Masa

Masa.. begitu pantas berlalu kan.. sedaq tak sedaq kita sebenarnya telah melalui tempoh masa yang tertentu dan dalam masa yang sama terlalu banyak yang telah kita persiakan jika nak dibandingkan dengan apa yang kita manfaatkan dalam masa2 yang kita lalui..
Dalam blog ini sendiri menunjukkan kepada che' apa yang membezakan diri ni pada masa yang dulu dengan apa perubahan yang berlaku harini.. well, tergelak tersenyum sorang2 adalah biasa untuk blogger apabila dia baca balik entry lama2 awal2 dulu..
Kematangan, cara penulisan, gaya bahasa keanak anakan, tu semua adalah sesuatu yang terekod didalam blog sebagai kenangan yqng manis..
Dalam blog ni tersimpan begitu banyak rahsia, jika kita belek2 balik entry lama.. maka che' rasa perlu nak letakkan index entry lama2 untuk memudahkan balik che' mengenang balik peristiwa2 pahit manis yang pernah che lalui.. :)
I luv my blog, my personal diary.. do you?? =)

Dejavu di Kinabalu la sangat..




video
cer play lagu ni khas utk entry ni =))


kita ni nak xnak kena akui, pada satu2 ketika, pasti akan ada titik2 dimana kita rasa kita perlukan rehat dalam apa jua yang kita lakukan.. belajar, kerja etc2.. kan? memang itula yang che' rasakan.. bukan nya nak kata letih yang kaw2, cuma yup.. perlunya untuk kita berikan masa untuk badan dan otak kita ni berehat... cuba bagi peluang untuk diri sendiri rasa lari dari rutin2 harian agar dia boleh refresh balik mood2 yang hilang.. try untuk reset balik semangat yang hilang, aicehhhhh.. haha..

dan alhamdulillah, che' ambil sedikit masa(* 5 hari sikit tak? kui3) untuk pergi bercuti cukup2 bersama memember.. pegi sabah yang memang sekali pun dalam hidup ni tak pernah jejak pun kat sana.. dengan tanpa ada apa2 research, pegi gitu je dengan begpack satu beserta peta amik kat airport.. memang betul2 main redah je ni.. uisy.. seb baik tak panik kat sana.. rileks2.. seb baik dalam flight duk sebelah cikgu mate kat sabah.. agaknya melayan che' yang ramah terlebih ni, dia boleh cut sembang2 dengan mengetroll che'.. che tanya la cikgu ni, mana boleh dapat rumpai laut murah, dia boleh jawap kat sampoerna memang murah sgt.. so tanyalah dia balik, dekat tak kak? dia cakap dekat je.. kalau naik keta 8 jam jerrrr dengan muka slumber nya.. che pun nganga je laaa.. dekat la sangat.. adusssss...pastu terus senyap sampai lah ke KK nun..tak tanya apa dah..

sampai2 sunset sudaaaa.. cantek nya pemandangan kannnn??
che' dapat rasakan yang percutian kali ni, memang sangat2 terkesan lah.. cantik sangat suasana kat sini.. dengan pulaunya, makan nya, penginapan sume perfect.. cakap pasal penginapan ni lagi satu nak cakap.. murah wooo... amik dorm je duk sebilik 4 orang.. rm 30 satu malam.. wuisy.. seminggu pun boleh kalu gini rege bilik.. hehe.. seb baik la tak sampai seminggu kat sabah tu.. rainforest lodge ke hape nama tempat ni.. bagpacked vacation memang sesuai sangatlaa gamaknya.. ala... masa banyak berjalan kat luar je kan.. balik tidooo je.. bukan nya nak apa pun.. aircond pun sejuk.. jadilaaa...

dalam duk berjalan kat tepi pantai duk leka melayan sunset view, boleh pulak ada sorang mamat ni nama sarip, tegur kitorang.. tanya nak tak p pantai besoknya.. sewa satu bot rege 200.. wuisy.. memang kena pada masanya laa dia bagi promotion gini.. dahla memang tak tau aktiviti apa nak buat.. dah la boleh snorkeling sampai lebam pakej dia tu.. terus ok set gitu.. hahaha.. esok kul 8 sarip tunggu kat hotel sudaaa.. terus naik kapal.

alat snorkeling yang wow.. pengalaman snorkeling yang sangat marvellous =)
     
laut dia tgk. jernih sangat2 tau!
Pulau Manukan.. cantik cuma xde terumbu2 karang.. swimming best =)
Comel, Lehud & Edan.. geng2 kapak.
Time ni nak balik kk.. ujan sudaaaa..
bot kitorg yang tgh tu je.. besaq naik 4 org je.. bayang jelaa.. haha

nampak? banyak dak belanja gamba?  memang cantik sangat2 pulau dia.. snorkeling kat sini memang sangat melekakan... cantik bersihnya laut dia memang tak boleh nak pertikailaa.. jernih, dengan terumbu karang yang sangat cantik boleh wat kita ralat dan terpersona untuk stay je dalam tu teroka laut di.. pulau sapi terutamanya.. biru.. ikan pun jernih.. buat pertama kalinya dalam hidup che', snorkeling yang sangat memuaskan hati.. berapa jam duk dalam laut tu..pas sapi, terus ke pulau manukan..kat sini laut dia ok cuma tak secantik sapi tadi tu.. memang mempersona laaaa..

balik dalam petang2 gitulaaa.. dalam 5 sengah.. memang terasa letihnya seharian duk kat pulau ni.. seb baiklah si sarip bawak bot dah macam banana boat... menakutkan tapi puas.. kah3.. memang aneh2 s sarip ni. tapi oklah.. enjoy.. esok duk plan nak sewa keta nak jenjalan kat gunung kinabalu.. tapi tulah.. cuma ke kaki gunung aje.. nak panjat memang tak sempatlaaa.. belanja lai.. bukan murah woo nak daki gunung kinabalu nih.. costly. insyaallah.. lainkali akan che' tawan.. =)..

Gunung Kinabalu.. mulanya menakutkan tgk.. tinggi sangat !

ThumbsUp satu =)
Gamba yang sangat3 oshem..

cantek kan pemandangan kat sini.. dahla sejuk, berkabus pulak tu.. sewa viva, naik 4 orang.. bayang jela seksa perit getir keta tu punya enjin.. seb baik viva ni engine sedap.. tapi kan.. memang viva ni minyak dia gitu eh.. tak gerak2.. ingatkan meter rosak ke hape.. jimat ya amat.. tapi tak kisahla..lepas jugakla nak keatas tu.. banyak jugakla main gear 1.. sabo jelaa. dahla macam agak bahaya jalan dia.. tak rata sangat.. seb baikla si lehud tu bawak leh tahan cekap.. balik edan bawak.. boleh katakan puas la bawak keta tu berjalan dalam masa sehari.. 300++ km gakla.. bayar 100 tak ralat langsung...