akhir 2013 =)

tahun berganti tahun, usia meniti masa tak terhentikan, moga segalanya akan lebih baik dari semalam.. insyaallah =)

2013 telah meninggalkan macam2 perkara yang terlalu banyak warnanya.. samada yang cerah, yang gelap, yang menyeronokkan, yang menyedihkan.. ada hubungan yang baru bermula, hubungan yang dah berakhir.. liku2 kehidupan tu.. biasalah..

moga 2014 yang mendatang, akan menjadi tahun dimana sy akan menjadi seorang yang lebih tabah, tidak terlalu lurus dan polos, dan moga emosi ni akan bertambah stabil dan lebih matang dalam membuat keputusan dan tidak jadi seorang yang tidak tetap pendirian.. moga segala nya akan baik2 aje lepas ni..

tak tau nak habaq macam mana, 2014, bakal menjadi tahun yang akan berlaku banyak perubahan pada diri sy.. moga semua perubahan2 ini dipandu oleh agama dan syariat islam.. jangan lah jadi terumbang ambing dengan perubahan yang bakal berlaku, insyaallah =)

Utagha Trips (Perlis)

bulan ni boleh dikatakan bulan berjalan sedunia mungkin.. merata berjalan bulan ni.. syok tu haruslah.. nak2 berjalan arah utagha tuh.. memang bestla... jumaat sampai ahad kat perlis.. rabu p penang pulak.. dah macam dekat sangat pulak kan macam p shah alam jer.. haha

p perlis aritu sebab nak menghadiri majlis kawen member keja.. planning p sana boleh dikatakan memang spontan la.. dalam tempoh beberapa minit jer terus kira jadila nak p sana... memang kira spontan ler kiranya... settle.. rancang2 ni biasanya memang tak jadi punya.. berdasarkan pengalaman... kui3..

kendurinya hari ahad, tapi takkanlah tentatif nak ke majlis kawen jer yer dak? haruslah berjalan kat semua tempat2 menarik dekat perlis.. maka sampailah tempat2 macam Gua Kelam, Padang Besaq, empangan apa entah.. nak dijadikan cerita, kamera yang dibawa charger nya hilang.. jadi selagi charger nya tak dibeli, * mahal pulak tu, selagi tulah tak diupload gambanya.. seb baik ada fon.. mana yang sempat snap guna fon jela sy upload yer..



gua kelam ni okay laa.. cantik dalam dia.. sayang seribu kali sayang, gambaq semua dalam kamera itu.. haiyoooo.. sadisnya.. dahla dalam ni kira tersnap gambaq yang memang worth it la untuk disimpan.. member ni laaa, dia main snap je gambaq dalam tu suka2.. tetiba dia tersnap gambaq jadi lain macam sikit.. ada macam aneh sikitla pic yang diambil tu.. dia snap lagi sekali, ternampak jelas kalimah Allah dekat dinding gua.. harus p cari cepat ni charger ni.. boleh jugak kongsi gamba tu dengan korang, yer dak? =)

jumaat tu kiranya bermalam dekat rumah pak mentua kawan opis ni haa.. umah dia pulak cantik, ada laman tepi rumah, dan makcik tu minat pulak dengan kucing.. memang harus lah syok kan.. wa kan peminat kucing tegar.. ada kot dalam 6~7 ekor gitulah.. comel2 semua.. rasa macam nak gigit2 je perut diorg. tapi duk umah orang kan, haruslah dicontrol perasaan ingin menggigit perut kucing2 tersebut..

tepi tu pulak ada pokok kelapa, banyak kelapa muda pulak tu.. waa.. cuaca panas, terasa tekak ni meronta-ronta untuk diisi dengan ayaq kelapa fresh... maka berlaku lah kejadian yang dimana sangat2 segan la dengan orang sana..org KL @ midvalley aka kawan cheq, memanjat pokok tersebut dengan gaya bebas.. mula2 tengok tak confident juga, tapi kira berjayala lepas bantuan tangga digunakan.. haha.. *gambaq sekiranya agak kurang sopan maap ya.. kui3..



















gambaq kanan tu la paling senonoh sekali dalam bebanyak gambaq ni sebab ada daun cover.. kui3..

dah sampai perlis kalau tak pekana laksa sepam dua boleh kata macam p bandung tapi tak shopping la.. gitu lah perumpamaan yang paling tepat sekali.. betul dak? kalau tak jelas lagi tak taula... kat perlis ni, laksa dia memang unik sikit.. kalau belah2 kedah tu, kuah dia pekat sikit.. sini kuah di cayaq sikit.. tapi dua2 pun sedap.. best2.. lepas lah rasa mengidam dapat pekena laksa dua mangkuk.. siap bungkus lagi sekilo laksa bawak balik KL.. haha..


amacam? ada terliuq dak tengok gambaq di atas? nak rasa laksa gini, haruslah ke sana dengan kadar segera.. bukan jauh sangat pong.. beberapa ratus km aje.. =)

pengantin tak sampai, kitorang rasmi dulu bergambaq kat pelamin =)

berani dah kan guna tema hitam putih.. baru lah nampak eksklusif , kan?
ini je pong destinasi yang punca sampai perlis nya.. haha.. tapi yang paling sadis, gambaq pengantin takde.. amacam? haha.. sabaq jela.. kamera habis bateri, charger takde.. nak wat guaner.. gambaq pelamin pun jadilah.. gambaq pengantin, korang bayang kan jela.. boleh gitu? kah3.. ok, till next entry.. trip keja ke penang.. bye2 =)

penting nya bantal di ruang pejabat anda.

