blogger, undi sapakah ni?

entry politik memang sesuatu yang bagi che', nak mengelak jugakla dari menulisnya dalam blog ni.. namun, nak taknak, dengan suasana pilihanraya yang dekat dah ni,tulis jugala.. well, nak dijadikan sesuatu yang boleh jadi kenangan hape, first time nak mengundi ni.. =)

untuk memilih sape pun calon yang ada, ia adalah privasi seseorang lah yer tak? ikut pada pemerhatian dia, dan kajian dia ke , prinsip dia ke.. ikut mulah.. janji ang pegi mengundi,.. jangan cakap serupa kilat berdentum, pangkah satu kertas undi, harom tak pangkah.. memang pesen manusia takde rasa tanggungjawab terhadap negara.. rasa ramai kot tahun ini, first time dia nak mengundi kan?! hehe

tapi ingat satu je.. undi anda adalah rahsia.. undi che' je tak.. haha.. che' dah nekad dengan pilihan yang che' buat yakni untuk cuba memberi nafas kepada kerajaan malaysia yang baru.. nak berhujah? dipersilakan ya di ruangan komen.. sikit pun tak tacing punyalah.. jangan riso.. hati kental ni... terguris sikit2 tu biasalaa...adatlah hati manusia.. kadang2 kita rasa sakit bila berlainan pendapat ni.. kan2?

che' berpendapat yang perlunya kita menukar kerajaan yang ada sekarang salah satu punca utamanya ialah:-


  1. kita nak mentadbir, salah satu cabang utama adalah KEWANGAN.. yer tak? so, dari sini, kita tak boleh tengok daripada laporan2 dari tv kaa, paper apa kaa, bila bercakap tentang kewangan, HARUSLAH berdasarkan fakta.. takde istilah kewangan dalam bentuk air liur ataupun bermodalkan janji2 manis.. disini, che' sarankan untuk merajinkan diri mencari FAKTA di laporan audit negara... insyaallah.. moga mendapat petunjuk hidayah yang jelas disana.. bandingkan hasil di negeri pakatan dan negeri bawah pentadbiran persekutuan.
  2. salah satu bom jangka bagi che' dalam negara yang berbilang bangsa adalah isu2 perkauman.. duk hari2 di tv and the gang, memainkan isu PERKAUMAN.. isu AGAMA tak terkecuali, adalah satu perbuatan yang kurang bijak.. untuk memancing undi, bermain dengan isu2 ini sangatlah berisiko dan membahayakan kestabilan keharmonian dalam negara..contoh ciput??  BN sentiasa melaungkan kalimah keramat dan agung yakni ' 1 Malaysia!!!' , namun BN sentiasa membangkitkan dan menekankan perjuangan bangsa melayu.. nampak krisis dalaman yang jelas dalam isu ini yang membuatkan diri sentiasa dalam keraguan yang amat sangat untuk mengundi BN.. sekian.
  3. BR1M, KR1M, Gaji Minimum, TR1M, SPR1NG, etc2, semuanya dapat dibuat hanya apabila PEMBANGKANG mempunyai mandat yang sedikit dalam hal2 pentadbiran kerajaan.. perkara ini tak pernah terfikir langsung masa BN merupakan kuasa mantop dalam pentadbiran satu ketika dulu.. hanya dengan desakan dan pendedahan dari pihak pakatan, maka semua ini dapat dilakukan.. kebetulan?!! impossible..
  4. HIBURAN yang ya rabbi dalam program2 kerajaan pusat.. bukan nya penarik, tapi faktor orang menolak kerajaan pusat secara total.. kPop, PSY etc, bukanlah sesuatu yang elok untuk dibawa kedalam negara ini.. pembaziran yang jelas dan tak mendatangkan faedah, malah kesan yang kompem tidak elok dan memudaratkan generasi pelapis. 
  5. kebergantungan terhadap MAINSTREAM MEDIA, yakni tv, radio dan yang sewaktu dengan nya memang mengundang padah.. kesian.. menggunakan method lama dalam mendekati generasi baru pastinya mebuatkan generasi kita ni meluat dan merasakan seolah-olah ianya adalah satu bentuk pengawalan minda... kami generasi muda dan pengundi2 baru lebih sukakan cabaran dalam mencari input dengan menggunakan internet untuk mencari jawapan yang memuaskan kehendak hati yang memberontak dalam mencari fakta yang tepat dan betul.. kui3

okaylah entry ringkas kali ni.. nak menulis panjang pun, entah2 yang dihighlight kat atas tu je yang dibaca..haha... baru 5 point penting bagi che' mengapa che memilih untuk menukar kerajaan harini.. ada banyak point lain sebenarnya.. tapi, next entry, insyaallah..  olrite.. ada pendapat sendiri langsung tak salah.. tapi ianya perlulah disupport dengan hujah, okay! sila2.. =)

4 comments:

Mizznadeiya said...

setiap orang ada pendapat dia masing masing.

kalau nak cerita sampai esok pun tak sudah.

hehe undi saya adalah rahsia tapi saya tetap akan pertahankan tanah melayu saya!!

cintailmu89 said...

kan.. nak cerita sampai besok memang takkan abis..
nak berpolitik boleh, tapi jangan letakkan politik tu atas segalanya.. =)

Iffah Afeefah said...

no komen

bab2 ni mls pk lg

boleh?

cintailmu89 said...

malas pikir lagi, xpe.. yg penting jangan lupa mengundi ya.. tanggungjawab tu.. kalau tak, apa pun jadi dgn negara ni, rasa bersalah tu ada nanti =)