personaliti rasulallah s.a.w yang misteri?


jika kita ingin mencintai seseorang, kita perlu kenal dengan dia kan? betul tak.. xder der nak cinta jika tak kenal, dan usaha dalam mengenali tu takde.. inikan pulak jika dikaitkan dengan idola dan ikutan kita semua, yaknik kekasih Allah s.w.t, Rasulallah s.a.w.

banyak sangat personaliti Rasulallah s.a.w yang sebenarnya terlalu misteri bagi kita dan ianya sangatlah indah jika kita mengenali nya melalui sirah2 nabi.. betapa hebatnya nabi dalam segala sesuatu.. che' pun rasa yang jika kaji betul2, sifat2 ini entah takde pon dalam diri kita.. bayangkan jika ada dari sikap ini yang ada dan kalau takde pun adalah terpercik sikit kat kita... alangkah bagusnya...

Sifat nabi ketika berjalan.. pasti semua tahu nabi berjalan dengan sangat bergaya, berjalan laju dan bukan nya lembik dan slow macam setengah dari kita jalan.. kalau ada pun yang jenis jalan laju2, ni, jalan nya penuh dengan sombong takbur dan bongkak... bayangkan jalan yang begitu kemas langkah susunan kakinya, dengan penuh rasa tawadduk, sentiasa memberi salam ketika tersempak seseorang.. bukan kah ini boleh menjadi ikutan yang bagus untuk kita praktikkan? =) terserlahnya aii sifat kepimpinan dalam diri rasulallah s.a.w =)

dalam segalanya nabi adalah sebaik-baik contoh.. namun, misterinya adab dan akhlak nabi hanya boleh terungkai dengan mendekati majlis2 ilmu.. kecintaan pada nabi itu tak pernah merugikan, pasti akan sentiasa membaiki diri dalam diam2.. jom, majlis ilmu ! =)

jika nabi masih bersama kita


pernah tak kita terfikir bila kita duk2 santai, dalam kekosongan jiwa, dalam terlalu banyak kekurangan dalam diri, hanyut dalam dosa sendiri yang tak terkira banyaknya, ketika itu nabi ada bersama dengan kita?

pasti rasa malu itu ada untuk menatap wajah nabi s.a.w. apa yang kita nak katakan ada rasullallah s.a.w? pasti terlalu banyak yang kita ingin adukan pada rasulallah s.a.w kan.. hurm.. sedih mengingatkan jika kita dapat bertemu rasulallah s.a.w dalam keadaan kita sekarang ini.. terlalu jauh dengan rasa kecintaan kepada nabi... terlalu banyak dosa.. terlalu banyak kekhilafan dalam diri..

terlalu senang untuk kita terjerumus dalam dosa.. begitu mudah untuk kita hanyut dalam kemaksiatan.. terlalu hina sebenarnya untuk kita menghadap kekasih allah s.w.t. layakkah kita untuk menjadi pencinta rasul? sunnah pun masih ada perasaan malu.. sunnah dalam perbuatan, sunnah dalam amalan seharian..

jika bolehlah diri ini yang hina dan kotor ini dapat berjumpa dengan rasullallah s.a.w, teringin nak minta didoakan untuk ditetapkan hati untuk mencintai Allah dan rasul.. sentiasa istiqamah dalam beribadah.. susah untuk kita berada dalam istiqamahnya kita dalam keadaan beriman.. terlalu banyak ujian untuk hidup dalam zaman ni.. hati yang rapuh, dengan ujian paling kecil sekalipun dapat menggoyahkan iman..

Rasullallah s.a.w, jika baginda bersama kita harini, pasti banyak masalah umat dapat diselesaikan.. namun, hakikat perlu diterima... kembalilah kepada islam.. tak pernah terlambat untuk memperbaiki diri.. tak pernah terlewat untuk bertaubat selagi nyawa belum ditarik.. tiada istilah bertangguh dalam kembali kejalan diredhai allah.. sayangilah sunnah2 nabi.. ikutla mana yang termampu..

andai rasulallah s.a.w bersama kita, apa yang ingin kita katakan??

kisah seram di melaka

geng bas skolah.. yang mamat manja belakang che' tu
mana nak konvoi sama 
melaka pulak destinasi pelancongan seterusnya, yang pertama tahun ni, 2013? jadilah.. walaupun balik hari...hehe.. nak ke pengkalan balak asalnya tapi ikut shortcutla.. masuk ikut pedas linggi.. shortcut akhirnya bertukar menjadi long cut.. fuhhh... jauh kemain.. siap u turn dua tiga kali.. tanya akak goreng pisang tepi jalan, ikut kanan.. tanya pulak bro naik moto nak masuk ladang kelapa sawit ikut kiri.. haaa elok.. letak dua2 tu sebelah2.. boleh bawak bergaduh tu.. last2 tanya abang tm yang tengah buat keja, nampak kepala je dari saluran kabel tm tu, pun. arah yang ditunjukkan masih tak boleh dipercayai.. patah balik kalu, van2 tm pun pun hilang sudah tanpa kesan..

