang lain dia mcm tak bernilai, tapi bagi che' , isy.. x dpt nak gambaq camne la happy nya bila dapat menda alah ni.. sat naa.. gambaq enfon dia ni che' attachkan.. bebudak sekarang tak sempat nak lalu zaman kegemilangan norkiah ni.. kita kasi refresh balik..

tu diaa.. dalam plastik lagi..

waaaaaaa.. dapat jugak akhirnyaaa!!!

*enfon harini semua takde design macam fon dulu2 kan? semua bentuk lebih kurang je.. cer tgk fon dulu, design macam2.. pelik2 pun ada.. flip up,rotate screen, lampu bagai.. argh.. nostalgia nya ingatkan masa kecik2 dulu.. sangat best feeling dia.. syukur jadi gen Y yang merasa perubahan zaman yang mendadak ni =)