tutorial mengenali pasangan anda mithali ataupun tidak..

entry ringkas untuk mereka wanita2 diluar sana untuk mendapatkan suami yang mithali...dipersilakan untuk membaca okay =)


  1. suka bertempik, menjerit dan berbahasa dengan anda dengan kata2 yang kurang sopan, dan boleh menghampiri level biadap.. lagi kasar bahasa yang digunakan, lagi baguih.. ini menandakan dia sayang anda, tak kira lah betapa lama dia mengenali anda..
  2. suka meminjam duit dari anda, sehingga boleh dikatakan hampir tetiap kali anda keluar dating bersamanya asyik nak meminjam aje.. apa ada hal.. duit anda yang berlebih itu.. bagi jela pinjam.. sekali sekala burn dilupakan begitu saja apa salahnya kan..
  3. melayan anda dengan sifat acuh tak acuh.. beria kita mesej, dia balas nak x nak je.. asal ada rupa replynya seperti k, yerla..tu pun dah memadai ler kan.. nak apa lagi..
  4. suka mengambil kesempatan terhadap anda dengan penuh rasa tidak bersalah.. well.. sentuh2 sikit tu biasalah.. takkanlah dengan anda dia berani sentuh2, dengan orang lain dia nak buat perkara yang sama, kan?
  5. dengan dia, anda rasa bebas.. tak payah nak solat, x payah pikir halal haram.. waaa, indahnya dunia..tapayah nak fikir menda2 remeh gini.. barulah bahagia hidup..
  6. seorang yang merokok.. nak2 depan anda dia hembus2 rokok tersebut.. syoknya.. rasa macam kabus je bertiupan di muka..
  7. haruslah mempunyai sifat panas baran yang ketara.. silap sikit, syoknya.. kena bebel2.. sekali naik tangan di muka pun ok gak.. menyedarkan anda dari lamunan.. kira lamunan terhenti gakla ni..
wahai wanita, wanita yang berada di seluruh dunia, tak kira bangsa, umur atau rupa asalkan kau wanitaaaaa~~~lala... sini che nak berpesan, anda berhak untuk dilayan sebaiknya oleh seorang lelaki.. jangan kerana cinta, hormatnya kami kepada anda boleh dikurangkan.. tolongla.. anda selayaknya dilayan dengan sebaiknya.. 

kesian tengok mereka yang terlalu asyik bercinta sehingga tak nampak perkara ni.. aiyomaaaa.. why3?sebab tu che listkan sume ni.. sebab macam mana teruk pun pasangan ataupun bakal korang, cinta dan perasaan mengatasi segalanya.. nasihat pun bukan nya nak terima, kan3?