last2 uturn punya uturn, minyak pun tinggal nyawa2 ikan, singgahla kat stesyen pam jenama kurang popular(*baca tak ingat jenama).. tanya akak petrol pam, barulah dapat jalan yang benar.. jalan yang tak memerlukan kemahiran uturn yang tinggi mahupun highbeam lembu2 sesat yang ingin melintas jalan.. barangkali lembu2 itu adalah lembu2 senior di melaka, mana taknya.. orang bawak lori ke, motosikal berkuasa tinggi ke, ada diorang kisah.. yang penting aku nak melintas kata lembu itu dalam hati...

sini peristiwa pahit itu berlaku.. kah3
adalah kot dalam pukul 4 gitula kalau tak silap sampai ke rumah mirul tu.. asalnya niatnya nak pergi kenduri tahlil, ikut tentatif lepas zohor.. tibanya rombongan ni sampai pun pukul hampir2 asar, maka niat untuk sama2 join majlis tahlil ke lautlah jawapnya.. kah3.. tapi sampai2 je si ogee, ila dgn saz member yang p skali main bedal je lauk2, nasi2 tanpa ada sekelumit pun perasaan segan.. apa nak buat.. lapo kot.. dalam keta masing2 cover perut je yang dah berbunyi berbagai irama.. lagu hafiz feat siti nurhaliza punya rentak pun ada kalau dengar betul2..

habis je makan sume, dengan seorang dari mereka bedal 2 ketul ayam, tumpahkan air bandung atas meja gelojoh sangat haha, terus p melepak kat tepi pantai.. pengkalan balak la katakan,.. tak singgah pantai dia seolah-olah pegi makan nasi ayam, tapi xnak ayam.. gitu lah lebih kurangnya.. jangan ingat segala jenis peristiwa2 aneh berkesudahan di kisah2 sebelum ini.. kadang2 tu kita faham tepi pantai ni angin dia memang kuat sikit apatah lagi ombaknya yang bergulung-gulung seperti ombak rindu.. tapi takde angin takde ribut, salah sorang dari kami yang pergi ni, sorang boleh tergolek jatuh lalu berdarah kakinya..
ni lah mirul.. yg depan spontan barangkali posing gitu..

mula2 kesian, selang dua tiga saat lepas kejadian, maka tergelak terbahak-bahaklah menyaksikan kejadian seumpana ini berlaku.. hahahahaha.. kesian kita tolak ketepi.. gelakkan itu lebih penting.. kah3.. orang lain ok je, dia boleh tergolek.. seb baik tak terus jatuh kelaut.. kalau tak, lagi panjanglah kisahnya.. tulah.. excited sangat nampak laut.. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, eh?!ada kena mengena tak??




apapun, yang penting, pegi jalan mana sekalipun, solat jangan tinggal.. ini kot mungkin kesimpulan untuk entry kali ni.. dah taip berjela-jela kat atas, nak stop tak reti.. jadilah.. mungkin lepasni, kalau n p melaka masuk ikut pedas linggi, boleh pegi tanpa gps kertas itu sudah.. kui3.. assalamualaikum =)

malam cinta rasul 2013

peminat habib syech =)
alhamdulillah join malam cinta rasul buat kali yang kedua, lepas yang pertama kat masjid ass-syakirin kat klcc tahun lepas.. kali ni punya? ya rabbi.. best ya amat2. penuh stadium badminton cheras tu... anggaran yang hadir dalam 10 ribu orang.. bayang la 10 ribu orang punya sholawat.. mau tak bergegar stadium tu.. hehe..

majlis2 gini yang dulunya jauh sangat rasanya dengan budaya masyarakat kat malaysia ni haa, kini nampak sangat perubahan dan orang mula mencari hiburan2 gini yang pastinya lebih bermanfaat dan penuh dengan barakah dan rahmat. insyaallah.. suara habib syech, sesuai pulak dengan sound sistem canggih memang padu menusuk hati.. diiringi dengan palunan alat muzik memang menjadikan yang menonton kat bawah pun bertambah semangat.. sat g che' selitkan sikit video live segar dari ladang punya.. hehe..

hampir 10k orang.. alhamdulillah..
antara yang glamer sudaa kat malaysia ni haa, macam sholatun bissalam, ya hanana.. best.. bila dapat ikut sekali.. seb baik diorang edarkan buku.. mana yang tak ingat tu boleh jugak ikut skali.. yang pastinya, time ya hanana, sume pakat zikir serentak.. rasanya? fuhhh.. yang ada dalam tu je boleh faham apa che' cuba sampaikan.. kui3..

yang anak buah tu, siap budak2 tahfiz kat situ peluk dia kuat2..  geram kot tengok budak umur 3 tahun boleh ikut zikir2 sholawat ni, kenal habib ali, habib syech.. hehe.. masuk tv3 pulak.. duk cari gak muka sendiri kat tv3 malam tu kat berita.. tapi xde plak.. kih3.. anak buah je masuk tv... 

moga majlis2 gini dapat menjadi kunci buat mereka untuk mencintai Rasullallah s.a.w.dan lebih ramai dari kita mula untuk mengenali Rasul tercinta dan mendalami akhlaknya dalam perlakuan seharian.. baginda merupakan contoh dan idola terbaik untuk kita ikutkan.. bukan nya malaysian idol.. kui3..


