lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam..

bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde pape.. so, kita boleh tahu sikap marah macam mana yang lebih teruk sebenaqnya..

tapi kan, boleh che' ringkaskan kat sini yang, marah ni boleh dikategorikan dalam 3 spesis, iaitu>>

  1. Cepat Marah, Cepat redanya.. spesis ini memang.. menda kecik2 pun dia boleh marah... orang curi selipar, marah, tersalah cakap sikit, naik angin... menda2 kecikla senang kira.. tapi marahnya memang sekejap.. tak simpan pun dalam hati.. terus je lepaskan.. spesis ni boleh dikategorikan sebagai kurang berbahaya la.. cuma kena tahan sikit la... kadang2 pakej dengan sikap marah gini adalah suka berleter.. fuhhh...
  2. Cepat Marah, Lambat redanya.. haaa, spesis ini rare, tapi ada... jenis menda kecik ke, menda besaq ke sume nak marah.. abis semua nya tak puas hati... mengamuk macam orang xde akal tak ingat apa tu.. sape yang berpasangan dengan orang yang ada sikap gini, alangkah ruginya.. saba jela... makan hati ler seumur hidup.. pakej untuk spesis ni pulak, sifat suka berdendam.. bahaya kan?
  3. Lambat Marah, Cepat Redanya. haa, ni dalam 10 orang, 2 belum tentu ada.. kui3... sape yang ada sikap gini, sila lah mendaftar dalam club manusia paling beruntung untuk didekati.. memang terbaik sikap camnie.. dahla susah nak marah, cool je.. lepastu kalau marah, x simpan lama dalam hati.. kan baguih gitu.. sape dapat ciri2 ni dalam pasangan dia, silalah berbahagia.. sebab apa? sebab prinsip hidup mereka dalam kategori gini adalah, dalam kesenangan pun dia tenang, dalam kesusahan pun dia tenang.. memang terbaikla!
oklah, serba sikit pandangan che dalam isu marah2 ni.. bukan apa, terlalu banyak yang tertipu dengan sikap pendiam seseorang tu.. entah2, dalam kita tak sangka, orang tu yang nampaknya takdela panas baran pun , skali dia lah manusia paling panas baran pernah kita jumpa.. so, perhatilah betul2, dengan ciri2 ini, bolehlah kita kenal jenis orang yang panas baran.. 

panas baran, minta dijauhkan dari sifat ni.. sesungguhnya sabar itu lah petanda adanya iman =) rasanya penyabar ke tak diri kita ni

12 comments:

cik RQS said...

Hahhaa..saya punya kategori takde dalam senarai top 3 tu laa..tp kira yg paling hampir num 3..saya tak penah marah..paling marah pon nangis je sebab tak reti nk marah yg macam org lain tuu..rasanya bahaya lagi kot kalau ada spesis macam saya ni..sbb tak penah marah and tak tau gaya nya marah macammana..sekali marah..mau meletupp segala yg ada!..hahaha..tp taknak laa marahmarah!..tak comel nantii!..:D

cintailmu89 said...

ratu qaseh saifuddin?
fuhh... hampir tak kenal dah che'.. hehe..
lama menyepi?
tapi jenis2 pendam2 meletup.. bahaya... kadang2 boleh buat keputusan yang tak jangka2..

Mizznadeiya said...

yang saya tahu orang yang pendiam ni la orang yang paling berbahaya. sebabnya, depa susah nak luahkan perasaan depa, jadi kita susah nak agak.

kita tak tahu bila dia marah, bila dia tak marah. unpredictable omputih kata.

karang tau2 ja dah meletup. hoho siapa susah? diri sendiri jugak susah.

tapi saya ni bukan jenis cepat marah ke lambat marah ke, saya jenis baran kaw2 punya baran. hahahahhaha larikkkkkkkkkkkkkkk!

cintailmu89 said...

Baran kaw2.. Amboi.. Ngeri dengaqnya..
Jangan sampai kes dera adik2 udahla yer kak fatin.. Kui3

Mizznadeiya said...

Haha dera tu idok ler. Tapi biarlah saya saja yang tahu. Tet! Larikkkkk lagi. Kali ni larik jejauh ~ :P

Cik Rongoks Ika said...

untung kalau dpat cm yg no 3 tu . huhuhuh

cintailmu89 said...

Fatin.. Haha.. Mu nak lari mana.. Penang tu pulau.. Lari2., kesitu jugak peginya..

cintailmu89 said...

Cik rongok>
no 3 tu ibarat permata.. Kalau jumpa, simpan la elok..
Buat senang hati, buat penwar sakit.. Aiceh... Haha

Iffah Afeefah said...

lelaki pendiam mmg payah nak handle

serius byk bende kite tatau

bnyk mende kite nk tahu

sampaikan kite bosan asyik kite je ckp ehh

#xsume pempuan cmtu

cintailmu89 said...

Sebab tu lah iffah, pasangan ni kena melengkapi satu sama lain..
Kalau sorg cakap, kenalah ada pendengarnya, ya tak..
Lagi satu fakta dengan org yg diam ni, sekali sekali dia buat lawak, sengih sorg2 nati kang, duk teringat..

Anonymous said...

saya ada semua ciri nie mulut saya pun memang mcam lancau tahap gaban..

cintailmu89 said...

tanpa nama, awat nya ni.. mai habaq mai..
macam tension jee???