Gambar adalah gambar sebenar
bantal di ruang pejabat bukan sebuah perkara yang asing dikalangan ramai antara kita.. biasanya ia adalah simbol kepada malas atau sewaktu dengan nya.. sedarkah anda bahawa bantal di pejabat juga merupakan salah satu daripada sumber inspirasi untuk menyiapkan kerja2 anda yang menimbun..

1) bantal merupakan tempat untuk anda menyandarkan tulang belakang anda agar mendapat postur tubuh yang betul dan mengelakkan sakit belakang.. ini kerana kebanyakan kerusi di opis anda dan anda2 sekalian, kerusi itu direkacipta untuk menyelesakan tulang belakang hanya untuk beberapa jam sahaja.. jadi penggunaan bantal boleh menambahkan keselesaan tersebut untuk tempoh beberapa jam lagi


2) penggunaan bantal untuk merehatkan tangan dalam menaip menda2 di komputer anda juga boleh mengurangkan ketegangan urat kerana terlalu pressure di pergelangan tangan.. dengan adanya bantal untuk menampung tangan anda, ini akan mengurangkan rasa tekanan di pergelangan tangan. *betul ke ni?


3) bantal juga menimbulkan suasana2 bilik anda di ruang kerja anda.. ini menimbulkan keselesaan pada ruang mental anda dan memberikan suatu bentuk pemikiran yang seolah-olah anda bekerja didalam bilik.. cuma jangan lah dibawa bantal peluk dan tilam seumpamanya.. nescaya anda akan diberikan kebebasan oleh bos anda untuk berada di dalam bilik anda 24:7 sebagai penganggur kehormat.


4) adanya bantal ditempat kerja adalah satu kelebihan kepada mereka yang sedang berdiet..
ini adalah kerana anda boleh bawa bantal anda tersebut ke ruang stor dan tidur di stor tersebut selama sejam ketika orang lain melantak di bawah@cafe ketika lunch hour.. cuma ada kalanya terlajak tidur di stor, ketika keluar dari stor tersebut buat2 pegang apa2 fail dan buat muka letih mencari fail.. ada kemungkinan untuk tidak disergah oleh bos,, *peringatan!!!sapu air liur basi anda
ketika ingin melakukan aksi ini.


*kecik besaq kecik besaq je nengok bantal ni.. mood tuesday blues =)

Love without condition

antara sebab ramai yang mula meninggalkan dunia blog ni sebab bagi che' ler... paling utama sebab dia sebab minat.. dulu asalnya buat blog sebab ikut2 orang.. semangat gini biasanya memang tak tahan.. hehe.. berblog ni perlu ada minat, masa dan rasa untuk berkongsi...

tambah2 lagi jika niat berblog semata-mata nak kejar follower dan populariti semata... menulis dan berkongsi seuatu ni kita kena harapkan tanpa balasan apa2... macam sesuatu hubungan la, biasanya hubungan yang kekal dan bertahan lama adalah hubungan tanpa syarat...

bila kita sukakan seseorang itu disebabkan sesuatu sebab, kerana rupanya, kerana duit dia, kerana apa jer ala
san melainkan sebuah keikhlasan dalam mengenali dan rapat dengan seseorang, percayalah,.. jika sebab itu mula hilang, hubungan kita dengan dia pun pasti akan renggang.. cuma masa jer yang akan menentukan bila hubungan itu akan berakhir...

jadi, nak pupuk balik rasa ingin berblog, betulkan niat tu, insyaallah semangat tu mai balik... insyaallah.. belajarlah merekodkan segala sesuatu sebab semua2 hasil tulisan kita harini mungkin membuatkan kita teringatkan balik masa lepas yang tak mungkin akan kembali , kan? =)

Samsung Chromebook Malaysia review

alhamdulillah, pertama kali menghupdate menggunakan chromebook yang selamat dipinang dengan bismillah semalam... menda alah menda pulak natang chromebook ni? haha.. ok , kita mulakan dengan bismillah juga pagi2 jumaat ni untuk menerangkan serba sikit pasai chromebook oleh samsung bernaungkan goole.. aiceh.. bahasa tercanggih la pulak.. biasala.. sejak menceburkan diri dalam hobi membaca novel2 mengarut dari fixie tu..

mesti biasa dengan windows (xp,7, vista,8 etc) dengan mac (osx etc), chromebook pula boleh dikatakan sebagai os.. rekaan dan fungsi yang minimalistik tak macam os seperti yang disebutkan sebelum ni tu, jadi boot time untuk menda alah chromebook ni alahaiiii.. laju baq hang.. dalam masa kurang 10 saat, dah boleh terus menggunakan laptop ni dengan jayanya selepas kita on je laptop ni..

chrome os juga boleh dikenali sebagai cloud base os.. semua data2 dalam laptop ni tak disimpan dalam ssd laptop tapi semuanya akan tersimpan dalam dropbox ataupun google drive.. untungnya bila pakai produk anak emas google ni, dia siap bagi free lagi 100 gb ruang storan dalam google drive.. best nya la hai.. ok macam ni.. katalah kita buat nota dalam google doc kat laptop, automatically pada semua pc yang kita on gmail dengan google doc automatically sync.. jadi mudahla kiranya pc @ laptop teringgal kat rumah, kita boleh sambung nota tersebut pada mana2 pc yang ada sambungan internet dan boleh access ke laman google..

