malam cinta rasul 2013

peminat habib syech =)
alhamdulillah join malam cinta rasul buat kali yang kedua, lepas yang pertama kat masjid ass-syakirin kat klcc tahun lepas.. kali ni punya? ya rabbi.. best ya amat2. penuh stadium badminton cheras tu... anggaran yang hadir dalam 10 ribu orang.. bayang la 10 ribu orang punya sholawat.. mau tak bergegar stadium tu.. hehe..

majlis2 gini yang dulunya jauh sangat rasanya dengan budaya masyarakat kat malaysia ni haa, kini nampak sangat perubahan dan orang mula mencari hiburan2 gini yang pastinya lebih bermanfaat dan penuh dengan barakah dan rahmat. insyaallah.. suara habib syech, sesuai pulak dengan sound sistem canggih memang padu menusuk hati.. diiringi dengan palunan alat muzik memang menjadikan yang menonton kat bawah pun bertambah semangat.. sat g che' selitkan sikit video live segar dari ladang punya.. hehe..

hampir 10k orang.. alhamdulillah..
antara yang glamer sudaa kat malaysia ni haa, macam sholatun bissalam, ya hanana.. best.. bila dapat ikut sekali.. seb baik diorang edarkan buku.. mana yang tak ingat tu boleh jugak ikut skali.. yang pastinya, time ya hanana, sume pakat zikir serentak.. rasanya? fuhhh.. yang ada dalam tu je boleh faham apa che' cuba sampaikan.. kui3..

yang anak buah tu, siap budak2 tahfiz kat situ peluk dia kuat2..  geram kot tengok budak umur 3 tahun boleh ikut zikir2 sholawat ni, kenal habib ali, habib syech.. hehe.. masuk tv3 pulak.. duk cari gak muka sendiri kat tv3 malam tu kat berita.. tapi xde plak.. kih3.. anak buah je masuk tv... 

moga majlis2 gini dapat menjadi kunci buat mereka untuk mencintai Rasullallah s.a.w.dan lebih ramai dari kita mula untuk mengenali Rasul tercinta dan mendalami akhlaknya dalam perlakuan seharian.. baginda merupakan contoh dan idola terbaik untuk kita ikutkan.. bukan nya malaysian idol.. kui3..


* pasni nak buat kat stadium merdeka.. harapnya 10 ribu jadilah 100 ribu.. hehe.. insyaallah.. moga allah membuka hati2 kita untuk join majlis best kebaboom gini..

11 comments:

Iffah Afeefah said...

comelnye budak tu

geram tgk mate die

Mizznadeiya said...

Sokong. Patutnya banyakkan aktiviti sebegini. Buatlah setiap negeri. Hehe biar bergegar sikit yang lain lain tu

cintailmu89 said...

Anak buah iffah.. Jangkit sikit comel acik dia.. Hene

cintailmu89 said...

Lepas kl, terus shoot p pahang pulak pastu fatin.. Hebat2.. Non stop..

EJA said...

kemerduan suara habib syech assegaf ni memang tiada tandingan. semoga usaha beliau menambahkan lagi semangat anak2 muda kini..

** tersentuh hati bila dengar suara beliau.

cintailmu89 said...

memang merdu, nak2 dengaq live eja...
rasa cam nak gugur jantung je.. menusuk..

Anonymous said...

Salam..boleh tlg bgikn copy buku malam cinta rasul ru?klau ada pape contact sy dkt - nurimaniqmal@gmail.com

cintailmu89 said...

Ada.. tapi kat rumah..
Esok insyaallah sy bwk scan dan email ya.,

mohamad nasir said...

Boleh share booklet qasidah malam tu, maybe scan and email to asr_68@yahoo.com
Saya berharap sangat cintailmu89 dapat email pada saya.

langit ilahi said...

Tlg emailkn pd sy

Syazana Zainn said...

Salam, boleh tak saya nk copy buku tu? poisonlibra87@yahoo.com can't wait to hear good news from you :)