ingat nak cerita pasal malam cinta rasul kat dataran merdeka, cerita lain pulak yang keluar.. adoi.

lama tak menulis membuatkan jari2 ni jadi serupa iceberg.. nak gerakkan ke keyboard ni kemain payahnya.. beku.. sebeku otak yang nak rancang apo yang nak dituliskan dalam blog ni.. tapi apakan daya.. blog jika tidak berhupdate ibaratnya seperti rumah yang tiada berpenghuni.. tetamu apatah lagi.. aneh sangat rasanya kiranya masuk kat sebuah penempatan yang tiada berpenghuni. rumah hantu gamaknya?

disini kasih pernah berbunga, disini pernah mengceritakan semua topik yang terdetik dalam hati, terlintas kat pemikiran.. kadang2 topik yang tak perlu nak diulas pun masuk jugak.. nak buat camne., dah memang rasa macam alahai.. dari terpendam sorang2 dan tak terzahirkan, maka haruslaahhh berpindah idea2 tersebut kedalam blog yang berusia 2 tahun ni, diam x diam.. 

nampak bagaimana kata2 di atas dalam dua perenggan yang sudah berlalu, masih tiada isinya? jadi benarlah kata bijak pandai, jangan lah jadi tin yang bising namun isinya kosong@hampeh.. nampak betul teori ini.. kata2 sentiasa perlu diringi dengan perbuatan bukan nya kata2 kosong yang jika disampaikan, maka sampai kiamat pun tiada berkesudahan..

sama juga dengan niat misalnya.. niat nak jadi baik, niat nak berubah, niat hanya tinggal niat jika tidak sama running task dia dengan azam dan kesungguhan.. istiqamah pun perlu jugak.. jika kurang resipi ni salah satu, tak lengkaplah jalan untuk berubah tersebut.. ingat pasal tin kosong atas td? haa.. sama kes.

jadi ingatlah bahawa, dalam jalan untuk kita berubah, dia bukanlah melalui perjalanan yang mudah.. nak buat baik bukan nya senang.. buat jahat pun tak senang kan? sape kata merompak tu senang? kalu plan kelaut, ke lokap la jawapnya.. nak jugak berusaha dengan baik punya untuk mendapat hasil rompakan yang baik tanpa jejak.. * hudoh sungguh contoh dier.. kui3..

kesimpulan nya, niat, azam, istiqamah hendaklah sentiasa dlam satu level.. menaik takpe. jangan menurun.. standard la skali2 terbabas, tapi jangan sekali-kali terlupa nak back tu basic.. biar masih dalam traack yang betul =)