sedaq tak sedaq, semua yang kita perlukan dalam sebuah laptop adalah browser.. chrome pulak tidaklah mengecewakan.., kan? cer tengok browser apa yang korang2 ni tengah gunakan kan.. dalam dunia pekerjaan, simple is better.. untuk main game apa semua dalam sebuah laptop bukan masanya lagi dah.. boleh kata pencen dah zaman2 game kat laptop ni.. kui3..

chromebook ni pulak abaq ang, keyboard dia superb.. ala2 macbook..boleh kata sama la dengan macbook air punya keyboard.. jadi nak menaip pun puas aje.. takla menaip kat ipad .. memang dah laju juga sebenaqnya nak kira menaip kat keyboard dia tu sebab dah biasa amik nota guna ipad, tapi kepuasan pada menaip dengan keyboard yang hakiki ni, kepuasan dia lain macam... kih3..

goole claim laptop ni boleh tahan bateri dia dalam 6 jam.. kita tengok arini performance dia guaner.. kalau boleh ler tahan 6 jam lebih kurang, kan best.. takla nak cucuk je plug tu.. guna laptop pun sebenaqnya untuk boleh bwk mana2 senang.. kalau nak mencari plug tu kan dah jadi satu keja pulak.. berbalik pada chrome os ni, dia akan automatik update ke os yang baru.. xlah susah2 kita nak p cari update dia di merata-rata tempat..kan? sedaq2 dah update ke new version.. simple and easy.. alahai, indahnya dunia..

nak tengok video simple pasal chromebook ni boleh ketik butang play pada video kat bwh ni ya =)


ada apa2 yang nak tanya pasal chromebook ni, cer tanya je.. wa tak makan orang punya... =)

berprasangka baik, adakah ia sebuah retorik?

bersangka baik ni sebenaqnya sangat dituntut.. orang yang jenis sentiasa bersangka baik ni sebenaqnya mempunyai pemikiran yang positif berbanding dengan orang yang bersangka buruk memanjang, memang dia akan semestinya berfikiran negatif... mengundang orang untuk membenci itu haruslah..

mengapa harus memandang yang buruk2 aje pada seseorang... susah sangat ke nak bersangka baik? tak rugi pun.. sikit pun tak rugi.. apa yang kita gambarkan pada orang sekeliling kita itu lah sebenarnya mencerminkan hati kita.. baik kah buruk kah.. bila kita duk bersangka buruk, nak taknak, pasti mai sikap dengki mendengki.. dia menyusul la kira nya.. jarum hasutan syaitan itu sangat halus.. kita takkan perasan punya...

tapi percayalah.. selagi kita ni jenis yang sentiasa bersangka buruk, tidak positif dan jujur dengan diri sendiri, pasti makin sukar kebahagiaan tu nak mai.. kebahagian dengan bersangka buruk ini ibarat nya seperti magnet yang bersamaan kutubnya.. pasti akan sentiasa menolak antara satu sama lain...

ambil sedikit masa muhasabah diri, rendahkan ego, terima nasihat dengan hati terbuka bukan dengan memberontak, insyaallah, sikap bersangka baik ni bukanlah susah pun nak kita terapkan dalam diri..


*Retorik tu menda? sedap bunyinya..

Teori vs Praktikal

saya ni memang minat baca dengan tengok apa2 aje buku ataupun video yang menerangkan tentang konsep hubungan sesama manusia ataupun bab2 berkaitan dengan psikologi.. memang tajuk yang sangat2 menarik hati dan bila baca je, mesti rasa macam oooo.. gitu rupanya cara nak counter masalah tu, masalah ni.. bila kita kaji tentang cara kita berhubungan dengan orang dan cara nak merperbaiki sesebuah hubungan misalnya, segalanya nampak idealistik @ sempurna..

realitinya tidak.. hehe.. bukan semudah itu untuk kita apply cara2 yang buku duk ajar nu haa..yup, memang membantu tapi bukanlah 100%.. sukar nak praktik kan sebab manusia ni bertindak balas bukan dengan satu cara yang sama.. lain orang, lain ler ragamnya.. jadi nak tak nak, kita sendiri kena pelbagaikan cara untuk menegenali lantas mengetahui cara terbaik untuk memperbaiki sesebuah hubungan.. hurm................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

*motif entry ni, camne nak pujuk orang merajuk ni woi.. adoiiiiiiiiiii

sony smartwatch 2


waa2.. kalau boleh kan dunia teknologi ni semua nak smart2 blako.. sikit2 teknologi mula diserapkan pada menda disekeliling kita... kalau boleh peti ais pun nak di'smart'kan.. (*ke dah ada smart refrigerator?rasa2 dah ada).. nak buat macam mana, teknologi tak pernah tunggu orang ramai dah bersedia ke belum ke arah itu.. nak2 zaman2 ni, perkembangan teknologi sampai dah tak terkejor yop.. jadi kita janganlah jadi hamba teknologi.. tapi jangan sampai tahap tak amik tau pasal teknologi.. tu lain dah tu.. cuba keluar dari tempurung, celikkan mata tengokkan perkembangan teknologi secara positif bro..

ni la ni trend smartwatch pulak.. kenapa smartwatch ni cepat mendapat perhatian para pelopor teknologi macam apple, samsung, sony dll? sebab ia adalah satu bentuk pasaran yang sangat luas.. kebanyakan dari kita memang pesen pakai jam.. tak pakai rasa macam tak lengkap je.. macam pakai seluar takde tali pinggang.. mcm tu la perasaan dia..

