sahabat =)

kisah seram di melaka

geng bas skolah.. yang mamat manja belakang che' tu
mana nak konvoi sama 
melaka pulak destinasi pelancongan seterusnya, yang pertama tahun ni, 2013? jadilah.. walaupun balik hari...hehe.. nak ke pengkalan balak asalnya tapi ikut shortcutla.. masuk ikut pedas linggi.. shortcut akhirnya bertukar menjadi long cut.. fuhhh... jauh kemain.. siap u turn dua tiga kali.. tanya akak goreng pisang tepi jalan, ikut kanan.. tanya pulak bro naik moto nak masuk ladang kelapa sawit ikut kiri.. haaa elok.. letak dua2 tu sebelah2.. boleh bawak bergaduh tu.. last2 tanya abang tm yang tengah buat keja, nampak kepala je dari saluran kabel tm tu, pun. arah yang ditunjukkan masih tak boleh dipercayai.. patah balik kalu, van2 tm pun pun hilang sudah tanpa kesan..

last2 uturn punya uturn, minyak pun tinggal nyawa2 ikan, singgahla kat stesyen pam jenama kurang popular(*baca tak ingat jenama).. tanya akak petrol pam, barulah dapat jalan yang benar.. jalan yang tak memerlukan kemahiran uturn yang tinggi mahupun highbeam lembu2 sesat yang ingin melintas jalan.. barangkali lembu2 itu adalah lembu2 senior di melaka, mana taknya.. orang bawak lori ke, motosikal berkuasa tinggi ke, ada diorang kisah.. yang penting aku nak melintas kata lembu itu dalam hati...

sini peristiwa pahit itu berlaku.. kah3
adalah kot dalam pukul 4 gitula kalau tak silap sampai ke rumah mirul tu.. asalnya niatnya nak pergi kenduri tahlil, ikut tentatif lepas zohor.. tibanya rombongan ni sampai pun pukul hampir2 asar, maka niat untuk sama2 join majlis tahlil ke lautlah jawapnya.. kah3.. tapi sampai2 je si ogee, ila dgn saz member yang p skali main bedal je lauk2, nasi2 tanpa ada sekelumit pun perasaan segan.. apa nak buat.. lapo kot.. dalam keta masing2 cover perut je yang dah berbunyi berbagai irama.. lagu hafiz feat siti nurhaliza punya rentak pun ada kalau dengar betul2..

habis je makan sume, dengan seorang dari mereka bedal 2 ketul ayam, tumpahkan air bandung atas meja gelojoh sangat haha, terus p melepak kat tepi pantai.. pengkalan balak la katakan,.. tak singgah pantai dia seolah-olah pegi makan nasi ayam, tapi xnak ayam.. gitu lah lebih kurangnya.. jangan ingat segala jenis peristiwa2 aneh berkesudahan di kisah2 sebelum ini.. kadang2 tu kita faham tepi pantai ni angin dia memang kuat sikit apatah lagi ombaknya yang bergulung-gulung seperti ombak rindu.. tapi takde angin takde ribut, salah sorang dari kami yang pergi ni, sorang boleh tergolek jatuh lalu berdarah kakinya..
ni lah mirul.. yg depan spontan barangkali posing gitu..

mula2 kesian, selang dua tiga saat lepas kejadian, maka tergelak terbahak-bahaklah menyaksikan kejadian seumpana ini berlaku.. hahahahaha.. kesian kita tolak ketepi.. gelakkan itu lebih penting.. kah3.. orang lain ok je, dia boleh tergolek.. seb baik tak terus jatuh kelaut.. kalau tak, lagi panjanglah kisahnya.. tulah.. excited sangat nampak laut.. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, eh?!ada kena mengena tak??




apapun, yang penting, pegi jalan mana sekalipun, solat jangan tinggal.. ini kot mungkin kesimpulan untuk entry kali ni.. dah taip berjela-jela kat atas, nak stop tak reti.. jadilah.. mungkin lepasni, kalau n p melaka masuk ikut pedas linggi, boleh pegi tanpa gps kertas itu sudah.. kui3.. assalamualaikum =)

2 ulasan:

Mizznadeiya berkata...

Waalaikumussalam

Hebatnya. Monolog lembu di dalam hati pun dapat didengari oleh awk eh haha

cintailmu89 berkata...

Main teka je monolog tu.. Hehe..
Rasanya betul kot..