* pasni nak buat kat stadium merdeka.. harapnya 10 ribu jadilah 100 ribu.. hehe.. insyaallah.. moga allah membuka hati2 kita untuk join majlis best kebaboom gini..

Habib Syech Malaysia Tour 2013

menahan rasa kecintaan dan kerinduan kepada satu majlis ilmu yang bakal diadakan di stadium cheras memang sesuatu yang tak terungkapkan... penangan majlis pertama kali che' pergi di masjid as-syikirin di KLCC haritu benar2 memberikan kesan serba sedikit..

habib syech nak mai lagi rabu ni... yahoooo!!! =) x sabaqnya rasa nak menunggu untuk berada dalam majlis yang penuh dengan barakah, majlis sholawat nabi yang benar2 boleh membasahkan hati yang sudah keras dan hitam dek penangan dosa2 yang setiap saat tak pernah terlepas...

moga majlis kali ni dipermudahkan, dilapangkan masa untuk memperuntukkan masa sikit untuk majlis sholawat yang sekali sekala diadakan.. majlis yang dipenuhi dengan akhlak2 nabi, pakaian2 nabi, dan adab sopan santun nabi s.a.w.


jomla geng, ramai2 meraikan kecintaan kita kepada nabi dengan sholawat sentiasa kepada baginda nabi s.a.w. bak kata habib syech, setiap dari hati2 kita ini sebenarnya sentiasa bersama dan bersatu jika kita berselawat kepada junjungan besar nabi s.a.w.

tips hidup bahagia anda tak pernah baca?

amboih ko, tajuk takmo kalah.. hehe... bukan apa, sebab che' perhatikan terlalu ramai dari kita2 ni yang menjalani hidup rumit, sampai kadang2 entah lupa nak bernafas dan merenungi yang kita ni robot ke manusia? hidup yang terlalu rutin dan berulang-ulang dengan perkara yang sama sangatlah bosan dan memerangkap diri berada dalam satu suasana yang sangat menjerat diri..

pernah dengar istilah murung? ada yang bukan setakat pernah dengar, tapi tengah mengalaminya sekarang.. adoiyai... murung bukanlah satu sifat tapi ianya adalah satu penyakit... penyakit kalau tidak jumpa ubatnya akan memudaratkan dan akan menjadi kritikal tanpa kita sedaq,... itu yang kita tengok ada orang yang boleh senyum sorang2 ketawa sorang2.. ( terkecuali pada sorang member che', ila-bukan nama sebenar.. dia ni memang suka senyum gelak sorang2 dalam opis tanpa sebab)

salah satu punca hidup kita ni muram dan suram dalam pandangan che' ialah


  1. suka skip part hidup yang kita lalui sekarang.. paham dak? contoh sikitlah sepam dua>> bila lalui zaman anak2, tak sabaq nak lalui hidup orang dewasa.. banyak bergaul dengan teman rakan sebaya, sehingga rasa malu untuk bermanja-manjaan dengan parents, dengan family.. bila lalui zaman bujang, skip sebab nak rasa hidup berpasangan.. last2, bila yang lain seronok enjoy dengan teman sebaya, kita terkongkong dengan pasangan masing2.. bila lalui zaman belajar, x sabaq2 nak keja, tengok belajar entah kemana, kerja takat tu je.. apapun, jangan lari dari sesuatu.. face it like a boss.. 
  2. hanyut dalam kebahagiaan ciptaan sendiri.. bahagia ni ada dua, bahagia yang ke syurga atau bahagia yang ke neraka.. haha.. kejam pulak statement ni.. tapi itulah hakikatnya.. seronok itu sebenaqnya perlu dipandu dengan agama.. jika kita berseronok tanpa guideline, pasti, PASTI!!! akan dalam diam merosakkan diri dengan terus hanyut sampai nak patah balik agak sukar.. habit ini adalah satu yang menjadi hukuman pada diri dalam diam.
  3. asyik sangat2 pandang keburukan orang lain.. bila kita mula tengok orang, kita berprasangka buruk je, semuanya buruk2 belaka,sedaqlah.. kita dalam keadaan sedang merosakkan hati. kengkadang tu sampai kita terlupa buruk aib diri sendiri ni haa.. bila mula rasakan diri ini perfect, itulah kelemahan terbesaq dalam diri sebenaqnya..sentiasa perlu wujudkan ruang untuk menerima kelemahan diri teguran dari orang lain.
* kata kuncinya adalah bersyukur.. apa jua yang kita ada hari ni, jika kita bersyukur, kita akan menghargainya, kan?