konsep smartwatch ni mudah je.. dia macam extension kepada screen henpon jer sebenaqnya.. jadi mudahla nak tau update dari fon tanpa perlu menghadap enfon tersebut.. konsep ni sangat bagus sebenaqnya bila kita perati bila contoh dalam situasi makan bersama family, yang dihadap oleh mereka2 di meja tersebut adalah henpon masing2 dan bukanlah makanan semata-mata.. ini adalah sangat menjengkelkan(*ceceh, canggih pulak ayat)..sekurangnya bila tgk update kat jam tu, taula mana penting mana idak penting.. jadi tak perlulah nak belek je fon tu.. lama2 tengok, kecik besaq kecik besaq je fon nu haa..

tapi mengapakah sony smartwatch 2? mengapakah... mengapakah!!!aisey ter berdrama pulak.. sorry2.. dia macam ni kisahnya.. duk teringin nak pakai jam smart ni dah laaamaaa dah(baca dengan nada dr mahathir).. tapi duk buat kajian sana sini, bacaan sana sini, youtube channel berkisarkan dunia smartwatch ni, maka buatlah keputusan dengan semasaknya untuk memilih sony smartwatch 2... kena pikiaq masak2 woo sebab pelaburan yang bukan sikit.. mahal lagi menda alah smartwatch ni..

sebelum menggunakan smartwatch, kita kena tau fungsi asas sebuah jam itu apa dia sebenaqnya? haruslah menunjukkan jam lah kan.. apalah ertinya sebuah jam jika tidak dapat menunjukkan masa pada setiap masa ataupun ada sleep mode.. maka sia2 lah kehidupan jam tersebut.. kedua, kalau boleh, biaqlah bateri dia tahan lama.. seminggu masa bertahan untuk sebuah smartwatch tu cukup lama dah... takkanlah jam kita nak cas hari2 yer dak? ketiga, biaqlah sekurang-kurangnya waterproof..takkanlah setiap kali nak basuh tangan, nak bawak moto waktu hujan lebat misalnya, kena tanggalkan.. agak tidak praktikal disini.. kan? kan..haa..

sony smartwatch 2

selain dari smartwatch dari sony ni, ada lagi pesaing2 lain seperti pebble watch, galaxy gear, cuckoo watch dll.. masing2 ada kelebihan masing2.. norma alam, setiap produk tu ada lah pro and cons.. pandaila pilih mana yang lebih memenuhi keperluan masing2.. contoh sony smartwatch ni.. ruang untuk aplikasi menukarkan cara kita menggunakan smartwatch adalah sangat luas.. cer bayangkan macam kita tengah naik moto, maps untuk kita sampai ke destinasi yang dituju terpapar pada smartwatch.. kan memudahkan tu.. nak tau speed GPS, pun tengok pada jam aje.. nak tengok gamba2 dalam fon, tgk dalm jam je.. macam gunakan kamera, imej akan terpapar pada jam.. mudahla nak tangkap gamba dari jauh, snap dr jam aje..nak jadi spy pun boleh ni..haha..lagi?x boleh nak angkat fon sebab dalam meeting, reply guna sms dari jam aje, dan banyak lagilah perkara yang memudahkan.. cuma kena explore sendiri je.. tapi macam che' asalkan dapat notifikasi dr whatsapp, call mesej dll pun cukup dah.. yang lain tu pakai cuma tak kerapla...

jadi, berminat nak pakai smartwatch? buatlah bacaan sikit untuk tahu produk mana yang lebih sesuai.. jangan terburu-buru dalam buat keputusan,.. rileks brader.. brader rileks.. xkan lari gunung dikejar..kui3...

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain


cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini..

  1. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa..
  2. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri sendiri
  3. susah tengok orang lain senang, dapat pujian, etc2. panas hati je tengok orang lain senang.. nak jugak menyusahkan orang tersebut..ini pulak nama saintifik dia dengkhianat.. bahaya woo orang gini.. ada ciri2 gini, elakkan dari rapat dengan beliau..
  4. suka hasut orang lain untuk jadi sama pesen dengan dia.. dahla suka tikam belakang org, ajak org lain tikam gak.. hai, kadang2 kita tak perasan yang kita berubah sebabkan bergaul dengan orang yang salah.. kita ni sama je dgn kawan kita ni haa... salah kawan, merasalaa.. silap2 kita pulak yang ditikam..
cukupla 4 dulu basic thing yang boleh kita kesan dengan para penikam belakang orang.. sedikit nasihat ringkas, apa yang kita buat dekat orang, jangan ingat ia tak mungkin berlaku pada diri sendiri.. karma itu wujud.. what u give, u get back lorh.. its a matter of time bro! =)

tinted hitam?

dekat malaysia ni banyak undang2 aneh yang boleh dikatakan tak sesuai nak dikuatkuasakan disini.. salah satunya yang che' perasan ialah ngapain kereta tak boleh digelapkan aka tinted hitam.. yer mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan tinted hitam tak dibenarkan.. tapi berdasarkan kajian che' berdasarkan ilmu2 logikal dan spontan semasa bawak motor di jalan yang sesak dengan jem, timbul beberapa point yang pada che, perlu diambil kira untuk membolehkan tinted gelap dibenarkan dibuat di Malaysia.

