personaliti rasulallah s.a.w yang misteri?


jika kita ingin mencintai seseorang, kita perlu kenal dengan dia kan? betul tak.. xder der nak cinta jika tak kenal, dan usaha dalam mengenali tu takde.. inikan pulak jika dikaitkan dengan idola dan ikutan kita semua, yaknik kekasih Allah s.w.t, Rasulallah s.a.w.

banyak sangat personaliti Rasulallah s.a.w yang sebenarnya terlalu misteri bagi kita dan ianya sangatlah indah jika kita mengenali nya melalui sirah2 nabi.. betapa hebatnya nabi dalam segala sesuatu.. che' pun rasa yang jika kaji betul2, sifat2 ini entah takde pon dalam diri kita.. bayangkan jika ada dari sikap ini yang ada dan kalau takde pun adalah terpercik sikit kat kita... alangkah bagusnya...

Sifat nabi ketika berjalan.. pasti semua tahu nabi berjalan dengan sangat bergaya, berjalan laju dan bukan nya lembik dan slow macam setengah dari kita jalan.. kalau ada pun yang jenis jalan laju2, ni, jalan nya penuh dengan sombong takbur dan bongkak... bayangkan jalan yang begitu kemas langkah susunan kakinya, dengan penuh rasa tawadduk, sentiasa memberi salam ketika tersempak seseorang.. bukan kah ini boleh menjadi ikutan yang bagus untuk kita praktikkan? =) terserlahnya aii sifat kepimpinan dalam diri rasulallah s.a.w =)

dalam segalanya nabi adalah sebaik-baik contoh.. namun, misterinya adab dan akhlak nabi hanya boleh terungkai dengan mendekati majlis2 ilmu.. kecintaan pada nabi itu tak pernah merugikan, pasti akan sentiasa membaiki diri dalam diam2.. jom, majlis ilmu ! =)

No comments: