dengar lagu Moldovan-Romanian lagi baguih.

dalam dunia ni, memang kita dah cukup serabut dengan masalah sehari-hari.. sampai satu tahap, bilamana kita rasa yang tak perlulah nak tambah apa2 lagi masalah yang ada, walaupun dalam sekecil-kecil hal..ini termasuklah dalam mendengar lagu.. kadang2 rasa baik dengar lagu yang langsung kita tak faham maksud dia dari dengar lagu yang perlu untuk kita hayati maksud2 dia.. ke che' sorang je yang rasa gini..kih3..

lirik2 lagu harini, amboih!! bahasa sastera tahap dewa.. memerlukan muhasabah diri ataupun bertapa untuk memahami setiap bait2 lirik lagu tersebut.. alahai, betapa serabutnya.. baiklah dengar lagu yang tak faham.. asal bunyi best sudaaa.. sebab tu macam dah jadi hobi pulak sekarang mencari lagu2 daripada sepanyol ke, sweden mana ke, bahasa ibunda uganda ke, yang penting tak faham lirik dia.. irama ni tak perlu untuk kita fahami maksudnya pun kadang2.. irama yang sedap ini universal.. entah2 lagu dari ceruk dunia yang tak pernah kita sampai itu lagi best dari lagu2 kat radio nun..

sekarang ni duk dengar lagu2 cleopatra stratan.. ha, bukan orang mesir ya... tak kenal pun sapa budak ni...sebenarnya baru nak kenal.. yang penting lagu ni best walau lirik lagu dia sepatah haram tak paham... rileks~~ santai~~ boleh gak jadi peneman2 tika key in dunning dalam nexoft.. tengokla power lagu ni boleh pegi takat mana... dah download lagu budak ni banyak dalam enfon.. boleh tahan la... duk ulang2 je nih.. sekali2 rasa macam dah nak terkeluar bahasa mexico(*betul ke mexico?!) dalam perbualan seharian.. kui3..

video


* apa lagi lagu aneh yang ada dlm playlist angpa?nak try dengaq.. =)

2 comments:

Mizznadeiya said...

the corrs - brid og ni mhaille

cintailmu89 said...

Aiyomaaa.. Tajuk dia? Berbelit lidah nak menyebut.. Ok, nak dengar jugak =)