  1. cuaca yang sangat tidak sesuai.. cer bayangkan anda membawa kereta di tengah kota raya pukul antara 12tgh hari ke 3 petang dengan cuaca panas terik yang sangat menyilaukan mata.. fuhhh.. memang sangat2 membantu jika tinted gelap dibenarkan.. kurang sikit bahang panas terik cahaya matahari tu.bawak keta pun tak mengantuk.. sebab kalau perasan, bawak keta dengan cahaya matahari yang terik boleh buat mata layu jeee..
  2. keselamatan.. sekarang ni banyak betul kes samun.. dulu pejalan kaki banyak jadi mangsa, la ni yang bwk keta pun dia pecah je cermin amik handbag kat sebelah driver.. ada tinted gelap ni susah sikit penyamun nak jenguk apa ada dalam keta.. tambah2 kalu di tahu orang perempuan yang bawak keta, lagila berani dia nak menyamun.
  3. kereta sepatutnya menjadi satu tempat privasi untuk kita yang duk dalam dia(*aiyoyo, ayat ada pusing2 juga).. haha.. ada paham kan? baguih.. tapi yup, kalau ada tinted gelap ni, nak makeup2 pun takla segan orang sebelah duk mengintai.
  4. tinted gelap juga boleh menghalang kes pecah kereta time parking.. radio cap ayam pun orang boleh pecah cermin nak curi aksesori dalam kereta.. janji boleh jadi duit.. haa.. penyamun2.. kalau tak nyusahkan orang tak sah..
 cukupla point spontan che dapat time bwk motor dalam jem.. ada point lain
nak tambah dipersilakan.. btw, kereta2 vip tu digelapkan pun sebab keselamatan kan.. apa lah salahnya untuk orang awam diberikan kelebihan yang sama.. nyawa kami ni pun sama penting woo..

Parut

well, menda parut2 ni? nak jual ubat parut kah.. haruslah bukan.. che' bukanlah penjual ubat ataupun pengasas multilevel marketing menjual ubat ajaib yang xde asas2 perubatan, tapi boleh menyembuhkan 1001 penyakit.. tapi dari dia punya promosi, dari tak percaya boleh tergoda nak beli woo..

macam ni, kita semua ada parut kan? kadang2 parut2 ni boleh mengembalikan memori yang entah makan masa bertahun-tahun lamanya.. setiap kali kita tengok parut tu, tupp, terus teringat kat memori tersebut.. sebagai contoh ler, ada satu parut kat lutut che' yang mana setiap kali che' tgk je kat parut tu, mesti teringat satu peristiwa 6 tahun yang lepas masa tingkatan 5 dulu.

parut tu terjadi pasal satu jaringan yang che' score dalam satu perlawanan bolasepak antara kelas dalam liga bola sepak kat teknik kajang dulu.. amacam? style tak.. kui3.. sembang macam la jaring gol peringkat kebangsaan.. haha.. tapi ok hape.. bukan senang woo nak jaringkan gol yang sebenarnya melayakkan kelas 5pkmu untuk berada di tempat keempat dalam sekolah.. takdela nak eksen sangat tapi ok what... kih3.. tula sebab nya parut ni ada ceritanya sendiri.. salah satu darinya laaa..

tapi itulaaa..
sedangkan parut yang nampak ni ada cerita dia, apa lagi kalau parut dalam hati ni yer dak? bukan senang2 je nak buang atau lupakan.. kekal sampai bila2.. aisy, macam mana la nak sembuhkan balik parut yang kalau boleh taknak ingat langsung pasal memori yang satu ni.. =(

nokia 3220 classic

menulis lagi.. hai, rasukan semangat menulis apa entah tetiba rajin pulak nak menghupdate blog ni... mungkin sebab jasa baik dan baik budi bos yang membenaqkan blogspot ni dibuka di tempat keja... nak wat guaner.. gunakan sebaiknya harta company ni.. balik umah nak hupdate? idak ler.. kemalasan pasti akan melanda dengan jayanya.. nak bukak laptop pun rasa xde mood kalau dah sampai rumah nu haaa..

baru2 ni che' p beli benda yang dah lama che' idamkan.. setelah sekian lama duk cari, alhamdulillah.. sampai jugak ke tangan menda alah ni.. nak cari kat mesia ni, entah kat mana ler nak jualnya pun.. belum tentu jumpa.. kalau terjumpa pun kat jalan pasar tu, confirm kondisi dia sikit lagi je nak terbarai habis.. nak cari baru, rasa nya memang takdela dah.. seb baik tgk kat ebay sana, ada refurbish unit yang haruslah berbaloi untuk dibeli.. tapi makan masa jugakla nak sampai sini.. amik masa 2 bulan.. seb baik che' sabaq... =)

fuhh.. siap ikat tali tu

kemas diorg bungkus

Dia punya teruja nak bukak kotak ni, isy.. tak tertuliskan excited dia camne
nokia 3220.. hang ada? haha.. enfon ni banyak kenangan woo... sebab tu la kat orang lain dia mcm tak bernilai, tapi bagi che' , isy.. x dpt nak gambaq camne la happy nya bila dapat menda alah ni.. sat naa.. gambaq enfon dia ni che' attachkan.. bebudak sekarang tak sempat nak lalu zaman kegemilangan norkiah ni.. kita kasi refresh balik..

tu diaa.. dalam plastik lagi..

waaaaaaa.. dapat jugak akhirnyaaa!!!

*enfon harini semua takde design macam fon dulu2 kan? semua bentuk lebih kurang je.. cer tgk fon dulu, design macam2.. pelik2 pun ada.. flip up,rotate screen, lampu bagai.. argh.. nostalgia nya ingatkan masa kecik2 dulu.. sangat best feeling dia.. syukur jadi gen Y yang merasa perubahan zaman yang mendadak ni =)

raya 2013

alhamdulillah, pulang kembali ke tanah air selepas 2 minggu berada di luar negeri.. fuhhh.. perjalanan yang memakan masa lebih kurang 7 hari memang dipenuhi dengan berbagai kenangan pahit dan manis.. seronok woo bila berada bersama keluarga tercinta dan sanak sedara.. memang cuti yang benar2 dimanfaatkan lah..

baca perenggan atas ni nampak macam balik london je kan?haha..padahal.... luar negeri selangor aje.. luar negara lainlah.. sabo jelaaa... mintak maap la yer buat mereka yang tersalah paham.. saje je ngusik pagi2 ni.. bukan apa, sy ni memang suka bergurau kadang2... =)

7 hari cuti, puaslaaa berjalan.. cer bayangkan, dari kl~selangor~perak~kedah~perlis~sempadan thai~perak~pahang~kl.. pusing abisla... mau tak cramp kaki ni haa...kui3.. seb baik auto.. kalau clutch, mau tekan clutch kaki kanan sebab letih sangat kaki kiri.. kah3..

entry kali nak belanja gamba jerla.. nak menaip tak larat dah.. keja pun menimbun ni kat opis.. wat kenangan jela gegamba ni semua.. boleh ya?  =)


pjam keta sepupu bwk pusing kg memang heaven =)


atuk, nenek bersama cucu2 nya 


pemandangan di ladang anggur tasik beris

tasik beris, cantiknya view

menyambut kedatangan menantu dengan senyuman =)

hotel brasmana perlis... buluh betul tu.. 


along, abg arip bersama askar2

mak & abah yg comel

nama budak ni aqil darwisy


cameron sepam dua sebelum balik kl~~hehe


*errrr, ni blog ke album gamba.. keliru sudaaa =)

hobi abang2

ok adik2, ni abang nak cerita hobi baru abg.. mai singgah, mai singgah.. well, dulu waktu abang kecik2 dulu time skola rendah pakai baju uniform kaler putih seluar biru panjang, hobi paling otai sekali pun abg main bola getah.. bola getah tu biasa rege singgit kot, kena tikam dapatlah.. pastu baling kat lantai pastu dia pantul ke awan tinggi.. ikut pengalaman, life cycle bola getah ni adalah dalam 5~6 kali pantul je.. lepas tu kompem hilang masuk semak.. dah membazir.. esok p skola, beli lagi bola getah tersebut dan ulang2 la.. nampak sangat hobi ni sangat sia2 dan hai.. nak wat guaner, pemikiran budak2.. layankan jela..

15 tahun kemudian, abang dah umur 24 tahun.. takkanlah abang nak main bola getah tu lagi yer dak? malulah abang sebagai pemuda harapan agama bangsa dan negara.. maka anjakan paradigma haruslah dilakukan.. abang hupgrade hobi abang minggu lepas p jalan pasar beli sesuatu untuk dijadikan hobi... sat naa abang belek gallery enfon ni sat upload gamba.......













niat asal abang waktu beli menda alah ni betul memang nak bagi hadiah buat anak buah tersayang.. namun segala nya meleset setelah abang bwk balik opis nak test la kunun2 nya.. tapi apakan daya, hampeh gamaknya.. anak buah abang nampaknya dapat kapal terbang kertas jela.. acik mu dah terpesona dengan menatang ni.. best, boleh buat release stress di tempat keja..kui3.. sat gamba controller dia sat naa..



nak mahir kawal menatang ni sekejap je.. jatuh mula2 tu biasalaa.. tapi tak kisah,, bahan buatan dia nampak berkualiti je.. langgar meja, komputer, lampu hiasan, langgar orang, setakat ni pass lagi.. x menunjukkan kerosakan yang ketara laa.. okaylaa... nak tau rege dia berapa? haha.. kalau gtau pong bukan percaya nih.. hanya rm 50 sahaja.. murahnya aii.. pelik2.. kot2 ada yang nak start hobi ni, nak tanya apa2, sila2 kan lah =)

samsung galaxy mega 6.3 malaysia review


baca blog teknologi, teringin nak wat review benda alah teknologi.. memandangkan kos dan modal yang ada untuk membeli high tech punya barang seperti macbook pro 29 inci dan yang sama waktu dengan nya tiada, maka haruslah sedaq diri untuk buat review dengan apa yang ada aje.. wat masa ni menda paling canggih che' ada cuma hp yang pada orang lain gelarkan sebagai midrange phone.. bukan high end spec macam htc one dan samsung galaxy s4..

sampel gambar dari kamera 8mp mega
hp ni selamat dibeli dengan kerugian bernilai rm1699.. dengan harga gini dengan spec dan kelebihan yang boleh tahan, ia sangat berbaloi jika nak dibandingkan dengan note 1 @ n7000 yang dipakai sekian lamanya.. maka hukum alam, apabila hp mula buat hal, dengan screen yang alahai, usb cable x responsif dan perlu diadjust setiap kali nak cas, battery 1/2 day aje, maka haruslah ditukarkan jika kos merepairnya sahaja ya rabbi.. mahal
ya amat..

sampel gambar no 2 =) *cabaran utk mereka yang pose ! ;)
antara kriteria che' dalam memilih sebuah hp ialah screen dia.. che' suka hp screen besaq ni.. luas mata memandang, berat lagi dompet yang memikul.. apakah? merapu sudah.. tapi yup, hp pilihan ialah galaxy mega.. dengan screen 6.3 inci, boleh tahan besaq jugala, namun masih nipis tebal dia jika nak dibandingkan dengan hp2 lainya.. walaupun dia macam ala2 note, tapi tiada spen yang disertakan.. tapi xpelah.. sebab selama ni pakai note, pen tu sikit pun tak berusik.. daripada hilang kan, dah cacat pemandangan hp, baiklah takde langsung..settle satu masalah..

menggunakan android versi jellybean 4.2.2, entah kenapa lepas on hp ni buat pertama kali, dia update lagi daaa.. entah apa yang diupdatekan tu entahlaa.. belasah je.. menda free.. kalau update pun kena bayar, maka haruslah biar tak berhupdate.. membazir je..

tapi kan, banyak juga feature dari galaxy s4 yang ada kat mega ni.. antara yang menjadi puuujaan hatiku ialah feature macam, smart stay, airview, nfc, s beam, print screen guna swipe aje,etc.. syok juga melayan teknologi dr samseng ni..

untuk ketahanan bateri pulak, jika nak dibandingkan dengan screen besar gedabak ni, boleh dikatakan sangat tahan la.. untuk hp yang 24:7 on internet dan wifi, tahan dua hari tu kira okayla... cuma kalau heavy use dengan video nya, dengan anak buah pjam main game nya, sehari jugakla.. tu pun masih balance dalam 30%.. okla kan..3100mah pun tahan, mungkin sebab dualcore je kot.. kalau quadcore, belum tentu la tahan battery nya.. sebab makin power processor, maka makin kurangla ketahanan bateri dia..kan2?

memori untuk hp ni, 16gb, tapi xpe.. boleh buh microsd.. tapi rasa2nya cukup kot 16 gb ni.. bukan nya pakai banyak pon.. jarang guna sampai penuh.. kalau ada pakai memori sikit tu mesti sebab appliction hd.. tu la makan memori sikit...ok, bab memori sikit je sebab x menarik la cerita pasal memori..

apa lagi yang nak cerita pasal menda alah ni pun tak taula.. cover abis kot rasanya.. kot2 adala nak menanyakan soalan pasal mega ni sila2 kanlah..

yahooo!! raya..

lah, ada blog rupanya.. lupa sudah ada blog kecintaan ni. sampai lama tak berhupdate.. nak2 dekat pose barula teringat nak login.. so, kesimpulanya, silalah ingat kan blog anda walaupun apa sekali yang berlaku, kerana sekali ia dilupakan, maka beratlah terasa nak sign in dan menulis...

so, apa cerita? yesza, 3 hari lagi nak masuk bulan ramadhan.. yahoooo.. alhamdulillah, moga diberikan usia untuk sampai ke bulan yang perlu kita pulon, bantai abis.. bukan dengan makanan tapi dengan amal ibadah, insyaallah.. tau bulan2 pose ni, makanan2 pelik akan datang.. hatta makanan dari planet musytari pun akan muncul, buat kita terasa nak mencuba.. tapi rileks la brader.. jangan ikut sangat nafsu durjana tu..

apa hupdate yang ada eh? sat naaa.. haaa!, semalam duk pegi mydin cari baju raya utk mak abah dengan anak buah sorg, dah terbeli kad raya.. macam biasalah tahun lepas2.. kad raya kompem la tak lari dari tentatif program menyambut syawal.. terlalu awal beli?? haha.. malas nak kuar nanti time pose.. menganggu je.. fokus menda lain lagi bagus... kui3..

lagi, che' dah tukar fon.. haruskah bgtau kat sini?? haruslah.. wat kenang kenangan.. note tu lama pakai sudah.. sampai seru untuk bertukar yang lebih baik.. ciri2 nya haruslah screen besaq la yer tak.. enfon ni dia macam tv gak.. sekali kita dah ke screen besaq, screen kecik nampak tak puas mata memandang.. jadi, amikla galaxy mega.. besaq abaq hang screen dia.. 6.3'.. haha.. macam apa daa.. setakat ni pakai okay laa..


apa lagi nak diceritakan lagi ya? hurm, xde lagila kot.. nak menulis balik lepas lama tak menulis dia payah sikit sebenaunya.. tapi xpe.. pelan2 la.. nak dapatkan balik mood berblog balik.. yang penting apa? kita enjoy!! haaa, last, jadikan ramadhan ni sesuatu yang bermanfaat.. bukan macam tahun lepas2 okay... bye2.. wassalam..  =)

tutorial mengenali pasangan anda mithali ataupun tidak..

entry ringkas untuk mereka wanita2 diluar sana untuk mendapatkan suami yang mithali...dipersilakan untuk membaca okay =)


  1. suka bertempik, menjerit dan berbahasa dengan anda dengan kata2 yang kurang sopan, dan boleh menghampiri level biadap.. lagi kasar bahasa yang digunakan, lagi baguih.. ini menandakan dia sayang anda, tak kira lah betapa lama dia mengenali anda..
  2. suka meminjam duit dari anda, sehingga boleh dikatakan hampir tetiap kali anda keluar dating bersamanya asyik nak meminjam aje.. apa ada hal.. duit anda yang berlebih itu.. bagi jela pinjam.. sekali sekala burn dilupakan begitu saja apa salahnya kan..
  3. melayan anda dengan sifat acuh tak acuh.. beria kita mesej, dia balas nak x nak je.. asal ada rupa replynya seperti k, yerla..tu pun dah memadai ler kan.. nak apa lagi..
  4. suka mengambil kesempatan terhadap anda dengan penuh rasa tidak bersalah.. well.. sentuh2 sikit tu biasalah.. takkanlah dengan anda dia berani sentuh2, dengan orang lain dia nak buat perkara yang sama, kan?
  5. dengan dia, anda rasa bebas.. tak payah nak solat, x payah pikir halal haram.. waaa, indahnya dunia..tapayah nak fikir menda2 remeh gini.. barulah bahagia hidup..
  6. seorang yang merokok.. nak2 depan anda dia hembus2 rokok tersebut.. syoknya.. rasa macam kabus je bertiupan di muka..
  7. haruslah mempunyai sifat panas baran yang ketara.. silap sikit, syoknya.. kena bebel2.. sekali naik tangan di muka pun ok gak.. menyedarkan anda dari lamunan.. kira lamunan terhenti gakla ni..
wahai wanita, wanita yang berada di seluruh dunia, tak kira bangsa, umur atau rupa asalkan kau wanitaaaaa~~~lala... sini che nak berpesan, anda berhak untuk dilayan sebaiknya oleh seorang lelaki.. jangan kerana cinta, hormatnya kami kepada anda boleh dikurangkan.. tolongla.. anda selayaknya dilayan dengan sebaiknya.. 

kesian tengok mereka yang terlalu asyik bercinta sehingga tak nampak perkara ni.. aiyomaaaa.. why3?sebab tu che listkan sume ni.. sebab macam mana teruk pun pasangan ataupun bakal korang, cinta dan perasaan mengatasi segalanya.. nasihat pun bukan nya nak terima, kan3? 

dengar lagu Moldovan-Romanian lagi baguih.

dalam dunia ni, memang kita dah cukup serabut dengan masalah sehari-hari.. sampai satu tahap, bilamana kita rasa yang tak perlulah nak tambah apa2 lagi masalah yang ada, walaupun dalam sekecil-kecil hal..ini termasuklah dalam mendengar lagu.. kadang2 rasa baik dengar lagu yang langsung kita tak faham maksud dia dari dengar lagu yang perlu untuk kita hayati maksud2 dia.. ke che' sorang je yang rasa gini..kih3..

lirik2 lagu harini, amboih!! bahasa sastera tahap dewa.. memerlukan muhasabah diri ataupun bertapa untuk memahami setiap bait2 lirik lagu tersebut.. alahai, betapa serabutnya.. baiklah dengar lagu yang tak faham.. asal bunyi best sudaaa.. sebab tu macam dah jadi hobi pulak sekarang mencari lagu2 daripada sepanyol ke, sweden mana ke, bahasa ibunda uganda ke, yang penting tak faham lirik dia.. irama ni tak perlu untuk kita fahami maksudnya pun kadang2.. irama yang sedap ini universal.. entah2 lagu dari ceruk dunia yang tak pernah kita sampai itu lagi best dari lagu2 kat radio nun..

sekarang ni duk dengar lagu2 cleopatra stratan.. ha, bukan orang mesir ya... tak kenal pun sapa budak ni...sebenarnya baru nak kenal.. yang penting lagu ni best walau lirik lagu dia sepatah haram tak paham... rileks~~ santai~~ boleh gak jadi peneman2 tika key in dunning dalam nexoft.. tengokla power lagu ni boleh pegi takat mana... dah download lagu budak ni banyak dalam enfon.. boleh tahan la... duk ulang2 je nih.. sekali2 rasa macam dah nak terkeluar bahasa mexico(*betul ke mexico?!) dalam perbualan seharian.. kui3..



* apa lagi lagu aneh yang ada dlm playlist angpa?nak try dengaq.. =)

Entry pilihanraya lupa nak publish haritu

harini wa nak ulas pasal pilihanraya.. tau, dengar perkataan pilihanraya, lu orang sume mesti rasa nak termuntah kan.. wa, pun rasa perkara yang sama.. tapi apakan daya,.. sebagai seorang yang mempunyai blog dan blog ni wa punya, wa nak lepaskan rasa yang terpendam..

wa betul2 rasa kecewa dengan result pilihanraya kali ni.. namun, apa yang wa nak sampaikan ialah, wa dah tunaikan tanggungjawab wa sebagai warganegara malaysia dengan pergi mengundi di area umah wa kat sek men cheras jaya dan alhamdulillah, wa tengok ramai yang bersemangat turun p mengundi seawal pukul 7 sengah.. Wa kira antara mereka2 yang terawal laaa..

Apa pun, wa pasti, apa sahaja yang wa undi, undi itu adalah berdasarkan ilmu, pendedahan dan persekitaran wa sekarang. As long as wa respek pandangan lu orang dengan pegangan dan pilihan yang lu orang dah pilih, macam tu jugala wa mengharapkan perkara yang sama dari lu orang...

Kini, tanggungjawab wa dah selesai, dan sekiranya ini adalah keputusan yang terbaik, wa terima dengan hati yang terbuka.. Walaupun ada rasa ingin mempersoalkan keputusan pilihanraya tersebut sebab terlalu banyak perkara yang meragukan wa.. Cuma perkara yang banyak meragukan ni sah2 takkan masuk dalam tivi 3 dan yang sewakt dengan nya...

oklah.. wa cuma hupdate entry kali ni bukan dengan emosi cuma dengan rasa ingin menjadikan ia sebagai kenangan wa di masa2 akan dtg..
adiosssssss